Polis Daerah Johor Bahru Selatan

  • Home
  • Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Polis Daerah Johor Bahru Selatan "Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada"
Laman ini merupakan Laman rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan
(241)

SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN SURAH AL-WAQIAH DAN TAZKIRAH RINGKAS PERINGKAT IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 15 Mei 2026 (Jumaat) ...
15/05/2026

SOLAT SUNAT DHUHA, BACAAN SURAH AL-WAQIAH DAN TAZKIRAH RINGKAS PERINGKAT IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 15 Mei 2026 (Jumaat) - YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah menghadiri Program Solat Sunat Dhuha pada jam 8.30 Pagi yang bertempat di Surau At-Taqwa, IPD Johor Bahru Selatan.

Program mingguan yang diadakan pada setiap hari Jumaat ini menerapkan juga pembacaan surah Al-Waqiah selepas Solat Sunat Dhuha. Solat Sunat Dhuha dan bacaan Surah Al-Waqiah telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hazuan bin Hazmi ,Pendakwah Bertauliah Jabatan Agama Islam Negeri Johor .

Dalam program kerohanian ini, Ustaz Mohd Hazuan bin Hazmi telah menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk "*Hadith-Penawar Hati (Tajuk: Merompak Sebilah Kayu Siwak Sudah Boleh Membawa Masuk Neraka)*".
Dan program diakhiri dengan Berdoa beramai-ramai .

Turut hadir, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam IPD Johor Bahru Selatan.

OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 14 May 2026 (Khamis) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRES...
14/05/2026

OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 14 May 2026 (Khamis) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRESENCE Pusat Bandaraya Johor Bahru yang melibatkan kawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan pelancong di bawah pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.

Operasi ini bertujuan untuk menunjukkan kehadiran fizikal pihak Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, di samping memberi bantuan serta maklumat kepada orang ramai dan pelancong.

Pelaksanaan operasi ini juga memfokuskan kepada pencegahan jenayah seperti ragut, kecurian, penipuan, vandalisme serta memastikan tindakan respons pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Seramai 58 orang pegawai dan anggota polis telah diaturgerakkan melibatkan beberapa lokasi utama termasuk kawasan CIQ dan JB Sentral, KSL City Mall, Berjaya Waterfront, Komtar JBCC, City Square, Mid Valley Southkey serta Bazar Karat, Jalan Segget. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 241 orang individu telah ditemui dan tiada sebarang tangkapan, saman atau insiden tidak diingini direkodkan.

IPD Johor Bahru Selatan akan terus komited dalam memastikan bandaraya Johor Bahru berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera demi kesejahteraan masyarakat serta imej Johor sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan selamat.




SIARAN MEDIA : KES BUNUH MELIBATKAN MANGSA SEORANG LELAKI WARGANEGARA TEMPATAN DI DALAM SEBUAH RUMAH PANGSAPURI DI JOHOR...
14/05/2026

SIARAN MEDIA : KES BUNUH MELIBATKAN MANGSA SEORANG LELAKI WARGANEGARA TEMPATAN DI DALAM SEBUAH RUMAH PANGSAPURI DI JOHOR BAHRU, JOHOR

PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL KHAFI DAN SURAH AL MULK IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 14 Mei 2026 (Khamis) - Telah ber...
14/05/2026

PROGRAM BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL KHAFI DAN SURAH AL MULK IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 14 Mei 2026 (Khamis) - Telah berlangsungnya Program Bacaan Surah Yassin, Surah Al Khafi dan Surah Al Mulk bertempat di Surau IPD Johor Bahru Selatan sebentar tadi.

Program yang dihadiri oleh Ketua Bahagian Pengurusan IPD Johor Bahru Selatan, DSP. Mohd Kushairi bin Abdul Rahman dimulakan dengan solat fardhu Maghrib seterusnya bacaan Surah Yassin dan diikuti dengan bacaan Surah Al Khafi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan solat fardhu Isyak serta diteruskan lagi dengan solat hajat dan disudahi dengan bacaan Surah Al Mulk yang dipimpin oleh Ustaz Aizat Bin Aziz dari Bahagian Agama Dan Kauseling IPD Johor Bahru Selatan.

Turut hadir Ketua - ketua Bahagian, Ketua Polis Balai ,Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis serta pegawai awam IPD Johor Bahru Selatan.

PELAKSANAAN PELUPUSAN BARANG KES PERINGKAT IPD JOHOR BAHRU SELATAN BIL. 1/2026JOHOR BAHRU SELATAN - 14 May 2026 (Khamis)...
14/05/2026

PELAKSANAAN PELUPUSAN BARANG KES PERINGKAT IPD JOHOR BAHRU SELATAN BIL. 1/2026

JOHOR BAHRU SELATAN - 14 May 2026 (Khamis) – Telah hadir ASP Sazali Bin Taupit, Ketua Bahagian Logistik Daerah Johor Bahru Selatan, menyaksikan proses pelupusan barang kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan bertempat di Tapak Pelupusan Sanitari Seelong , Jalan Sungai Tiram, Kulai, Johor.

Barang kes yang dilupus merupakan barang rampasan yang telah selesai proses perundangan dan arahan pelupusan telah dikeluarkan oleh mahkamah.

Proses melupuskan barang rampasan mengambil masa lebih kurang 3 jam, bermula dari jam 1000 pagi hingga 1200 tengah hari.

Proses dilakukan oleh pekerja Pelupusan SWM dan dipantau oleh anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Johor Bahru Selatan.

Turut hadir, Pegawai Kanan Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan, Insp Aida Mardzuara Mazli Binti Ghazali dan Pegawai Rendah Polis IPD Johor Bahru Selatan.

