KD SRI MANJUNG

KD SRI MANJUNG KD SRI MANJUNG merupakan salah satu daripada 11 unit Pasukan Simpanan TLDM yang terletak di negeri Perak.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—šLUMUT, 16 OGOS 2026 โ€“ Kursus Pra Induksi Siri 2/26 telah berlangsung selam...
26/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š

LUMUT, 16 OGOS 2026 โ€“ Kursus Pra Induksi Siri 2/26 telah berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 Ogos 2026 bertempat di KD SRI MANJUNG, melibatkan seramai 43 peserta daripada Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) dan TVETMARA Lumut (IKM LUMUT).

Kursus ini turut disertai oleh 10 anggota jurulatih KD SRI MANJUNG yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengisian latihan serta memastikan kelancaran setiap aktiviti sepanjang kursus berlangsung.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal kepada para peserta berkaitan aspek kehidupan, disiplin serta pengetahuan asas ketenteraan khususnya dalam persekitaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ialah Kelas Pengenalan Asas TLDM, Pengenalan Lawatan Malam, Latihan Asas Renang, Kelas Pengenalan Elaun dan Dokumentasi, Kelas Pengenalan Senjata Kecil dan Kawad Kaki serta Pengenalan Ransum Tempur.

Selain itu, para peserta turut menjalani aktiviti berbentuk fizikal dan ketahanan diri seperti Lawatan Malam, Jalan Lasak Malam dan Latihan Merempuh Halangan. Aktiviti-aktiviti tersebut bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental, disiplin serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Kursus turut diakhiri dengan persiapan bagi Majlis Penutup Kursus Pra Induksi Siri 2/26 sebagai simbolik tamatnya pelaksanaan kursus yang telah berlangsung selama empat hari.

Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat memberikan pendedahan serta pengalaman bermakna kepada para peserta, di samping membentuk nilai disiplin, ketahanan diri, kerjasama berpasukan dan kefahaman asas berkaitan kehidupan serta perkhidmatan dalam TLDM.

Kursus Pra Induksi Siri 2/26 yang berlangsung di KD SRI MANJUNG ini mencerminkan usaha berterusan dalam memberikan pendedahan awal kepada golongan pelajar sebelum mereka melangkah ke peringkat seterusnya, khususnya dalam aspek disiplin, kecergasan dan jati diri.





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

โš“๏ธ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š โš“๏ธ15 Ogos 2026 | KD SRI MANJUNGKD SRI MANJUNG telah melaksanakan Lat...
26/08/2026

โš“๏ธ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—› ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š โš“๏ธ

15 Ogos 2026 | KD SRI MANJUNG

KD SRI MANJUNG telah melaksanakan Latihan Merempuh Halangan yang melibatkan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) pada 15 Ogos 2026.

Latihan ini bertujuan meningkatkan ketahanan fizikal, kecergasan, keberanian serta semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota PSSTLDM.

Pelaksanaan latihan turut memberi pendedahan kepada anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran fizikal serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan diri bagi melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Sedia Berkorban!







Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—–๐—•๐—ฅ๐—ก๐——๐—– ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—•๐—ฅ๐—กLUMUT, 12 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG,...
26/08/2026

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—–๐—•๐—ฅ๐—ก๐——๐—– ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—–๐—•๐—ฅ๐—ก

LUMUT, 12 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) telah melaksanakan Kelas Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Damage Control (CBRNDC) pada 12 Ogos 2026 bertempat di KD SRI MANJUNG.

Kelas ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan keupayaan warga KD SRI MANJUNG dalam menghadapi sebarang ancaman yang melibatkan bahan Kimia, Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN) serta aspek kawalan kerosakan.

Antara pengisian kelas adalah penerangan berkaitan pengenalpastian ancaman CBRN, prosedur pemakaian alat perlindungan diri serta penggunaan peralatan perlindungan CBRN. Peserta turut diberikan penerangan dan demonstrasi berkaitan prosedur donning peralatan perlindungan bagi memastikan pemakaian dilaksanakan dengan betul, pantas dan selamat.

Pelaksanaan kelas turut memberi penekanan kepada kesiapsiagaan warga KD SRI MANJUNG dalam mengenal pasti pengumuman serangan CBRN serta tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku ancaman.

Program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran, disiplin dan kesiapsiagaan warga PSSTLDM KD SRI MANJUNG, di samping memastikan setiap anggota mempunyai pengetahuan asas yang diperlukan bagi menghadapi situasi kecemasan berkaitan ancaman CBRN.

SEDIA BERKORBAN!

