15/11/2024
LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT DAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN
12, 13 & 14 November 2024: Lawatan kerja teknikal Majlis Perbandaran Manjung ke Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi tujuan sesi sharing knowledge berkaitan teknikal perancangan bagi pembangunan yang dilaksanakan di Bandar Baru Gamuda Cove dan juga di Bandar Ainsdale. Deligasi daripada Majlis Perbandaran Manjung diketuai oleh YBrs. TPr Muhamad Helmy Bin Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, YBrs. Ts Mohd Rohaizan Bin Abd Aris, Pengarah Jabatan Bangunan dan En Naโim Bin Isma Yatim, Penolong Pengarah Jabatan Perancang Bandar.
Deligasi daripada Majlis Perbandaran Manjung telah disambut baik oleh YBhg. Datoโ Masri Bin Haji Razali, Dato Bandar MBS semasa sesi lawatan kerja teknikal ke Majlis Bandaraya Seremban dan juga YBrs Tuan Zulkefli Bin Mohamed Arif, Timbalan Setiausaha MPKL semasa sesi lawatan kerja teknikal Majlis Perbandaran Kuala Langat. Selain itu, deligasi daripada Majlis Perbandaran Manjung juga berkesempatan untuk melawat Paya Indah Discovery Wetlands di bawah kawasan pentadbiran MPKL, dimana ia adalah satu perkongsian idea dan pengalaman yang bernilai sebagai input tambahan kepada pembangunan di kawasan Gamuda Gove.
Antara isi intipati yang dapat dikongsi semasa sesi lawatan tersebut melibatkan konsep pembangunan bandar baru serta dari sudut kawalan perancangan dan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Ini termasuk pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MPKL dan MBS dalam memacu pembangunan ke arah yang lebih dinamik dan progresif.
Semoga agenda yang diatur dapat memberikan penambahbaikan dalam proses perancangan pembangunan yang terbaik untuk Daerah Manjung di masa akan datang.