Pejabat MARA Daerah Lawas

Pejabat MARA Daerah Lawas Official Pages Pejabat MARA Daerah Lawas
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

18/08/2026

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‹๐ข๐›๐š๐ญ ๐”๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐€๐‘๐€โ€“๐๐„๐“๐‘๐Ž๐’ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ค๐š๐ญ ๐“๐•๐„๐“ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah mengadakan sesi libat urus strategik di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan bakat TVET yang selaras dengan keperluan industri masa hadapan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan program latihan komprehensif yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan, teknologi hijau serta sektor tenaga baharu di Sarawak. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem TVET dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak industri.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil daripada TVETMARA Kuching dan TVETMARA Bintulu yang bersama-sama menyumbang pandangan serta cadangan ke arah memperkasakan agenda pembangunan modal insan negeri Sarawak.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang latihan, peningkatan kompetensi dan kebolehpasaran graduan TVETMARA pada masa hadapan.

18/08/2026
KETUA PENGARAH MARA MENYANTUNI USAHAWAN PROGRAM KHAS MARA (PURE) DI MERARAP HOTSPRING LODGEMerarap Hotspring Lodge, 17 O...
18/08/2026

KETUA PENGARAH MARA MENYANTUNI USAHAWAN PROGRAM KHAS MARA (PURE) DI MERARAP HOTSPRING LODGE

Merarap Hotspring Lodge, 17 Ogos 2026 โ€“ Datoโ€™ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA telah mengadakan ekspedisi rasmi ke Daerah Lawas, daerah terakhir di Sarawak yang belum pernah dikunjungi beliau.

Ekspedisi dimulakan dengan lawatan ke cadangan tapak pembinaan MRSM Lawas di Jalan Banting, berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas yang baharu, sebelum diteruskan dengan sesi menyantuni pelatih GIATMARA Lawas.

Rombongan kemudiannya menghadiri Program MARA Prihatin 2026 di Dewan Masyarakat Kampung Long Sukang. Seramai 62 murid SK Long Sukang menerima bantuan persekolahan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Program turut melibatkan projek CSR GIATMARA Lawas bagi penambahbaikan sistem pendawaian dan elektrik di sekolah tersebut.

Ekspedisi diteruskan ke Merarap Hotspring Lodge, sebuah perusahaan pelancongan di bawah program Usahawan Khas MARA (PURE). Pengurusnya, Saudari Grace Dayang Padan, berkongsi sejarah penubuhan serta memperkenalkan kemudahan kolam air panas semula jadi yang menjadi tarikan utama destinasi berkenaan. Lokasi ini amat sesuai untuk penggemar aktiviti rekreasi, kenderaan pacuan empat roda (4x4) serta mereka yang ingin menikmati ketenangan alam semula jadi di pedalaman Lawas.

Ketua Pengarah MARA turut berpeluang mencuba sendiri penyediaan nubaโ€™ laya, makanan tradisional masyarakat Lun Bawang berupa nasi lembut yang dibungkus menggunakan daun, selepas menyaksikan demonstrasi daripada pasukan Merarap Hotspring Lodge.

Pada keesokan harinya, beliau menandatangani Sudut Merarap X MARA (PURE) yang mempamerkan penglibatan syarikat dalam program MARA, termasuk MATTA Fair 2024 dan 2025, serta kemudahan yang diterima daripada MARA. Beliau turut menampal pelekat khas sebagai simbolik Ekspedisi MARA ke Merarap Hotspring Lodge.

Setibanya di Pekan Lawas, program diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama usahawan dan penyewa premis MARA di Little Cup Cafรฉ. Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah MARA berkongsi pandangan, motivasi serta panduan kepada usahawan luar bandar untuk terus berkembang dan berdaya saing dengan memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh MARA.

Sebagai simbol kejayaan ekspedisi tersebut, Pengarah MARA Negeri Sarawak, En. Timelow Anak Jauk telah menyampaikan plak โ€œMission Completeโ€ kepada Ketua Pengarah MARA setelah beliau berjaya melawat semua daerah di Sarawak. Ekspedisi ini bukan sahaja mendekatkan kepimpinan MARA dengan masyarakat dan usahawan luar bandar, malah menjadi kenangan bermakna kepada semua pihak yang terlibat.