KD SRI MANJUNG
PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— (๐—๐—ž๐—ฃ๐—ฅ) ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—šLUMUT, 10 Ogos 2026 โ€” KD SRI MANJUNG telah mengadakan Mesyua...
26/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— (๐—๐—ž๐—ฃ๐—ฅ) ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š

LUMUT, 10 Ogos 2026 โ€” KD SRI MANJUNG telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Rekod (JKPR) di Bilik Mesyuarat KD SRI MANJUNG, bagi memantau kemajuan dan menyemak tindakan ke atas senarai rekod yang telah tamat tempoh pengekalan selaras dengan keperluan pengurusan rekod rasmi jabatan serta manual pengurusan rekod TLDM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Kdr Mohd Nazri bin Sharif PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI MANJUNG. Turut hadir memberi sokongan dan sumbangan pandangan, ahli mesyuarat Lt Kdr Hazwani binti Senafi TLDM, Pegawai Staf Perundangan MPA Barat, Lt Erfizam bin Zaharudin TLDM, Pegawai Staf 3 Sel Bekalan CPSM-LLP, Lt Muhamad Nur Alif bin Nadzri TLDM, Pegawai Staf 3 Kejuruteraan CPSM-LLP dan Lt Siti Noor Ashikin binti Abdullah TLDM, Pegawai Staf 3 Tadbir Sekretariat MTL (Bahagian Sekretariat (N1-2)) bagi memastikan setiap perkara diteliti secara menyeluruh dan memenuhi keperluan menyeluruh organisasi.

Antara perkara utama yang dibincangkan merangkumi pengesahan kategori rekod yang tamat tempoh, tahap pematuhan prosedur pelupusan mengikut Akta Arkib Negara 2003 dan Panduan pengurusan rekod TLDM, serta langkah seterusnya bagi pengemukakan permohonan rasmi kepada Arkib Negara Malaysia. Penekanan tegas turut diberikan agar tiada sebarang rekod dimusnahkan tanpa kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan.

Hasil mesyuarat, sebanyak 92 rekod Fail Tutup yang layak dilupus telah disemak dan diluluskan untuk dikemukakan permohonan rasmi dan penurunan klasifikasi fail kepada Markas Pasukan Simpanan TLDM. Tarikh sasaran bagi setiap fasa tindakan turut ditetapkan bagi memastikan urusan berjalan lancar, teratur dan mematuhi sepenuhnya peraturan yang berkuat kuasa.

Melalui sesi ini, pengurusan rekod di KD SRI MANJUNG dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan telus, sekaligus memperkasakan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan sentiasa mematuhi piawaian rasmi pengurusan rekod negara serta TLDM.

Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒ™โœจุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†...
24/08/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—น ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŒ™โœจ

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Selamat menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ. Semoga kita terus meneladani akhlak, kepimpinan dan sunnah Rasulullah SAW serta melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026

Ucapan Ikhlas Daripada,
Pegwai Memerintah & Seluruh Warga KD SRI MANJUNG

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Laksamana Pertama Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM....
18/08/2026

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat Laksamana Pertama Mohd Hasnan bin Mohd Hanafiah, Panglima Pasukan Simpanan TLDM.

Seluruh warga KD SRI MANJUNG dan Pegawai Memerintah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena menyambut ulang tahun kelahiran YBhg Panglima.

Semoga YBhg Panglima sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, serta terus cemerlang dalam memimpin dan menaburkan bakti demi kedaulatan perkhidmatan serta negara tercinta.

Selamat Maju Jaya!

Markas Pasukan Simpanan TLDM

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ž๐—ฃ)LUMUT, 08 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah menganjurkan Taklimat Kesel...
11/08/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ž๐—ฃ)

LUMUT, 08 Ogos 2026 โ€“ KD SRI MANJUNG telah menganjurkan Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) inisiatif dalam memperkasakan budaya kerja selamat dan memupuk persekitaran perkhidmatan yang kondusif.

Sebagai pengisian sampingan, siri latihan tempatan ini turut dimulakan dengan latihan kawad bagi mengekalkan tahap disiplin, keseragaman warga unit.

Taklimat KKP berfokus kepada aspek pematuhan standard Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), mengenai pengenalpastian bahaya/hazard, serta penilaian dan kawalan risiko di tempat kerja.

Dibantu oleh PW II TMK Ts. Muhamad Firdaus bin Piajan, sesi ini telah disampaikan oleh BK TMK Shahrizal bin Mohamad Yusof, Bintara Latih merangkap AJK KKP Unit. Beliau yang juga berkhidmat di Lumut Naval Shipyard (LUNAS) sebagai Juruteknik Hull Outfitting, Forklift Driver & First Aider (ERT), membawa pengalaman luas daripada salah sebuah syarikat industri berat maritim dan pertahanan negara.

Warga didedahkan dengan amalan pencegahan kemalangan yang proaktif, pematuhan prosedur keselamatan semasa mengendalikan aktiviti operasional mahupun pentadbiran, serta penekanan terhadap prinsip ergonomik dan pengurusan potensi bahaya fizikal di premis.

