Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong

Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong Goverment Organization

MAJLIS SANJUNGAN BUDI Lenggong, 19 Ogos 2026 – Telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Encik Mohd Noor Aza...
19/08/2026

MAJLIS SANJUNGAN BUDI

Lenggong, 19 Ogos 2026 – Telah berlangsung Majlis Sanjungan Budi bagi meraikan Encik Mohd Noor Azam bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah, bertempat di Sumpitan Glamping, Lenggong.

Majlis ini menjadi tanda penghargaan atas segala jasa, bakti, tunjuk ajar dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang beliau bersama warga kerja dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab perkhidmatan.

Dalam suasana santai dan penuh kemesraan, majlis turut diserikan dengan ucapan penghargaan, perkongsian kenangan serta detik-detik yang pastinya akan menjadi memori indah buat semua yang hadir.

Sesungguhnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, jasa dan budi yang ditabur tidak akan hilang begitu sahaja. Segala sumbangan dan kenangan yang tercipta akan terus terpahat dalam ingatan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Noor Azam bin Ismail atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti yang telah diberikan.

Budi dikenang, jasa disanjung.

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Noor Az...
19/08/2026

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Noor Azam bin Ismail atas segala jasa, komitmen, dedikasi serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong.

Segala tunjuk ajar, kerjasama dan sumbangan yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Selamat maju jaya di tempat baharu bersama Majlis Daerah Lenggong. Semoga terus dipermudahkan segala urusan, diberikan kejayaan dan terus cemerlang dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang baharu.

Jasamu dikenang, budimu disanjung.

19/08/2026
NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KAUNTER ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA TUAN/PUAN URUSAN DI KAUNTER AKAN DITUTUP PADA 19 OGOS 20...
19/08/2026

NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN KAUNTER

ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA TUAN/PUAN URUSAN DI KAUNTER AKAN DITUTUP PADA 19 OGOS 2026 (RABU), JAM 3.30 PETANG. URUSAN DI KAUNTER AKAN BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA PADA HARI BEKERJA BERIKUTNYA.

PIHAK PENTADBIRAN INI MEMOHON MAAF ATAS KUSULITAN INI.

📢INSENTIF PERAK SEJAHTERA PRIHATIN RAKYAT 2026 ✅Masa semakin suntuk! Inilah peluang terbaik untuk anda menjimatkan kos m...
14/08/2026

📢INSENTIF PERAK SEJAHTERA PRIHATIN RAKYAT 2026 ✅

Masa semakin suntuk! Inilah peluang terbaik untuk anda menjimatkan kos melalui
Insentif Perak Sejahtera Prihatin Rakyat 2026.

💛 Manfaatkan:
Pengecualian denda tertentu✅
Diskaun sehingga 30%✅
Diskaun 20% bagi urus niaga terpilih ✅
Pelanjutan tempoh bayaran dan tempoh sah notis✅

‼️Jangan tunggu saat akhir ‼️

Tawaran berakhir pada
(‼️‼️30 September 2026‼️‼️)

Bertindak hari ini, nikmati penjimatan berganda.

Sebarang Pertanyaan, tuan/puan boleh terus menghubungi di talian :
☎️ Tel : 05-2095000

Atau email kepada : 💻[email protected]

Atau hubungi WhatsApp unit HASIL :
☎️ Tel : 018-9500876

13/08/2026
08/08/2026

HEBAHAN URUSAN PELANTIKAN DAN SURAT TAWARAN MELALUI SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9)
=============================================
JAWATAN : PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED WK5
KEMENTERIAN/JABATAN : JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
NO. URUSAN : SM20250218
BIL. CALON : 2 orang (Lantikan dari Calon Simpanan)
Bagi calon yang berstatus lantikan atau calon simpanan yang telah bertukar status kepada lantikan , sila semak di sistem SPA9 sekiranya tidak menerima e-mel hebahan "PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN DAN CETAKAN SURAT TAWARAN" dari SPA.
Sila log masuk untuk proses setuju terima pelantikan di https://spa9.spa.gov.my/login
Calon dikehendaki membuat penerimaan tawaran dan melengkapkan dokumen pelantikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tempoh sah laku tawaran LUPUT dan tawaran pelantikan TERBATAL
Panduan Pengurusan surat tawaran pelantikan tetap boleh dirujuk di https://tinyurl.com/portalspa
Sekian, terima kasih

Alhamdulillah. Pada 7 Ogos 2026 PDT Lenggong telah menyelesaikan perolehan sebuah bot berkapasiti 10 penumpang yang bole...
07/08/2026

Alhamdulillah. Pada 7 Ogos 2026 PDT Lenggong telah menyelesaikan perolehan sebuah bot berkapasiti 10 penumpang yang boleh digunakan untuk pemantauan kawasan Daerah Lenggong yang berada di pinggiran Tasik Dan Sungai Perak. Ia juga akan digunakan secara guna sama bagi sesi lawatan pakar ke Kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark yang mana KPPD PDT Lenggong memainkan peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Dan Konservasi.

Pandu uji kemampuan bot tersebut telah dibuat oleh Tuan KPPD Encik Mohd Noor Azam Bin Ismail sendiri bersama dengan Bahagian Khidmat Pengurusan serta kakitangan yang bertugas sebagai pemandu-pemandu bot yang juga telah selesai Dan memperolehi lesen peman
duan bot daripada Jabatan Laut.

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN KALI KE-47 SK BUKIT SAPILENGGONG, 6 Ogos 2026 – Telah berlangsung Kejohanan Sukan dan Balapa...
06/08/2026

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN KALI KE-47 SK BUKIT SAPI

LENGGONG, 6 Ogos 2026 – Telah berlangsung Kejohanan Sukan dan Balapan Kali Ke-47 Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi yang telah dirasmikan oleh Encik Mohd Noor Azam Bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong.

Kejohanan ini menjadi medan mencungkil bakat murid serta memupuk semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

06/08/2026

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong
Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

057677363

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share