24/11/2022
LAWATAN KERJA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA (PENGURUSAN) KE PENJARA LIMBANG
18 NOVEMBER 2022 │ JUMAAT
PENJARA LIMBANG
YBhg. TKJP Abd. Kadir Bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) disertai oleh YBhg. Dato’ Narender Singh, Pengarah Pembangunan dan Profesionalisme IPPM , YDH TKP Mohd. Andri Bin Md. Ridzwan, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan YDH En. Mohd Fadli Bin Jamaludin, Timbalan Pengarah Kewangan telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Limbang, Sarawak.
YDH PKP Jaafar bin Timbang, Pengarah Penjara Limbang dan PP Choimmber Tain, Timbalan Pengarah Penjara Limbang bersama-sama pegawai kanan telah mengiringi Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) melawat ke kawasan Pejabat Pentadbiran Luar, Blok Penempatan, Dapur Banduan dan sekitar laluan hadapan Surau An'Nur (Banduan).
Selesai membuat lawatan dan Mesyuarat Naik Taraf Bangunan Pentadbiran dan Pembaikan Cerun Penjara Limbang, YBhg TKJP Abd. Kadir bin Rais mengadakan dialog bersama kakitangan Penjara Limbang yang dihadiri seramai 50 orang termasuk kakitangan awam bertempat di Dewan Gemilang Penjara Limbang.