Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang

Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang "Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami"

bertempat di Padang Kawad, IPD Limbang. "Selamat Menyambut Hari Polis ke-207 khas buat semua warga IPD Limbang dan juga ...
26/03/2014

bertempat di Padang Kawad, IPD Limbang.
"Selamat Menyambut Hari Polis ke-207 khas buat semua warga IPD Limbang dan juga khas buat semua warga PDRM di seluruh Malaysia"

TAHNIAH...komandan wanita yg pertama
16/01/2014

TAHNIAH...komandan wanita yg pertama

Kuala Lumpur, 16 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar satu lagi sejarah penting apabila Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur buat julung kalinya diterajui oleh seorang Pegawai Kanan Polis Wanita yang pertama iaitu SAC Nahariah binti Hussein yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman, Jabatan Siasatan Jenayah. SAC Nahariah kini memegang jawatan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur yang ke-42, yang sebelum ini diterajui oleh 41 orang Komandan lelaki.

Majlis serah terima tugas SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur sebelum ini yang akan bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) menggantikan SAC Dato’ Mohd Nizar bin Mohd Ali disambut dengan Perbarisan dan Kawalan Kehormatan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur. SAC Dato’ Mohd Nizar bin Mohd Ali p**a akan mengambil alih tugas SAC Nahariah sebagai Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman JSJ.

Hadir menyaksikan majlis serah terima tugas ini ialah DCP Dato’ Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM selaku Pegawai Saksi dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai Awam serta wakil-wakil media.

04/12/2013

Tahniah!!

syabas & Tahniah!!!
25/11/2013

syabas & Tahniah!!!

LIMBANG: Penubuhan Amanita atau ‘Peace Lady’ yang berperanan membantu mencegah jenayah wajar diperluaskan di kawasan pedalaman melalui pelantikan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ...

apa sudah jadi?
25/11/2013

apa sudah jadi?

LIMBANG: Usaha seorang wanita warga emas bertarung nyawa selama 15 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pemuas nafsu serakah seorang lelaki tidak kesampaian apabila dia di­percaya...

11/11/2013

Cheras, 11 Nov – “Semoga dengan sesi pembentangan dan perbincangan ini kelak akan memberi lebih banyak maklumat kepada kita tentang peri pentingnya aspek pencegahan jenayah di dalam mewujudkan keamanan dan ketenteraman masyarakat seluruhnya menurut Islam,” ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Dewan Sultan Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Menurutnya, betapa Islam itu amat mementingkan kesejahteraan dan keamanan kerana perkataan ‘Islam’ itu sendiri berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kesejahteraan dan lahir kerana pada dasarnya Islam diturunkan sesuai dengan fitrah dan sifat semula jadi manusia.

“Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah SWT,” tambahnya lagi.

Program seminar pada hari ini kerana ia merupakan satu seminar jenayah yang bertemakan Islam yang julung-julung kalinya diadakan serta menjadi satu daripada kelangsungan agenda mengurangkan jenayah PDRM.

Ianya juga adalah antara usaha murni yang berterusan dalam membudayakan pencegahan jenayah sebagai amalan hidup rakyat Malaysia sekali gus menyedarkan masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah.

PDRM selaku organisasi penguat kuasa utama yang dipertanggungjawabkan dengan kuasa-kuasa yang ada, akan bersungguh-sungguh dengan segala daya usaha untuk mengekalkan keamanan negara ini, sekali gus menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Turut hadir pada hari ini, Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) PDRM, Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Polis Negeri, Komander-komander, Komandan-komandan Pusat Latihan Polis, pegawai-pegawai kanan PDRM dan wakil-wakil media.

05/11/2013

LIMBANG: Penubuhan Amanita atau ‘Peacy Lady’ di setiap daerah membantu pencegahan jenayah, menunjukkan PDRM mengiktiraf peranan wanita termasuk suri rumah membentuk modal insan di peringkat awal. M...

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan perasmian IPD Limbang...
06/07/2013

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua pihak bagi menjayakan perasmian IPD Limbang...

LIMBANG,5 Julai-Berlangsungnya Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin,yang hadir bersama isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah.Turut hadir YDH DIG Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin,Timbalan Ketua Polis Negara,YDH DCP Dato’Acryl Sani Bin Abdullah Sani,Pesuruhjaya Polis Sarawak serta isteri Ybhg Datin Enggr. Zaitun Binti Mohd Isa,YDH SAC Dato’ Law Hong Soon,Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak,Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM seta isteri dan Dif-Dif jemputan.Majlis juga turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sarawak,Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Sarawak,Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota lain-lain pangkat PDRM Kontinjen Sarawak,Wakil-Wakil dari Angkatan Tentera Malaysia,JPAM,RELA,Bomba dan Penyelamat,Kadet-Kadet Polis,Wakil-Wakil Media dan masyarakat umum.

Terima kasih atas kerjasama rakan2 foto...
04/07/2013

Terima kasih atas kerjasama rakan2 foto...

04/07/2013

Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang akan dirasmikan oleh Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin pada :-
Tkh»»05.07.2013 (jumaat)
Masa»»0700 pagi
Tempat»»Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang
Kehadiran anda semua dialu-alukan bagi memeriahkan lagi perasmian tersebut...

Tahniah!!
14/05/2013

Tahniah!!

TAN Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu berkuat kuasa Jumaat (17 Mei), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Sementara itu Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zin...

Address

Limbang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang:

Share