18/08/2026

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰ ๐™†๐‘ถ๐™๐‘จ ๐‘บ๐˜ผ๐‘ด๐˜ผ๐‘น๐˜ผ๐‘ฏ๐˜ผ๐‘ต, ๐™†๐‘ฐ๐™๐‘จ๐™† ๐˜ฟ๐‘จ๐™ƒ ๐™๐‘ฌ๐˜ผ๐‘ซ๐™”?! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰

๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bakal memeriahkan Kota Samarahan selama 3 hari!. Mun kitak belum ada plan hujung minggu tok, iboh bingung โ€” datang jak ke ๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿญโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

Ada macam-macam produk jualan & pameran oleh usahawan, pameran pendidikan, pameran agensi, serta Business Matching. Paling best GIATMARA & TVET MARA Kuching molah CSR dengan beri servis PERCUMA ๐™œ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ง๐™–๐™ข๐™—๐™ช๐™ฉ, ๐™ฉ๐™ช๐™ ๐™–๐™ง ๐™ข๐™ž๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™  ๐™๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ข ๐™ข๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™จ๐™ž๐™ ๐™–๐™ก ๐™™๐™œ๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ. UniKlinik dengan UniDental pun menyediakan ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™œ๐™ž๐™œ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ž๐™ ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™จ๐™ž๐™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ secara PERCUMA juak.

Bah, bawa family, ajak kawan-kawan, jom sama-sama kita sokong usahawan tempatan, sambil jalan-jalan kita dapat informasi terkini daripada pelbagai agensi. Tandakan kalendar ktk orang.

๐Ÿ“… ๐Ÿฎ๐Ÿญโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป

๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰ ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—˜๐— ๐—”@๐—ž๐—ž๐——๐—ช ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐Ÿ”ฅ๐ŸŽ‰








18/08/2026
18/08/2026

๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ -๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐

๐Ÿซ•๐Ÿซ•๐Ÿ”ฅ๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ”ฅ๐Ÿฅ—๐Ÿซ•๐Ÿซ•

๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŽญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐š ๐‚๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐ŸŽญ๐ŸŒธ

๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒทOrang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan Pertandingan Peragaan Busana Cilik Warisan Sarawak sempena Program GEMA@KKDW Peringkat Negeri Sarawak!๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰ Anak-anak cilik akan memperagakan busana tradisi Sarawak yang direka dan dihasilkan sendiri oleh Peserta Modular KEMAS โ€” penuh kreativiti, keunikan, dan semangat warisan budaya kita.. Jangan lupa temujanji kita pada ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ—.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข
๐Ÿ“๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐št :๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š, ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง

๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ๐Ÿฅณ Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan penuh warna-warni yang mengangkat identiti budaya Sarawak. Bawa keluarga, sahabat, dan komuniti anda untuk bersama-sama memeriahkan suasana!Mari kita raikan warisan, sokong bakat muda, dan jadikan Halaman Samarahan bergema dengan sorakan semangat budaya! ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ!

18/08/2026

5 ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ -๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐

๐Ÿซ•๐Ÿซ•๐Ÿ”ฅ๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐’๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ”ฅ๐Ÿฅ—๐Ÿซ•

๐Ÿซ•๐Ÿซ•๐Ÿ”ฅ ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐’๐€๐Š & ๐ƒ๐„๐Š๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐€๐’๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ ๐‹๐€๐”๐“ ๐Ÿ”ฅ๐Ÿฅ—๐Ÿซ•๐Ÿซ•

Ayuh beramai-ramai memeriahkan Pertandingan Memasak & Dekorasi Hidangan Berasaskan Makanan Laut sempena Program GEMA@KKDW Peringkat Negeri Sarawak 2026!๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Seramai 10 peserta hebat akan berentap menghasilkan masakan makanan laut yang bukan sahaja menyelerakan, tetapi juga dihiasi dengan dekorasi luar biasa yang pasti memukau mata dan selera anda.

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š, ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐š๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง

โœจ Jangan lepaskan peluang menyaksikan kreativiti dan kepakaran peserta dalam mengangkat keunikan makanan laut sebagai hidangan istimewa.

๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ!

18/08/2026

Address

PEJABAT MARA DAERAH LAWAS
Lawas
98850

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Lawas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share