Jabatan Warisan Negara Zon Tengah - Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah - Galeri Arkeologi Lembah Lenggong Kenali, Sayangi dan Lestarikan Warisan Kita

17 OGOS 2026 I ISNINKementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara ...
17/08/2026

17 OGOS 2026 I ISNIN

Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN), Tourism Malaysia (TM) Wilayah Utara, Tourism Perak Management Berhad, Majlis Daerah Lenggong (MDL) & Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan Program Kelab Pelancongan Pelajar (K3P) yang bertemakan 'Kembara Arkeologi' bertempat di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Galeri Lenggong Geopark & Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang arkeologi sebagai salah satu aspek warisan yang penting dan memupuk nilai kreativiti, kritis, nilai murni & semangat kerjasama pasukan.

Sepanjang program ini peserta telah didedahkan dengan Program Tunas Arkeologi yang diselia oleh Bahagian Arkeologi, JWN bagi memberi pendedahan asas mengenai tugas arkeologi di lapangan serta demonstrasi pembuatan alatan batu.

Selain itu, JWN Zon Tengah turut memberikan taklimat mengenai sejarah, keistimewaan & nilai keunggulan sejagat (OUV) yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong. Unit Warisan & Pelancongan MDL turut memberikan taklimat berkaitan keunikan yang terdapat di dalam Lenggong UNESCO Global Geopark termasuk menyelaras lawatan peserta ke tapak Gua Kajang & Kompleks Bukit Kepala Gajah.

MOTAC Perak
Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)
Tourism Malaysia Northern Region
Tourism Perak
Lenggong Geopark
MAJLIS DAERAH LENGGONG
Jabatan Pendidikan Negeri Perak





14 Ogos 2026 (Jumaat) - Lawatan Rasmi Ke Lenggong Unesco World Heritage Site Bersempena THE 43rd Malaysia-Thailand Borde...
17/08/2026

14 Ogos 2026 (Jumaat) - Lawatan Rasmi Ke Lenggong Unesco World Heritage Site Bersempena THE 43rd Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group (MT-JGS) Meeting Dan 23rd Malaysia- Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) Meeting anjuran Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains, Ipoh, Perak. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta platform perkongsian ilmu yang bermanfaat mengenai nilai-nilai berharga, arkeologi dan sejarah warisan yang terdapat di Lenggong WHS kepada para ahli mesyuarat dari Malaysia dan juga delegasi dari Thailand.

17/08/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐‹๐ˆ๐•๐„ - ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐€๐‘๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐–๐€๐‚๐€๐๐€ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐–๐€๐Š๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ) ๐๐„๐‘๐“๐€๐‰๐”๐Š โ€œ๐‚๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐’๐“๐‘๐”๐Š๐“๐”๐‘ ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐Š๐€๐˜๐” ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐Š๐Ž๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐โ€

Bagaimana struktur binaan kayu dapat dipelihara agar terus kukuh, selamat dan lestari sebagai sebahagian daripada khazanah warisan negara?

๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š, ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง, ๐’๐ž๐ง๐ข ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š (๐Œ๐Ž๐“๐€๐‚) akan bersiaran secara langsung di ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐‰๐–๐ dalam ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐’๐ฎ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š: ๐–๐š๐œ๐š๐ง๐š ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐๐ข๐œ๐š๐ซ๐š ๐“๐จ๐ค๐จ๐ก ๐–๐€๐Š๐Ž๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ) bagi menjawab persoalan tersebut.

Tarikh : ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ)
Masa : ๐Ÿ—:๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ:๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข
Tajuk : โ€œ๐‚๐€๐๐€๐‘๐€๐ ๐’๐“๐‘๐”๐Š๐“๐”๐‘ ๐๐ˆ๐๐€๐€๐ ๐Š๐€๐˜๐” ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐’๐Š๐Ž๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐โ€
Panel Jemputan : ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐’๐ก๐š๐ก๐ซ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ง ๐’๐ก๐š๐›๐ซ๐ข, ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ซ๐ฏ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ ๐‰๐–๐
Medium : ๐…๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š
https://www.facebook.com/Jabatanwarisannegara/

