Polis Daerah Machang

Directions Website

Polis Daerah Machang FACEBOOK RASMI POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) IPD MACHANG. Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Kelantan Balai Polis Machang (09-9751222)
2. Pondok Polis Labok
7.

Ibu Pejabat Polis Daerah Machang mempunyai 4 buah Balai dan 3 buah Pondok Polis di bawah pentadbirannya iaitu :
1. Balai Polis Temangan (09-9751012)
3. Balai Polis Pulai Chondong (09-7878222)
4. Balai Polis Banggol Judah (09-9766520)
5. Pondok Polis Mata Ayer
6. Pondok Polis Kampung Pek

πŸ“ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŒπ€π‚π‡π€ππ†Machang, 21 Oktober 2026 (Rabu) – Perhimpunan Bulanan bagi ...
21/10/2026

πŸ“ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ πŒπ€π‚π‡π€ππ†

Machang, 21 Oktober 2026 (Rabu) – Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Oktober 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah berlangsung dengan jayanya di Padang Kawad IPD Machang pada pagi ini.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YDH Supt. Azuhar bin Md Nor, Ketua Polis Daerah Machang, yang diiringi oleh ASP Zulkofli bin Said, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Machang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian laporan kehadiran oleh Insp. Muhammad Muhaimin bin Nagor Maidin (BSJ) selaku Pegawai Baris, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sang Saka Biru. Seterusnya, bacaan doa dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Suhairon bin Dalim dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Machang, manakala bacaan ikrar diketuai oleh Insp. Fatin Nurhanis binti Ibrahim (BSPT).
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh seramai 101 orang warga IPD Machang, yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari semua bahagian serta balai polis di bawah pentadbiran IPD Machang.

Dalam majlis berkenaan, YDH Ketua Polis Daerah Machang telah membacakan Perutusan YDH Dato’ Ketua Polis Kelantan yang menekankan kepentingan komitmen, integriti, disiplin dan profesionalisme dalam kalangan warga PDRM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang berkualiti kepada masyarakat.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Machang kepada 21 orang penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Penyampaian penghargaan ini merupakan tanda pengiktirafan terhadap sumbangan, komitmen serta prestasi cemerlang yang ditunjukkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat sebagai simbol semangat setiakawan, kesetiaan dan iltizam warga PDRM dalam meneruskan amanah menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.

20/10/2026
17/10/2026
πŸ“ππ„ππ”π†π€π’π€π πŠπ€π–π€π‹π€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔 π‹πˆππ“π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ...
17/10/2026

πŸ“ππ„ππ”π†π€π’π€π πŠπ€π–π€π‹π€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔 π‹πˆππ“π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπƒπ

Machang, 17 Oktober 2026 (Sabtu) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Kampung Gosong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar, Machang, Kelantan.

Penugasan tersebut diketuai oleh YDH Supt. Azuhar bin Md Nor, Ketua Polis Daerah Machang, bersama YDH ASP Zulkofli bin Said, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Machang merangkap KBPD, barisan pegawai kanan polis serta anggota IPD Machang.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan KDN, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Ketua Polis Kelantan, wakil kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi serta penduduk setempat.

Penugasan ini bertujuan memastikan keselamatan tetamu kehormat, kelancaran aliran lalu lintas serta ketenteraman awam sepanjang majlis berlangsung. Antara pengisian program termasuk lawatan ke mercu tanda Kampung Angkat MADANI, rumah penduduk, masjid, surau dan tanah perkuburan, diikuti acara perasmian Sekolah Angkat MADANI serta lawatan sekitar kawasan sekolah.

Secara keseluruhannya, penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas telah berjalan dengan lancar, teratur dan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat atas komitmen, disiplin serta profesionalisme dalam memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan majlis.






17/10/2026
08/10/2026
πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓 (πŒπ“π‹) πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€π†π„ππ’πˆ 𝐋𝐔𝐀𝐑 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‚π‡π€ππ†Machang, 7 ...
08/10/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŒπ„ππ†π‡π€πƒπ€ππˆ πŒπŽππ’π”π π“πˆπŒπ”π‘ 𝐋𝐀𝐔𝐓 (πŒπ“π‹) πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ„π‘π’π€πŒπ€ π€π†π„ππ’πˆ 𝐋𝐔𝐀𝐑 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŒπ€π‚π‡π€ππ†

Machang, 7 Oktober 2026 (Rabu) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang telah mengadakan Mesyuarat Persiapan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 bersama agensi luar peringkat daerah bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Machang.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YDH Supt. Azuhar bin Md Nor, Ketua Polis Daerah Machang, dan dihadiri pegawai-pegawai kanan serta Ketua-Ketua Polis Balai dan Ketua-Ketua Cawangan IPD Machang.

Mesyuarat ini diadakan sebagai langkah persediaan awal bagi memastikan tahap kesiapsiagaan semua agensi berada pada tahap optimum dalam menghadapi kemungkinan berlakunya bencana banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2026/2027. Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kesiapsiagaan aset dan logistik serta keupayaan anggota dalam melaksanakan tindakan segera sekiranya berlaku bencana.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan lokasi-lokasi yang dikenal pasti berisiko dilanda banjir di daerah Machang, di samping menyelaras peranan dan tanggungjawab setiap agensi yang terlibat. Pembahagian zon pasukan penyelamat turut dipersetujui bagi memastikan gerak kerja bantuan dan penyelamatan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, pantas dan berkesan apabila diperlukan.

Mesyuarat ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi strategik seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan, Majlis Daerah Machang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) serta lima orang Penggawa.

Hasil perbincangan, semua agensi yang hadir bersetuju untuk mengemaskini maklumat berkaitan aset, kekuatan anggota dan pusat-pusat pemindahan yang akan digunakan sekiranya berlaku bencana. Agensi-agensi terlibat juga akan menyalurkan maklumat terkini kepada PDRM untuk diselaraskan di peringkat daerah bagi memastikan penyampaian maklumat dan tindakan operasi dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Kerjasama erat antara PDRM dan agensi-agensi berkaitan amat penting bagi memastikan setiap kemungkinan dapat dihadapi dengan kesiapsiagaan yang tinggi. Penyelarasan awal, komunikasi yang berkesan serta tindakan pantas dan bersepadu diharapkan dapat membantu meminimumkan risiko serta memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat di daerah Machang sentiasa diberi keutamaan sepanjang menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027.



06/10/2026
29/09/2026

🚨 WASPADA PAUTAN BANTUAN eWALLET PALSU!

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pautan yang mendakwa menawarkan semakan atau Bantuan eWallet MADANI 2026, seperti paparan yang sedang tular.

⚠️ JANGAN TERUS ISI MAKLUMAT PERIBADI!
Penjenayah boleh menggunakan laman yang menyerupai portal rasmi untuk mendapatkan:
Nama & nombor kad pengenalan
Nombor telefon
Maklumat akaun/eWallet
Kod OTP/TAC

πŸ” SEMAK DULU ALAMAT LAMAN WEB.
Jangan anggap sesuatu laman itu rasmi hanya kerana menggunakan logo, Jalur Gemilang, nama bantuan kerajaan atau jenama eWallet.

❌ Jangan klik pautan daripada WhatsApp, SMS atau media sosial yang meragukan.

❌ Jangan sesekali berikan OTP/TAC, PIN atau kata laluan.

βœ… Semak pengumuman melalui saluran rasmi kerajaan atau penyedia eWallet.
Ingat β€” paparan nampak rasmi tidak semestinya laman rasmi.



Address

Ibu Pejabat Polis Daerah Machang
Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share