10/12/2025
LATIHAN DAN UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL KLD TSA PENGGAL KEDUA TAHUN 2025
9 Dis - Latihan dan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil KLD TSA Penggal Kedua 2025 telah berjaya dilaksanakan di Langkawi International Shooting Range Malaysia (LISRAM) melibatkan seluruh warga KLD TUNAS SAMUDERA. Latihan ini bertujuan menguji dan meningkatkan tahap kecekapan anggota dalam pengendalian senjata kecil.
Pihak LUNAS Langkawi Shipyard Sdn. Bhd. turut menyambut jemputan kapal, dihadiri oleh
Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS, Ir. Azhar Jumaat, sebagai usaha mengukuhkan hubungan kerjasama antara kapal dan pihak limbungan sepanjang tempoh pembaikan KLD TUNAS SAMUDERA.
Kapal turut menganjurkan Pertandingan Menembak Warga KLD TSA dan gelaran Penembak Terbaik Keseluruhan telah dimenangi oleh:
🎖️ Leftenan Muhamad Firdaus bin Yahaya TLDM
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga KLD TUNAS SAMUDERA atas komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan ini.