Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

Utamakan kesihatan. Kurangkan pendedahan kepada jerebu!
04/09/2026

Utamakan kesihatan. Kurangkan pendedahan kepada jerebu!

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.➡️ Sentiasa minum air kosong secuk...
04/09/2026

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➡️ Kurangkan aktiviti di luar
➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
➡️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE✅ A – Amal langkah perlindungan diri✅ B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri✅ C – Cakna...
04/09/2026

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE

✅ A – Amal langkah perlindungan diri
✅ B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
✅ C – Cakna kualiti udara
✅ D – Didik diri, keluarga dan komuniti
✅ E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

03/09/2026

BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) SARAWAK

3 September 2026, Khamis | 12.00 Tengah Hari

Pantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan utamakan kesihatan diri serta keluarga.

Daily Haze Watch: https://www.nreb.gov.my/web/subpage/webpage_view/530

Nota:
i. IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.
ii. # - tiada data



IPU 174 – Tidak Sihat. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar, menghadkan masa berada di kawasan...
03/09/2026

IPU 174 – Tidak Sihat.

Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar, menghadkan masa berada di kawasan terbuka dan memakai pelitup muka yang sesuai. Golongan berisiko perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan.


03/09/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 || 3 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 2026

TAHUKAH ANDA?Apa itu OPA?OPA dilakukan untuk mempertingkatkan proses pembentukan hujan dan menambahkan jumlah hujan di k...
03/09/2026

TAHUKAH ANDA?

Apa itu OPA?

OPA dilakukan untuk mempertingkatkan proses pembentukan hujan dan menambahkan jumlah hujan di kawasan yang dikehendaki semasa krisis kekurangan air, jerebu dan kebakaran hutan.

Setiap operasi pembenihan awan yang dijalankan mengambil masa di antara empat sehingga lima jam yang melibatkan proses penyediaan ejen pembenihan dan operasi penerbangan dari mula sehingga pesawat mendarat di pangkalan operasi.

Jom kongsikan kepada semua untuk pengetahuan dan manfaat bersama!

SUMBER: FB MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT https://www.facebook.com/malaysiamet

03/09/2026

Kaedah pembenihan awan. Tahukah anda?

Keupayaan untuk membentuk titisan awan yang lebih besar daripada molekul wap air yang sedia ada memerlukan ejen buatan, Cloud Condensation Nuclei (CCN) mempunyai ciri-ciri higroskopik yang membantu untuk menarik, menyerap dan mengekalkan wap air di atmosfera. Garam biasa atau natrium klorida adalah salah satu contoh ejen higroskopik.

Tujuan utama pembenihan awan adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses mikrofizik awan yang terlibat dalam pembentukkan titisan air hujan daripada molekul wap air yang sedia ada. Selepas titisan awan terbentuk, ia perlu mengembangkan saiznya kira-kira satu juta kali ganda untuk menjadi titisan hujan.

Dalam usaha untuk ini berlaku, titisan awan akan melalui proses pelanggaran-tautan berganda (perlanggaran antara titisan yang berbeza saiz akan menyebabkan titisan yang lebih besar terbentuk). Proses di mana titisan awan berlanggar dan bertaut ini membebaskan haba pendam, yang seterusnya akan menggalakkan lagi proses perlanggaran dan tautan ini.

Titisan awan hanya boleh bertaut atau bergabung jika ianya mempunyai caj elektrik bertentangan; jika tidak, ia hanya akan menolak antara satu sama lain. Apabila titisan awan semakin berkembang dan menjadi lebih berat, ia mulai jatuh menerusi awan.

Titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih cepat dan pada masa yang sama mengumpul titisan yang lebih kecil semasa ianya jatuh, ini menyebabkan titisan menjadi semakin besar dengan keamatan yang lebih tinggi dan turun sebagai hujan.

Sumber http://www.met.gov.my/pendidikan/sainsatmosfera/pembenihanawan






Alert 💪
03/09/2026

Alert 💪

BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) SARAWAK

2 September 2026, Rabu | 10.00 Pagi

Pantau bacaan IPU dari semasa ke semasa dan utamakan kesihatan diri serta keluarga.

Daily Haze Watch: https://www.nreb.gov.my/web/subpage/webpage_view/530

Nota:
i. IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.
ii. # - tiada data



03/09/2026

Jerebu bukan sekadar udara berkabut. Lindungi paru-paru, kurangkan pendedahan dan utamakan kesihatan.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Address

Limbang
98700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085211046

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang:

Shortcuts

Share