Jom tonton program ini bagi menambahkan ilmu pengetahuan anda berkaitan warisan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
โ—‰ Encik Mohamad Salehuddein bin Aziz: No. Tel : 03-7800 9059 Samb 246; e-mel : [email protected]
โ—‰ Puan Nor Asmah binti Abu Samah: 03-7800 9059 Samb 234; e-mel : [email protected]

"Kenali, Sayangi Dan Lestari Warisan Kita"

14 OGOS 2026 I JUMAATGaleri Arkeologi Lembah Lenggong menerima Lawatan Akademik Pelajar Tahun 2 Diploma Pengurusan Perni...
14/08/2026

14 OGOS 2026 I JUMAAT

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong menerima Lawatan Akademik Pelajar Tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Lebuh Cator, Ipoh yang terdiri daripada 16 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring.

Lawatan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai warisan arkeologi negara, sejarah penempatan awal manusia di Lembah Lenggong serta kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan negara.




13 Ogos 2026 (Khamis) - Lawatan dari Pusat  Aktiviti Warga  Emas (PAWE) Baling ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong      ...
13/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis) - Lawatan dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Baling ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

12 Ogos 2026 (Rabu) - Lawatan Kerja dan Teknikal ke Kampung Changkat Madrasah, Perak sempena Program Kampung Angkat MADA...
12/08/2026

12 Ogos 2026 (Rabu) - Lawatan Kerja dan Teknikal ke Kampung Changkat Madrasah, Perak sempena Program Kampung Angkat MADANI (KAM) Jabatan Warisan Negara (JWN) 2026 di Kampung Changkat Madrasah, Perak

12 Ogos 2026 (Rabu) - Lawatan dari pelajar SK Dato' Wan Kemara, Kedah ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.              ...
12/08/2026

12 Ogos 2026 (Rabu) - Lawatan dari pelajar SK Dato' Wan Kemara, Kedah ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.

11 OGOS 2026 | SELASAJabatan Warisan Negara Zon Tengah telah dijemput untuk bersama-sama dalam Sesi Lawatan ke Makam-Mak...
11/08/2026

11 OGOS 2026 | SELASA

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah telah dijemput untuk bersama-sama dalam Sesi Lawatan ke Makam-Makam Diraja Daerah Perak Tengah yang dianjurkan oleh Pejabat Orang Besar Jajahan Perak Tengah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah (PDT Perak Tengah) dan Lembaga Muzium Negeri Perak (LMNP).

Sesi lawatan ini diketuai oleh YBhg. Orang Kaya-Kaya Seri Adika Raja Shah Bandar Muda, Dato' Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim, Ahli Dewan Negara Perak dengan diiringi oleh YDH Toh Paduka Raja Mohd Noordin bin Ahmad Razali, Orang Besar Jajahan Perak Tengah, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, YM Raja Kamar Azhar bin Raja Ahmed Siffudin serta Toh Nara Diraja Istana Iskandariah & Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Rombongan turut dihadiri wakil dari JKR Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, JPS Daerah Perak Tengah, IPD Perak Tengah dan Pejabat Agama Islam Daerah Perak Tengah.

Ahli lawatan turut diberikan penerangan mengenai sejarah Kesultanan Perak oleh pihak LMNP serta penerangan ringkas berkaitan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] oleh kakitangan JWN Zon Tengah berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan.


10 Ogos 2026 (Isnin)- Lawatan Datin Seri Hajah Azlin Hezri, Isteri YB Menteri Kesihatan Malaysia ke Galeri Arkeologi Lem...
10/08/2026

10 Ogos 2026 (Isnin)- Lawatan Datin Seri Hajah Azlin Hezri, Isteri YB Menteri Kesihatan Malaysia ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.

6 Ogos 2026 (Khamis) - Lawatan dari pelajar SMK Anderson, Ipoh ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
10/08/2026

6 Ogos 2026 (Khamis) - Lawatan dari pelajar SMK Anderson, Ipoh ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.

Address

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Lenggong
33400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Warisan Negara Zon Tengah - Galeri Arkeologi Lembah Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Warisan Negara Zon Tengah - Galeri Arkeologi Lembah Lenggong:

Shortcuts

Share