Melalui pendedahan komprehensif ini, warga KD SRI MANJUNG dibekalkan dengan kesedaran keselamatan, kecekapan pengurusan risiko dan disiplin dalam memastikan kesejahteraan warga sentiasa terjamin, serta keupayaan operasi unit berada pada tahap optimum.





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—กLUMUT, 05 Ogos 2026 โ€“ Dalam usaha berterusan mengekalka...
11/08/2026

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก

LUMUT, 05 Ogos 2026 โ€“ Dalam usaha berterusan mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi dan keupayaan di laut, KD SRI MANJUNG telah menganjurkan siri Kelas Pengetahuan dan Teknikal Kawalan Kerosakan (Damage Control) berfokuskan pengurusan kebanjiran kapal.

Pelaksanaan siri kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman teori, memperkemas respons Prosedur Operasi Standard (SOP), serta memantapkan refleksi tindakan warga unit semasa berdepan situasi kecemasan. Latihan ini kritikal bagi membina keyakinan diri, kecekapan komunikasi, serta disiplin pengurusan krisis demi memastikan keselamatan dan kestabilan kapal terjamin.

Sesi pembelajaran merangkumi empat modul utama:
1. Punca Kebanjiran Kapal โ€“ Pendedahan kepada faktor-faktor risiko kebocoran struktur dan kerosakan sistem.
2. Konsep Mengawal Kebanjiran โ€“ Penguasaan prinsip penahanan air, kawalan sempadan kompartmen (containment & boundary control), serta penyenggaraan kestabilan kapal.
3. Tindakan Apabila Berlaku Kebanjiran โ€“ Latihan langkah-langkah tindak balas pantas, saluran komunikasi kecemasan, dan pengasingan kawasan terjejas.
4. Peralatan Melawan Kebanjiran โ€“ Pengenalan fungsi dan pengoperasian asas aset kawalan kerosakan.

Melalui pendedahan komprehensif ini, warga KD SRI MANJUNG diperkasakan untuk bertindak secara tangkas, sistematik, dan berkesan.





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ก๐—”๐—ฉ๐—ฌ ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก 2 Ogos 2026 | Dataran DBKL, Kuala Lumpur & Pangkalan TLDM L...
05/08/2026

๐—ก๐—”๐—ฉ๐—ฌ ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—ง๐—Ÿ๐——๐—  ๐—ž๐—— ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก

2 Ogos 2026 | Dataran DBKL, Kuala Lumpur & Pangkalan TLDM Lumut

Seramai 58 orang Pegawai dan Anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) KD SRI MANJUNG telah menyertai Navy Run 2026 yang berlangsung serentak di Dataran DBKL, Kuala Lumpur dan Pangkalan TLDM Lumut pada 2 Ogos 2026 (Ahad).

Daripada jumlah tersebut, 39 orang telah menyertai larian di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, manakala 19 orang lagi mengambil bahagian di Pangkalan TLDM Lumut, sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga KD SRI MANJUNG dalam menjayakan program.

Penyertaan ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga TLDM dan PSSTLDM serta masyarakat. Program ini juga menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan peserta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pegawai dan Anggota PSSTLDM KD SRI MANJUNG atas semangat, disiplin dan komitmen yang dipamerkan sepanjang program berlangsung.

Semoga penyertaan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan warga yang sentiasa cergas, berdaya tahan dan bersedia menghadapi sebarang cabaran.

SEDIA BERKORBAN!





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก29 Julai 2026 | KD SRI MANJUNGKD SRI MANJUNG telah melaksanakan Kelas Pengen...
31/07/2026

๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก

29 Julai 2026 | KD SRI MANJUNG

KD SRI MANJUNG telah melaksanakan Kelas Pengenalan Peralatan Melawan Kebakaran pada 29 Julai 2026 (Rabu) sebagai sebahagian daripada latihan berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan warga Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan melibatkan kebakaran.

Kelas ini telah disertai oleh seramai 48 orang anggota, terdiri daripada 10 pegawai dan 38 anggota LLP, termasuk 19 anggota UniKL MIMET yang turut mengikuti latihan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam aspek keselamatan kebakaran.

Sepanjang kelas berlangsung, anggota telah diberikan penerangan mengenai jenis-jenis peralatan melawan kebakaran, fungsi setiap peralatan, kaedah pengendalian yang betul serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa penggunaannya.

Pendedahan ini bertujuan memastikan setiap anggota mempunyai pengetahuan asas yang mencukupi untuk bertindak secara pantas, cekap dan selamat dalam mengawal kebakaran pada peringkat awal.

Kelas ini mencerminkan komitmen KD SRI MANJUNG dalam melahirkan anggota PSSTLDM yang berpengetahuan, berkemahiran dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme selaras dengan aspirasi TLDM.

"SENTIASA SIAGA, CEKAP DAN BERSEDIA."





Markas Pasukan Simpanan TLDM
MK ATM - BMAS

Address

Lumut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KD SRI MANJUNG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share