Pemuda Machang Official

Pemuda Machang Official Pemuda Umno 2018
Berubah - Berani - Berpasukan

Lensa kamera sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2025. Pemuda UMNO Bahagian Machang hadir seramai 85 orang bagi merasai sendi...
18/01/2026

Lensa kamera sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Pemuda UMNO Bahagian Machang hadir seramai 85 orang bagi merasai sendiri suasana sebenar di Perhimpunan Agung UMNO.

Jutaan terima kasih diucapkan buat Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakub dan Datuk Mohd Sharizal Semsuddin di atas ruang dan peluang ini. Semoga kita bertemu lagi di Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.



Alhamdulillah hari ini saya dipertemukan dengan 2 orang anak muda dari Machang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam J...
16/01/2026

Alhamdulillah hari ini saya dipertemukan dengan 2 orang anak muda dari Machang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Jurusan Undang-Undang iaitu adik Danish dari UITM Shah Alam dan adik Afiq dari UKM Bangi. Mereka berdua telah menawarkan diri untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO di bumi Machang.

InshaAllah, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang sentiasa membuka seluas-luasnya peluang kepada mereka yang ingin bersama dalam perjuangan ini. Ini membuktikan bahawasanya UMNO masih diterima dengan baik oleh anak muda.




31/12/2025
Assalamualaikum wbt.Berita baik buat semua pelajar sekolah di Machang. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang yang dike...
31/12/2025

Assalamualaikum wbt.

Berita baik buat semua pelajar sekolah di Machang. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang yang diketuai oleh Datuk Mohd Sharizal Semsuddin akan menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma Sempena Pembukaan Persekolahan Sesi 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 04 Januari 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang

Kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran dipautan berikut:

https://forms.gle/nRzu8c6BRVR8JzcB6

Terhad kepada 500 peserta terawal sahaja!



30/08/2025
26/08/2025

Selamat Ulang Tahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 76.

Rabu | 30 Julai 2025Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang Bil 6 2025Alhamdulillah malam ini telah berlangsun...
30/07/2025

Rabu | 30 Julai 2025

Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang Bil 6 2025

Alhamdulillah malam ini telah berlangsungnya Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang Bil 6 2025. Banyak perkara penting dibincangkan dalam mesyuarat ini khususnya untuk memperkasakan gerak kerja Pemuda dalam usaha mendekati golongan muda menuju PRU 16.

Turut diadakan majlis angkat sumpah Ahli Jawatankuasa yang baharu seramai 6 orang. Diharapkan pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu ini dapat memperkuatkan lagi agenda memperkukuhkan parti keramat UMNO ini.







Sabtu | 19 Julai 2025Raja Bola Sepak di Machang telah diketahui!Coretan hari ke 2 Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemud...
19/07/2025

Sabtu | 19 Julai 2025

Raja Bola Sepak di Machang telah diketahui!

Coretan hari ke 2 Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang Tahun 2025.

Tahniah dan syabas buat Pasukan Ezad Bundle FC atas kejayaan merangkul juara dalam kejohanan kali ini. Tahniah juga buat Pasukan Pulai Chondong FC atas kejayaan meraih naib johan. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik sehingga perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Tahniah diucapkan buat Pasukan Pangkal Changgong FC yang meraih tempat ketiga manakala tempat keempat disandang oleh Pasukan Kemunchup FC.






Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang 2...
18/07/2025

Berikut merupakan jadual perlawanan peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang 2025.

Jumpa esok semua! Kita penuhkan setiap sudut Stadium Mini Majlis Daerah Machang bermula jam 8.00 pagi.






Coretan petang dari Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang 2025.Sukan mengeratkan silaturrahim, m...
18/07/2025

Coretan petang dari Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang 2025.

Sukan mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat kesukanan dan membentuk pemimpin masa depan.






Jumaat | 18 Julai 2025Lensa kamera sekitar hari pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang Ta...
18/07/2025

Jumaat | 18 Julai 2025

Lensa kamera sekitar hari pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang Tahun 2025.

Sebanyak 11 pasukan mengambil tempat dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini.

Perlawanan pertama pada pagi ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Alhamdulillah syabas dan tahniah diucapkan buat semua pemain kerana menunjukkan komitmen yang sangat baik serta disiplin tinggi dengan mematuhi masa dan peraturan yang ditetapkan.

Sukan menyatukan semua!






14/07/2025

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ayuh semua kita penuhkan Stadium Mini Majlis Daerah Machang bagi menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang pada 18 & 19 Julai 2025 (Jumaat & Sabtu).

Biar ado maine oghe Kelate kato.






Address

Machang
18500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Machang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share