Pejabat Kesihatan Daerah Machang

Pejabat Kesihatan Daerah Machang Laman rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Machang bagi tujuan menyampaikan maklumat-maklumat semasa aktiviti kesihatan mahupun berita-berita semasa ...

Majlis Anugerah Apresiasi Kepada Daerah dan Anggota Cemerlang di dalam Aktiviti Penguatkuasaan Akta Kesihatan Awam bagi ...
12/02/2026

Majlis Anugerah Apresiasi Kepada Daerah dan Anggota Cemerlang di dalam Aktiviti Penguatkuasaan Akta Kesihatan Awam bagi Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Iltizam, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas pada 8 Februari 2026 sebagai satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada komitmen serta kecemerlangan para pegawai dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan ke arah perlindungan kesihatan awam.

Warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Machang mengucapkan sekalung tahniah kepada Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Machang atas penerimaan Anugerah Daerah Terbaik Akta Kesihatan Awam bagi Tahun 2025. Turut menerima anugerah ialah PPKP Zaiton binti Othman, PPKP Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan yang telah menerima tempat kedua Anugerah Pengeluaran Notis Terbanyak Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 & Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Machang untuk terus komited dalam melaksanakan amanah serta memperkasakan undang-undang kesihatan awam. Terima kasih atas dedikasi luar biasa seluruh pasukan demi memastikan komuniti kita kekal selamat dan sejahtera.

MAJLIS APRESIASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI NEGERI KELANTANSetinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada U...
02/02/2026

MAJLIS APRESIASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI NEGERI KELANTAN

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Unit Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Machang atas kejayaan cemerlang dalam Majlis Apresiasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri yang berlangsung pada 29 Januari 2026 bertempat di RTC Tunjung, yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Anugerah yang telah diterima ialah:
🥇 Anugerah Farmasi Klinikal Terbaik (Kesihatan)
🥇 Anugerah Farmasi Ambulatori Terbaik (Kesihatan)

Pencapaian ini mencerminkan tahap komitmen dan dedikasi yang tinggi serta kolaborasi berpasukan yang berkesan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan farmasi yang berkualiti dan berintegriti kepada masyarakat.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh prestasi serta meneruskan usaha kecemerlangan secara berterusan pada masa akan datang.



AMANAT PEGAWAI KESIHATAN DAERAH MACHANG TAHUN 2026Amanat bagi tahun 2026 telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah...
29/01/2026

AMANAT PEGAWAI KESIHATAN DAERAH MACHANG TAHUN 2026

Amanat bagi tahun 2026 telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Machang kepada Ketua-Ketua Unit dengan disusuli mesyuarat pengurusan, mesyuarat JPKA, JKPAK, Pembangunan dan PATA serta JTK bagi meneliti pencapaian PKD Machang bagi tempoh Januari-Disember 2025 yang lalu.

Dalam amanat beliau, Pegawai Kesihatan Daerah mengharapkan supaya setiap anggota kesihatan sentiasa memperbaiki diri dan tidak berlengah-lengah untuk membuat kebaikan, serta tidak menunda kerja. Jadikan MAUTivasi sebagai motivasi, iaitu dengan mengingati mati dan menghargai masa yang ada untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk masyarakat daerah Machang. Jadikan perkerjaan ini satu ibadah, menjaga tingkah-laku dan percakapan baik sesama kakitangan mahupun dengan orang awam. Dan akhir sekali Pegawai Kesihatan Daerah turut menasihati semua Ketua Unit supaya sentiasa menjaga integriti sebagai seorang penjawat.

SEKALUNG TAHNIAHWarga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Aisyah b...
25/01/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Siti Aisyah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Machang atas penerimaan Pingat Kebesaran Ahli Yang Keempat (Bentara) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K) Al-Ibrahimi IV.

Penganugerahan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Tahun 2025 (Kali Ke-2) bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-56, bertempat di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Jan 2026 bersamaan 1 Syaaban 1447H.

Seluruh warga Pejabat Kesihatan Daerah Machang merakamkan junjung kasih Tuanku serta setinggi-tinggi penghargaan atas kurnia dan pengiktirafan yang amat bermakna ini.

JUMAAT 23/01/2026,Program Cari & Musnah tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, Serta Aktiviti Gotong-Royong (GORO) & 1 Hour Mala...
23/01/2026

JUMAAT 23/01/2026,Program Cari & Musnah tempat Pembiakan Nyamuk Aedes, Serta Aktiviti Gotong-Royong (GORO) & 1 Hour Malaysia Clean Up di Lokaliti Taman Sri Pauh, Temangan bagi memastikan persekitaran bersih dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Daerah Machang

Terima kasih dan tahniah kepada penduduk Taman Sri Pauh dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.





10/12/2025

“Ada orang masih menunggu peluang kedua untuk hidup…
Mungkin peluang itu datang daripada kita.”

Derma organ tak ambil apa-apa dari kita,
tapi memberi seluruh dunia kepada seseorang.

Jom jadi sebab seseorang kembali tersenyum.
Jom jadi penderma organ. ❤️

Address

Machang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share