BALAI POLIS LENGA

BALAI POLIS LENGA Balai Polis Lenga adalah di Bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor.

24/02/2026
17/02/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MUAR

, 16 Februari 2026 (Isnin) — Siaran Media YDH ACP RAIZ MUKHLIZ BIN AZMAN AZIZ, Ketua Polis Daerah Muar berkaitan terkesan video tular kemalangan melibatkan MPV PDRM dan kenderaan awam di Muar.

17/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 💫✨


15/02/2026
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - SIMULASI GEMPARAN AM BALAI POLIS LENGA , 10 Februari  2026 - Balai Polis Lenga telah mengad...
11/02/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - SIMULASI GEMPARAN AM BALAI POLIS LENGA

, 10 Februari 2026 - Balai Polis Lenga telah mengadakan latihan simulasi gemparan am. Latihan ini turut melibatkan anggota Balai, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman awam serta Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Objektif latihan ini diadakan adalah bagi memastikan segala faktor-faktor keselamatan di Balai Polis berfungsi dengan baik selain melatih Pegawai dan Anggota supaya sentiasa dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku sebarang ancaman atau apa-apa situasi yang tidak diingini.

Simulasi Gemparan Am yang dilaksanakan ini telah berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancang dan mendapat ilmu pengetahuan.



14/01/2026
13/01/2026



SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2026

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan menyeru ibu bapa atau penjaga agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.

PDRM melalui Pegawai Perhubungan Sekolah berperanan sebagai rakan strategik sekolah dalam memastikan keselamatan murid, pencegahan jenayah dan pembentukan disiplin demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif, selaras dengan tema Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.

Jom layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://X.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#12012026

31/12/2025

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya jua, kita diberikan peluang untuk melangkah ke tahun 2026 dengan semangat dan azam yang diperbaharui. Semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang penuh harapan serta potensi kejayaan yang lebih cemerlang.

Saya bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dedikasi dan komitmen cemerlang dalam menggalas amanah sepanjang tahun 2025. Semangat juang ini telah memastikan PDRM kekal teguh dan berdaya saing dalam menghadapi pelbagai cabaran serta dugaan dari segenap dimensi.

Tahun 2025 telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang menguji kesiapsiagaan dan ketahanan kita dalam menjaga ketenteraman awam serta keselamatan negara. Selain memenuhi tuntutan dan harapan masyarakat bagi mengekalkan kesejahteraan, PDRM turut memainkan peranan kritikal dalam memastikan kelancaran penganjuran acara-acara berprestij antarabangsa.

Kejayaan penganjuran Asia International Security Summit and Expo (AISSE’25) dan PDRM Special Dialogue (PSD) adalah manifestasi jelas komitmen PDRM dalam memperkukuh jaringan kolaborasi serta perkongsian amalan terbaik dengan agensi-agensi keselamatan antarabangsa. Ini secara langsung telah meningkatkan kapasiti PDRM dalam menghadapi ancaman keselamatan di peringkat global.

Lebih membanggakan, PDRM turut mengukir sejarah tersendiri melalui keupayaan kawalan keselamatan yang cemerlang semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada Oktober 2025, yang telah menghimpunkan pemimpin-pemimpin utama dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat. Kejayaan ini merupakan cerminan profesionalisme dan kredibiliti PDRM yang tinggi di mata dunia.

PDRM sedar bahawa kejayaan yang dikecapi ini haruslah diiringi dengan integriti dan akauntabiliti yang utuh. Kes-kes yang mendapat perhatian umum sering kali menjadi penanda aras kepada prinsip ketelusan dan keadilan. Oleh itu, PDRM sentiasa mengalu-alukan setiap maklum balas daripada masyarakat sebagai peluang untuk membuktikan bahawa Pasukan Sang Saka Biru ini adalah institusi yang menjadi tunjang utama dalam menegakkan keadilan.

Alhamdulillah, PDRM kekal komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara telus, adil, dan berhemah, tanpa sebarang kompromi atau campur tangan pihak berkepentingan. Ini adalah manifestasi kesungguhan PDRM dalam menegakkan kebenaran, menolak persepsi skeptikal, serta memastikan pencapaian prestasi cemerlang melalui siasatan dan penyelesaian kes yang cekap dan berkesan. Semua peristiwa yang telah dilalui sepanjang tahun 2025 adalah selari dengan kematangan dan kredibiliti PDRM yang terbina sepanjang 218 tahun penubuhannya.

Mendepani tahun baharu 2026, saya menyeru seluruh warga Pasukan untuk terus menghayati Tiga (3) Fokus Utama Ketua Polis Negara sebagai panduan dalam melaksanakan tugas, seterusnya memenuhi ekspektasi masyarakat bagi memacu kecemerlangan Pasukan ke arah yang lebih dinamik, progresif dan berintegriti. Justeru, PDRM harus mengoptimumkan teknologi moden dan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi penguatkuasaan undang-undang agar seiring dengan evolusi teknologi semasa. Pada masa sama, nilai profesionalisme dan integriti perlu terus diperkukuh sebagai benteng gejala rasuah dan salah guna kuasa. Selain itu, kesejahteraan masyarakat dan warga Pasukan akan terus menjadi keutamaan selari dengan nilai ihsan dalam prinsip Malaysia MADANI yang menekankan sifat bertanggungjawab dan empati dengan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan di segenap lapisan masyarakat, demi kemaslahatan bersama.

Adalah menjadi harapan saya agar permulaan tahun baharu ini akan menjadi pemangkin utama untuk memperbaharui iltizam dan iktikad kolektif kita seterusnya mengukuhkan perjuangan dengan penuh dedikasi, demi mempertahankan kedaulatan negara. Justeru, marilah kita bersama-sama memperkukuh sinergi serta memperkasa fungsi dan peranan PDRM melalui penetapan hala tuju yang lebih strategik dan berkesan.

Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh warga PDRM dan keluarga. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dalam mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, demi keharmonian serta kedaulatan negara yang berpanjangan. Insya-Allah.

(DATO' SRI HJ. MOHD KHALID HJ. ISMAIL) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

Address

Balai Polis Lenga
Lenga
84040

Telephone

+6069711457

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI POLIS LENGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category