Sukarelawan Simpanan Polis Johor

Sukarelawan Simpanan Polis Johor The SSPDRM Johor activities and informations ....

12/08/2026
RONDA CEGAH JENAYAH OMNIPRESENCE & VSP 2.0 | SSPDRM IPD PONTIAN09 Ogos 2026, Ahad - SSPDRM IPD Pontian telah melaksanaka...
09/08/2026

RONDA CEGAH JENAYAH OMNIPRESENCE & VSP 2.0 | SSPDRM IPD PONTIAN

09 Ogos 2026, Ahad - SSPDRM IPD Pontian telah melaksanakan penugasan Ronda Cegah Jenayah berkonsep Omnipresence bertempat di Pasaraya Econsave Pekan Nenas bersama komuniti setempat, di samping memperkasakan pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP) 2.0.

Penugasan turut memberi fokus kepada pencegahan jenayah, engagement bersama masyarakat serta hebahan kempen keselamatan melalui edaran risalah kepada orang awam.

Usaha ini mencerminkan komitmen SSPDRM dalam membantu PDRM memperkukuhkan hubungan bersama masyarakat demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

LATIHAN PEMBELAJARAN SENJATA API (MUSKETRY) JENIS REVOLVER .38 SPECIAL S&W DAN RIFLE M16 A1 5.56MM BAGI SSPDRM IPD JOHOR...
04/08/2026

LATIHAN PEMBELAJARAN SENJATA API (MUSKETRY) JENIS REVOLVER .38 SPECIAL S&W DAN RIFLE M16 A1 5.56MM BAGI SSPDRM IPD JOHOR BAHRU SELATAN

04 Ogos 2026, Selasa - Satu Latihan Pembelajaran Rifle Senjata Api (Musketry) melibatkan penggunaan Revolver .38 Special Smith & Wesson dan Rifle M16 A1 5.56mm telah diadakan kepada pegawai dan anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) IPD Johor Bahru Selatan.

Latihan ini telah dikendalikan oleh Sjn Hamizi daripada Cawangan Persenjataan IPD Johor Bahru Selatan dan berlangsung di Dewan Orkid, IPD Johor Bahru Selatan.

Seramai 3 pegawai dan 28 anggota SSPDRM IPD Johor Bahru Selatan telah menghadiri latihan ini sebagai persediaan menghadapi Latihan Menembak Tahunan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Sukarelawan Simpanan Polis IPD Johor Bahru Selatan mewakili seluruh warga SSPDRM IPD Johor Bahru Selatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Cawangan Latihan serta Cawangan Persenjataan IPD Johor Bahru Selatan atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan latihan ini.

Semoga latihan seumpama ini dapat terus meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran, kecekapan serta profesionalisme pegawai dan anggota SSPDRM dalam melaksanakan tugas demi keselamatan masyarakat dan negara.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh warga Pasukan Polis Diraja Malaysia, ...
31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026

Selamat Menyambut Hari Pahlawan kepada seluruh warga Pasukan Polis Diraja Malaysia, khususnya anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM).

Semoga segala jasa, pengorbanan dan bakti yang dicurahkan demi mempertahankan keamanan, kedaulatan serta kesejahteraan negara sentiasa dikenang dan dihargai.

Teruslah berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian, disiplin dan semangat patriotisme dalam memikul amanah kepada agama, bangsa dan negara.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."

31/07/2026

JASA PAHLAWAN, WARISAN GENERASI

Mereka pergi bukan untuk dikenang sebagai wira, tetapi kerana amanah menjaga keselamatan rakyat lebih besar daripada nyawa sendiri.

Kini, giliran kita p**a meneruskan legasi itu. Semoga semangat pengorbanan mereka tidak pernah pudar, sebaliknya terus mengalir dalam jiwa setiap generasi anggota PDRM yang berkhidmat hari ini dan akan datang.

Jasa Dikenang, Pengorbanan Dijulang.

Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.

31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN TAHUN 2026

"DI SEBALIK KEAMANAN, ADA PENGORBANAN."

Pegawai Penyelaras SSPDRM Bukit Aman, YDH Supt/SP Dato’ Sri Johnny Ch’ng Ewe Gee, serta seluruh warga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Bukit Aman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2026 kepada para perwira negara.

Semoga semangat perjuangan para pahlawan terus menjadi inspirasi dalam mempertahankan keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara. Pengorbanan yang dicurahkan demi tanah air akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah serta dikenang sepanjang zaman.

