04/03/2026
Menang di usia 20-an bukanlah tentang memiliki kereta mewah atau jumlah pengikut yang ramai di media sosial tetapi tentang asas yang kuat untuk masa depan yang kukuh dan stabil.
Fasa ini adalah waktu "High Risk, High Learning" di mana kesilapan paling besar yang anda boleh lakukan adalah tidak mencuba langsung atau berada dalam zon selesa.
Kunci utama ialah ilmu pengurusan kewangan yang betul. Elakkan diri kita daripada terjerat dengan hutang-hutang “Buy Now,Pay Later” semata mata untuk mengikut trend. Belajarlah cara melabur dan sediakan dana kecemasan seawal mungkin.
Kuasai kemahiran insaniah (soft skills) seperti berkomunikasi, pengurusan masa dan kepimpinan. Kemahiran ini dapat membantu anda di masa depan.
Tidak lupa juga kesihatan fizikal dan mental. Tabiat pemakanan dan senaman di usia sekarang menentukan tahap kesihatan anda nanti. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.
Paling penting, pilih lingkungan kawan dengan bijak kerana anda adalah purata lima orang yang paling kerap anda luangkan masa bersama. Jika kawan-kawan anda tidak bercakap tentang progres atau matlamat, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencari komuniti baru.
Berhenti membandingkan perjalanan hidup anda dengan “highlight reel” orang lain di internet, kerana setiap orang mempunyai garis masa yang berbeza.
Ingat, usia 20-an adalah waktu untuk anda "menanam," supaya di usia 30-an nanti, anda hanya perlu "menuai" hasil daripada disiplin dan kerja keras yang anda semai hari ini.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.