Pemuda Amanah Lumut

Pemuda Amanah Lumut Pemuda Amanah Lumut adalah sayap pemuda bagi Amanah Kawasan Lumut

“To make the son of a fisherman a better fisherman and the son of a farmer a better farmer”Itulah mindset Sir George Max...
31/08/2026

“To make the son of a fisherman a better fisherman and the son of a farmer a better farmer”

Itulah mindset Sir George Maxwell ketika merangka dasar pendidikan orang Melayu sewaktu penjajahan British. Betapa lekeh dan selekehnya orang Melayu di mata British demi untuk terus mengekalkan kuasa dan menjarah hasil ekonomi kita.

Selepas merdeka, langit kini sudah menjadi sempadan, dan tiada lagi alasan untuk kita melangit tinggi. Yang tinggal hanya sempadan yang sengaja kita ciptakan, dan permusuhan baharu yang kita marakkan selepas kita hengkang penjajah keluar dari tanah air kita. Hapuskan sempadan kejahilan ilusi ini. Dan ini bermula daripada diri kita.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Ketua Pemuda AMANAH Lumut dan seluruh jajaran pimpinan Pemuda AMANAH Lumut.

KENYATAAN MEDIADua Bendera Terbalik Serentak, Parti MCA Perak Cetus Persoalan1. Pemuda AMANAH Lumut kesal dengan kejadia...
29/08/2026

KENYATAAN MEDIA

Dua Bendera Terbalik Serentak, Parti MCA Perak Cetus Persoalan

1. Pemuda AMANAH Lumut kesal dengan kejadian bendera negeri Perak dan Jalur Gemilang yang dipasangkan secara terbalik di ibu pejabat Malaysian Chinese Association (MCA) Perak pada 28 Ogos 2026. Tindakan yang aneh dan tiada common sense secara terang-terangan melawan arus kemeriahan suasana rakyat Perak dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 dan Hari Malaysia pada 16 September 2026.

2. Kejadian dua bendera terbalik dalam satu masa sama adalah satu rekod baharu pencapaian MCA Perak, dan mengingatkan kita mengenai sejarah Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Dato' Seri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi. Menteri Besar Perak Mohamed Ghazali Jawi pada tahun 1959 telah menegur guru-guru sekolah Cina dan mendesak mereka supaya menerapkan rasa cinta kepada Tanah Melayu serta rasa hormat terhadap bendera dan lagu kebangsaan dalam kalangan murid-murid sekolah di Perak.

3. Teguran Menteri Besar merupakan titik penting dalam sejarah sosiopolitik negara kita kerana mengubah kerangka perdebatan mengenai bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan, yang akhirnya membawa kepada penggubalan Akta Lagu Kebangsaan 1968. Pemuda AMANAH Lumut menyokong penuh apa-apa tindakan susulan yang lebih tegas dikenakan kepada ibu pejabat MCA Perak terutama daripada rakan komponen politik, NGO dan pihak berkuasa agar rakyat Perak lebih berhati-hati dan tidak memandang ringan kesilapan yang tidak sepatutnya terjadi.

4. Sejarah Malaysia membuktikan bahawa bendera Malaysia bukan sekadar menjadi lambang rasmi pentadbiran, bahkan bendera Malaysia menjadi ejen sosiopolitik yang dinamik dalam memupuk perpaduan rakyat. Walaupun cabaran struktur masyarakat majmuk dan politik perkauman dan keagamaan masih menebal pada hari ini, bendera Malaysia sepatutnya kekal menjadi lambang keramat yang merangkul segala pengorbanan, perjuangan kemerdekaan dan aspirasi masa depan negara; yang dikongsi penuh oleh seluruh rakyat negeri Perak.

Ketua Pemuda AMANAH Lumut
29 OGOS 2026

“Wahai Muhammad, aku ini adalah Malaikat Gunung. Allah telah mendengar kata-kata kesat kaum Thaif kepadamu.”“Apa yang ka...
24/08/2026

“Wahai Muhammad, aku ini adalah Malaikat Gunung. Allah telah mendengar kata-kata kesat kaum Thaif kepadamu.”

“Apa yang kamu kehendaki? Jika nak, aku boleh himpit orang Thaif dan orang Makkah dengan dua gunung”

بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ، لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Baginda Nabi menjawab:
“Bahkan aku harap Allah akan lahirkan dari kaum Thaif ini sebuah generasi yang menyembah Allah, mengesakannya dan tidak mensyirikkannya.”

Saudara,

Dakwah Nabi rupanya bukan sekadar tentang berani menyampaikan kebenaran.

Dakwah juga tentang besarnya hati untuk tetap memaafkan, sabarnya jiwa untuk terus menunggu, dan tenangnya langkah untuk tidak gopoh melihat hasil.

Salam Maulidur Rasul 2026.

Hormati perbezaan, fahami perundangan, dan utamakan keharmonian masyarakat. Perbincangan yang matang membawa kita ke had...
13/08/2026

Hormati perbezaan, fahami perundangan, dan utamakan keharmonian masyarakat. Perbincangan yang matang membawa kita ke hadapan.

31/07/2026

Terus maju Tokmin!
Merahkan Nismilan
Anak MUDA Undi Hanis di Senaling



30/07/2026

Terus maju Tokmin!
Merahkan Nismilan 🔺


26/07/2026

Melayu tetap Melayu, walaupun tanpa UMNO.
Terus maju Tokmin!
Merahkan Nismilan
Undi Hanis di Senaling

25/07/2026

Melayu tetap Melayu, walaupun tanpa UMNO.

Terus maju Tokmin!
Merahkan Nismilan 🔺

24/07/2026

Terus maju Tokmin!
Merahkan Nismilan 🔺
Undi Hanis di Senaling 🗳️

Address

Lumut

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Amanah Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Amanah Lumut:

Shortcuts

Share