Terima kasih, wira-wira negara. Jasamu dikenang, perjuanganmu disanjung.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"
"SSPDRM (PVR) NADI PEMBANTU"

————————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐒𝐒𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐌𝐀𝐍
𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐒𝐒𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐨𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚
𝐒𝐒𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐌𝐀𝐍 官方社交媒体
𝐒𝐒𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐌𝐀𝐍 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/SSPDRMBUKITAMAN








LAWATAN KERJA PEJABAT KOMANDAN SSPDRM KONTINJEN JOHOR KE PEJABAT SSPDRM LIMA KEDAI, IPD ISKANDAR PUTERI30 Julai 2026 (Kh...
31/07/2026

LAWATAN KERJA PEJABAT KOMANDAN SSPDRM KONTINJEN JOHOR KE PEJABAT SSPDRM LIMA KEDAI, IPD ISKANDAR PUTERI

30 Julai 2026 (Khamis)
Pejabat SSPDRM Lima Kedai, IPD Iskandar Puteri telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan Pejabat Komandan SSPDRM Kontinjen Johor yang diketuai oleh ASP/SP Dato' Chong Chen Kook, Pemangku Komandan SSPDRM Kontinjen Johor. Turut mengiringi rombongan ialah INSP/SP Don Micheal, Pegawai Tatatertib SSPDRM Kontinjen Johor dan L/KPL/SP Dato' Chai Kian Lee, Pegawai Kebajikan SSPDRM Kontinjen Johor.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh INSP/SP Tang Yong Cang, Pemangku Ketua Sukarelawan Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, INSP/SP Mohd Hafizan Bin Hamzah, Pegawai Kanan SSPDRM IPD Iskandar Puteri serta L/KPL/SP Kishen Kanna A/L Subramaniam, Penyelia Pejabat SSPDRM IPD Iskandar Puteri.

Tujuan lawatan ini adalah bagi meninjau keadaan Pejabat SSPDRM yang telah diterima pada bulan lalu, di samping mengadakan perbincangan berhubung cadangan penambahbaikan kemudahan dan pengurusan pejabat agar dapat berfungsi dengan lebih sistematik serta kondusif.

Lawatan dan sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang mesra, harmoni serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan hasil lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi pengurusan dan pembangunan SSPDRM di IPD Iskandar Puteri pada masa akan datang.

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA SSPDRM30 Julai 2026 (Khamis)Satu lawatan kebajikan telah diadakan bagi menziarahi anggota Suka...
30/07/2026

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA SSPDRM

30 Julai 2026 (Khamis)
Satu lawatan kebajikan telah diadakan bagi menziarahi anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Kontinjen Johor yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kehadiran
PDRM
DSP Tee Ah Chew, KC KSS JPJKK IPK Johor.

Pegawai dan Anggota SSPDRM
ASP/SP Dato' Chong Chen Kook, Komandan SSPDRM Johor.
INSP/SP Don Michael, Pentadbiran Pejabat Komandan.
L/KPL/SP Chai Kian Lee, Pentadbiran Pejabat Komandan.

Anggota yang Dilawati
L/KPL/SP Cheah Tsyr Peg, bertugas di Pejabat Komandan.

Pada 11 Julai 2026, mangsa telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan p**ang dari tempat kerja di Singapura melalui Causeway Link, apabila motosikal yang ditungganginya bergeser dengan sebuah motosikal lain.

Akibat kejadian tersebut, mangsa tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan. Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Sultan Aminah sebelum dipindahkan ke Hospital KPJ Dato' Onn bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam lawatan tersebut, KC KSS JPJKK Johor bersama wakil SSPDRM telah menyampaikan cenderahati dan sumbangan kebajikan sebagai tanda keprihatinan serta memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarganya.

Semoga mangsa dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti sediakala.

PERHIMPUNAN BULANAN PDRM PERINGKAT KONTINJEN JOHORJohor Bahru, 30 Julai 2026 – Yang Berhormat CP Dato' Ab Rahaman bin Ar...
30/07/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PDRM PERINGKAT KONTINJEN JOHOR

Johor Bahru, 30 Julai 2026 – Yang Berhormat CP Dato' Ab Rahaman bin Arsad, Ketua Polis Johor, telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor bagi bulan Julai 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Johor di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketibaan Yang Berhormat Ketua Polis Johor telah disambut oleh YDH DCP Hoo Chuan Huat, Timbalan Ketua Polis Johor, bersama YDH Supt. Mohamad Ali bin Awang, Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Johor selaku penganjur majlis.

Turut hadir YDH ASP/SP Dato' Chong Chen Kook, Pemangku Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Kontinjen Johor; Insp/SP Tang Yong Cang, Pemangku Ketua Sukarelawan Simpanan Polis Daerah Iskandar Puteri; Insp/SP Don Michael, P/KSPD IPD Kulai; serta Insp/SP Yassen bin Jalaludin, wakil P/KSPD IPD Johor Bahru Utara (JBU). Kehadiran mereka turut disertai oleh anggota Sukarelawan Simpanan Polis dari Wilayah Iskandar Puteri iaitu Konst/SP Samushahrizal bin Muhamad dan Konst/SP Abubakarali bin Amel daripada IPD Seri Alam.

28/07/2026

Address

Larkin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Simpanan Polis Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share