QURAN HOUR PERINGKAT IBUPEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN  | 14 Mei 2026 (Khamis) – YDH DSP Mohd Kushairi Bin Abd...
14/05/2026

QURAN HOUR PERINGKAT IBUPEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

| 14 Mei 2026 (Khamis) – YDH DSP Mohd Kushairi Bin Abdul Rahman , Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Johor Bahru Selatan telah menghadiri Program Quran Hour yang diadakan di Surau At-Taqwa, IPD Johor Bahru Selatan.

Program ini bertujuan untuk menghayati dan membudayakan pembacaan Al-Quran didalam kalangan Pegawai Kanan dan Rendah Polis sebagai panduan hidup dan asas pembentukan sahsiah diri.

Pengisian program merangkumi bacaan Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Hairulnizam Bin Abu Bakar dari Bahagian Agama Dan Kaunseling IPD Johor Bahru Selatan secara berjemaah dengan terjemahan ayat.

OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 13 Mei 2026 (Rabu) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRESEN...
13/05/2026

OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 13 Mei 2026 (Rabu) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRESENCE Pusat Bandaraya Johor Bahru yang melibatkan kawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan pelancong di bawah pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.

Operasi ini bertujuan untuk menunjukkan kehadiran fizikal pihak Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, di samping memberi bantuan serta maklumat kepada orang ramai dan pelancong.

Pelaksanaan operasi ini juga memfokuskan kepada pencegahan jenayah seperti ragut, kecurian, penipuan, vandalisme serta memastikan tindakan respons pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Seramai 61 orang pegawai dan anggota polis telah diaturgerakkan melibatkan beberapa lokasi utama termasuk kawasan CIQ dan JB Sentral, KSL City Mall, Berjaya Waterfront, Komtar JBCC, City Square, Mid Valley Southkey serta Bazar Karat, Jalan Segget. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 313 orang individu telah ditemui dan tiada sebarang tangkapan, saman atau insiden tidak diingini direkodkan.

IPD Johor Bahru Selatan akan terus komited dalam memastikan bandaraya Johor Bahru berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera demi kesejahteraan masyarakat serta imej Johor sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan selamat.




LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN JOHOR KE IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 13 Mei 2026 (Rabu) – Bahagian ...
13/05/2026

LAWATAN KERJA KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN JOHOR KE IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 13 Mei 2026 (Rabu) – Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Johor Bahru Selatan telah menerima lawatan kerja daripada YDH SAC Mohd Zairi Bin Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor sempena Perintah Tetap Ketua Polis Negara D221.

Lawatan tersebut bertujuan bagi meninjau aspek pengurusan pentadbiran, penyeliaan tugasan serta pematuhan prosedur kerja di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan.

Turut diadakan sesi taklimat dan pemeriksaan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan pegawai serta anggota sentiasa berada pada tahap terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh semua pegawai kanan serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan kecemerlangan pasukan selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia.





OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN , 12 Mei 2026 (Selasa) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRES...
12/05/2026

OP OMNIPRESENCE IPD JOHOR BAHRU SELATAN

, 12 Mei 2026 (Selasa) – IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan OP. OMNIPRESENCE Pusat Bandaraya Johor Bahru yang melibatkan kawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan pelancong di bawah pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.

Operasi ini bertujuan untuk menunjukkan kehadiran fizikal pihak Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, di samping memberi bantuan serta maklumat kepada orang ramai dan pelancong.

Pelaksanaan operasi ini juga memfokuskan kepada pencegahan jenayah seperti ragut, kecurian, penipuan, vandalisme serta memastikan tindakan respons pantas dapat diambil sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Seramai 61 orang pegawai dan anggota polis telah diaturgerakkan melibatkan beberapa lokasi utama termasuk kawasan CIQ dan JB Sentral, KSL City Mall, Berjaya Waterfront, Komtar JBCC, City Square, Mid Valley Southkey serta Bazar Karat, Jalan Segget. Sepanjang operasi dijalankan, seramai 313 orang individu telah ditemui dan tiada sebarang tangkapan, saman atau insiden tidak diingini direkodkan.

IPD Johor Bahru Selatan akan terus komited dalam memastikan bandaraya Johor Bahru berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera demi kesejahteraan masyarakat serta imej Johor sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan selamat.




PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN PERMIT UPACARA PERMIT SEMBAHYANG DAN PERARAKAN , 12 Mei 2026 (Selasa) – YDH SUPT. Ng Swie Cha...
12/05/2026

PERMOHONAN BAGI MENGADAKAN PERMIT UPACARA PERMIT SEMBAHYANG DAN PERARAKAN

, 12 Mei 2026 (Selasa) – YDH SUPT. Ng Swie Chait, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah mengadakan perjumpaan bersama Rumah Berhala Tian Ann Johor Bahru dan Persekutuan Tiong-Hua berhubung permohonan permit bagi penganjuran Upacara Sembahyang dan Perarakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Polis Daerah.

Perbincangan tertumpu kepada aspek keselamatan, kawalan lalu lintas serta pematuhan syarat permit bagi memastikan program berlangsung dengan lancar, aman dan teratur.

Polis Diraja Malaysia terus komited memperkukuh kerjasama bersama masyarakat dalam memelihara keharmonian dan keselamatan awam.

SIARAN MEDIA : TANGKAPAN SEORANG PEMANDU WANITA TEMPATAN TULAR MEMANDU SEBUAH MOTOKAR MELAWANARUS DI DAERAH JOHOR BAHRU.
12/05/2026

SIARAN MEDIA : TANGKAPAN SEORANG PEMANDU WANITA TEMPATAN TULAR MEMANDU SEBUAH MOTOKAR MELAWANARUS DI DAERAH JOHOR BAHRU.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Johor Bahru Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share