BN COMMS LUMUT

BN COMMS LUMUT Informasi BN Parlimen Lumut. Page rasmi BN Comms Parlimen Lumut.

24/08/2024
20/08/2024

Selamat Menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 kepada seluruh warga pentadbiran universiti awam di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang selama ini senantiasa melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komited.

Kita bergerak sebagai satu pasukan. Teruskan momentum kecemerlangan untuk mengangkat martabat pendidikan tinggi negara ke tahap lebih baik sejajar dengan aspirasi Kerajaan Madani.

“Keterlihatan dan Keterampilan Bakat Pemangkin Kecemerlangan Pentadbir Universiti”



25/01/2024

Assalammualaikum!
Dibawah Kerajaan BN (ditunjangi UMNO) Penjawat Awam, *Tetap* dan *Berpencen.* Selama 6 dekad.

Dibawah Kerajaan Perpaduan (ditunjangi Pakatan Harapan), Penjawat Awam Baru, *Tetap* tetapi *Tidak Berpencen*

Adakah ini *salah* UMNO@BN?
*Jawabnya tidak.*
Kerajaan BN, yang ditunjangi oleh UMNO, menjaga Penjawat Awam seperti menatang minyak yang penuh, selama 6 dekad.
Segelintir sahaja Penjawat Awam yang mempertahan UMNO@BN di dalam PRU13, PRU14 dan PRU15, yang selainnya *inginkan perubahan,* keputusan PRU13 UMNO@BN mula goyah tidak mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat.
Pada PRU14 UMNO@BN kalah, betapa gembiranya mereka yang inginkan perubahan (Ayamnya menang kampung tergadai).
UMNO@BN tidak dapat menubuh Kerajaan, Malaysia dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, parti menunjanginya adalah DAP, PKR, AMANAH serta parti serpihan yang lain, di bawah PM Tun Mahathir Muhammad.

Pada PRU15 dengan pertambahan pengundi muda (umur 18 tahu), segelintir yang mempertahankan Kerajaan UMNO@BN mula bertukar arah, tidak memberi sokongan kepada UMNO@BN. Kerana mengharapkan semakok jelok sepinggan dagang.
UMNO@BN memperolehi 30 Kerusi di Dewan Rakyat melukut ditepigantang. Apa yang boleh disuara hanya 30 Kerusi.
Adakah yang berlaku kepada Penjawat Awam Baru, *Tetap Tidak Berpencen,* *salah UMNO@BN?*
Jawapannya ada di tangan pengundi semua.

"Bagi saya merupakan hadiah yang diminta"
Wassalam.

_ikhlas dari:-_
_KhadamTetapDanBerpencen_
_sudah 18 tahun menikmati pencen_
_Syukur Alhamdullilah_
_25012024 | 01:00_

Terima kasih DAWD sudi hadir dan beri input yg sangat baik utk warga UBL.
20/01/2024

Terima kasih DAWD sudi hadir dan beri input yg sangat baik utk warga UBL.

Assalamulaikum.UMNO Bahagian akan mengadakan Program bertajuk "UMNO KITA' - Sebuah Perjuangan" bersama YBhg. Dato' Asyra...
19/01/2024

Assalamulaikum.

UMNO Bahagian akan mengadakan Program bertajuk "UMNO KITA' - Sebuah Perjuangan" bersama YBhg. Dato' Asyraf Wajdi Dato' Dasuki, Setiausaha Agung UMNO Malaysia akan di adakan seperti berikut :

Tarikh : 20.01.2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung
Pakaian : Merah-Putih / Bersesuaian

Tentatif Program.

8.00 am - Pendaftaran
- Sarapan pagi
8.40 am - Bacaan Doa
8.50 am - Nyanyian Lagu
Negaraku
UMNO
UMNO Perak

9.00 am - Ucapan
YB. Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir
Ketua UMNO Bahagian Lumut, Merangkap Menteri Pengajian Tinggi.

10.00 am - Ucapan & Penerangan Isu-Isu Semasa.
YBhg. Dato' Asyraf Wajdi Dato' Dasuki
Setiausaha Agung UMNO Malaysia.

12.30 pm - Bersurai
- Makan Tengahari

NOTA : Semua yg hadir akan diminta bergambar beramai-ramai dan akan diframekan utk dipersembahkan kpd YDP Agong sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bahagi dari Ahli UMNO Bahagian Lumut.

19/06/2023

Saya ingin menyarankan untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan supaya kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Anwar melihat semula tentang penglibatan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2010 dan bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Dato’ Sri Najib dalam penghakiman ke atasnya.

Hakim Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015 dan dia juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal
Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.

Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Hakim Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC. Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik. Fakta berkenaan penglibatan Hakim Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai berat sebelah dan bias.

Walaupun tindakan Hakim Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun ianya besar kemungkinan melanggar etika hakim dan adalah asas yang kuat untuk kes SRC Dato’ Sri Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua.

Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim.

Salam.
ISHAM JALIL
19 Jun 2023

01/05/2023

Address

Bilik Gerakan BN Parlimen Lumut
Lumut
32040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN COMMS LUMUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share