12/06/2026
LAWATAN KERJA PENGARAH KDNKA KE TAPAK PEJABAT OPERASI RAPID RESPONSE TEAM (RRT) BATALION 5, PASUKAN GERAKAN AM (PGA) DAN TAPAK RAPID TRANSIT SYSTEM (RTS) LINK, BUKIT CHAGAR, JOHOR
Johor Bahru Selatan, 12 Jun 2026 – IPD Johor Bahru Selatan telah menerima lawatan kerja rasmi YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri Bin Haji. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman ke Balai Polis Sentral, IPD Johor Bahru Selatan.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YDH ACP Raub Bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan bersama barisan pegawai kanan, pegawai dan anggota.
Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar rasmi serta menandatangani buku lawatan.
Seterusnya, YDH Dato’ Sri Pengarah KDNKA telah dibawa melawat tapak Pejabat Operasi Rapid Response Team (RRT) Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta meninjau perkembangan projek Rapid Transit System (RTS) Link di Bukit Chagar, Johor Bahru.
Program diteruskan dengan sesi taklimat pengurusan RTS peringkat Johor yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, diikuti taklimat berkaitan operasi serta persiapan oleh Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) IPK Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Lawatan ini turut diserikan dengan ucapan amanat oleh YDH Dato’ Sri Pengarah KDNKA yang menekankan aspek kesiapsiagaan, kecekapan operasi serta komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan semasa dan pengoperasian RTS Link pada masa hadapan.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin Bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA); YDH DCP Datuk M.V. Srikumar A/L Madhavan Nair, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am/Krisis Bencana); YDH SAC Hisham Bin Mahmood, Komander Unit Tindak Khas (UTK); YDH SAC Hakemal Bin Hawari, Komander Briged Tengah PGA; YDH SAC Zaman Shah Bin Omar, KPP Gerakan JKDNKA; YDH SAC Muhd Zailani Bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPK Johor; serta YDH SUPT Ng Swei Chait, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan.