23/07/2025
Lawatan tak rasmi oleh Pengarah Muzium Al-Quran Raya iaitu Ustaz Lutfi Ahmad.
Beliau juga adalah mudir (pengarah) manuskrip di Muzium Al-Quran Raya atau lebih dikenali sebagai Muzium Manuskrip Al-Quran Melayu Raya.
Muzium ini terletak di Narathiwat, Thailand dan dikenali sebagai salah satu muzium Al-Quran terbesar di Asia Tenggara.
Muzium ini memaparkan sejarah dan manuskrip Al-Quran lama, termasuk tokoh-tokoh ulama Melayu terkenal seperti Syeikh Daud Al-Fatoni , Tok Pulai Chondong dan Tok Kenali.
Terdapat juga 79 naskah Al-Quran lama yang disumbangkan oleh penduduk setempat, dengan usia antara 150 hingga 1100 tahun.
Al-Quran yang dipamerkan berasal dari pelbagai negara seperti India, China, Iran, Mesir, Yaman, Maghribi, Sepanyol, Afrika, dan Uzbekistan.
Jutaan terima diucapkan dari kami pihak Perpustakaan Muhammad Al-Fateh. Semoga di lain hari boleh datang singgah lagi.