Warita DBP Sabah

Warita DBP Sabah 088-346 200 - KEDAI BUKU DBP CAWANGAN SABAH

πŸ“šβœ¨ π‡π€πƒπˆπ€π‡ 𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“Syabas dan tahniah kepada para penulis Sabah yang telah terpilih sebagai penerima Hadia...
16/08/2026

πŸ“šβœ¨ π‡π€πƒπˆπ€π‡ 𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ’/πŸπŸŽπŸπŸ“

Syabas dan tahniah kepada para penulis Sabah yang telah terpilih sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah 2024/2025.

Sebanyak 29 hadiah yang akan disampaikan semasa Malam Anugerah Pena Kinabalu (MAPENA), pada 11 September 2026 (Jumaat), pukul 7.00 malam, di hotel terkemuka, di Kota Kinabalu.

Majlis ini dilaksanakan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada para penulis yang menghasilkan karya bermutu serta memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan di negeri Sabah.

Selain itu, majlis ini juga dilaksanakan untuk menggalakkan perkembangan ekosistem kesusasteraan melalui penglibatan penulis, penerbit, penggiat seni dan masyarakat dalam usaha memperkasa dunia kesusasteraan di negeri Sabah.

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 π“π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π π‘π„π’π„ππ’πˆ ππ”πŠπ” 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 π€π–π€πŒ 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 πƒπ€π‹π€πŒ π“π€π‹πˆπ€π ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπ„πŠπ€πƒ 𝐌...
16/08/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 π“π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π π‘π„π’π„ππ’πˆ ππ”πŠπ” 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 π€π–π€πŒ 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 πƒπ€π‹π€πŒ π“π€π‹πˆπ€π ππ„π‘π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπ„πŠπ€πƒ πŒπ„πŒππ€π‚π€ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŸπŸŽπŸπŸ”

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi Pertandingan Resensi Buku Penjawat Awam Secara dalam Talian Bersempena dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2026 dilanjutkan hingga 31 Ogos 2026.

* Terbuka kepada semua penjawat awam negeri dan persekutuan yang sedang berkhidmat di Sabah, kecuali guru dan pensyarah.

* Setiap peserta dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
Dapatkan syarat-syarat pertandingan dan lengkapkan borang penyertaan melalui kod QR atau pautan yang berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSce800Ejfw92V-lEmoc4eEYChpkf7jbg7nTOsOoPucUsSWtoA/viewform?usp=dialog






π“πŽπŠπŽπ‡ 𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π˜π€ππ† ππ„π‘π–πˆππ€π–π€πŸŽ—οΈYBhg. Datuk Jamdin Buyong πŸŽ—οΈSebuah pengiktirafan dan penghargaan atas ketekunan, sum...
16/08/2026

π“πŽπŠπŽπ‡ 𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π˜π€ππ† ππ„π‘π–πˆππ€π–π€

πŸŽ—οΈYBhg. Datuk Jamdin Buyong πŸŽ—οΈ

Sebuah pengiktirafan dan penghargaan atas ketekunan, sumbangan dan kecemerlangan beliau dalam dunia kesusasteraan di negeri Sabah.

Anugerah Sastera Negeri Sabah Kelima merakamkan penghormatan terhadap insan yang telah menabur bakti melalui dunia sastera, mengangkat nilai kemanusiaan dan memperkukuh martabat kesusasteraan tanah air.

Tahniah YBhg. Datuk Jamdin Buyong atas Pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Sastera Negeri Sabah Kelima.

✨ Sastera tumbuh daripada kata, tetapi kekal melalui jasa dan karya✨


15/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππ”π‹πˆπ’π€π ππ”πŠπ” π”πŒπ”πŒ ππ”πŠπ€π π…πˆπŠπ’π˜π„π ππ„ππ†π†π„π‘π€πŠ πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ ππ”πŠπ” 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Urus Setia Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) dengan kerjasama Akademi DBP akan mengadakan Kursus Penulisan Buku Umum Bukan Fiksyen pada 18 hingga 19 Ogos 2026 di Bilik Latihan 8, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Penyertaan terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Sila imbas kod QR untuk pendaftaran.



15/08/2026

Kota Kinabalu - Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBhg. Datuk Dr. Hazami Jahari mengumumkan penerima Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2024/2025, yang

π‘π€πŠπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡Pengarah dan seluruh karyawan DBP Cawangan Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan...
15/08/2026

π‘π€πŠπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Pengarah dan seluruh karyawan DBP Cawangan Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Puan Theresia Waslin yang telah berjaya menamatkan latihan industri selama enam bulan di DBP Cawangan Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh latihan. Semoga pencapaian ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dalam perjalanan kerjaya.

Tahniah dan selamat maju jaya! 🌷


π‘π€πŠπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡Puan Jennitah Noordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah, merakamkan penghargaan dan uca...
14/08/2026

π‘π€πŠπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Puan Jennitah Noordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah, merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Puan Theresia Waslin yang telah selesai menjalani latihan industri selama enam bulan di DBP Cawangan Sabah.

Sepanjang tempoh latihan, beliau telah mendapat bimbingan daripada Puan Ezura As’ad Azam, Ketua Unit Pembinaan dan Penyelidikan, serta Puan Noorzanani Haji Kata, Ketua Unit Penerbitan Buku dan Majalah.

Tahniah dan semoga segala ilmu serta pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya.


πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π’πŒπŠ πƒπ€π“π”πŠ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇Pada 14 Ogos 2026, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Jennitah binti Noordin ...
14/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ π’πŒπŠ πƒπ€π“π”πŠ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇

Pada 14 Ogos 2026, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Jennitah binti Noordin telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan SMK Datuk Panglima Abdullah yang diketuai oleh Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah, Tuan Haji Dzulkifli bin Ali Basha bersama-sama lima orang guru pengiring.

Kunjungan ini turut disusuli dengan pembentangan Pelan Program Sekolah Angkat DBP 2026 dan membincangkan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program-program bahasa, sastera dan pembudayaan ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada warga sekolah.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa dan persuratan Melayu dalam kalangan warga sekolah.


Address

Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan
Likas
88400

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:00
Tuesday 07:30 - 04:00
Wednesday 07:30 - 04:00
Thursday 07:30 - 04:00
Friday 07:30 - 04:00

Telephone

+6088346300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warita DBP Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Warita DBP Sabah:

Shortcuts

Share