Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Official

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Official LOT 3A BAZAR MARA MACHANG, KG. SUNGAI HALA, 18500 MACHANG, KELANTAN

[๐—œ๐—ก๐—™๐—ข: ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera.๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช๐Ÿ’ซ ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ...
20/08/2026

[๐—œ๐—ก๐—™๐—ข: ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ]

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera.

๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช ๐ŸŽ‰๐ŸŽช

๐Ÿ’ซ ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sukacita dimaklumkan bahawa ๐—›.๐—” ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š & ๐—–๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—–๐—ฌ dengan kerjasama ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—›๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—•๐—จ dan ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› akan menganjurkan ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“† TARIKH: ๐Ÿฏ๐Ÿฌ-๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
โฐ MASA: ๐Ÿด:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—  - ๐Ÿญ๐Ÿญ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐— 
๐Ÿ“ TEMPAT: ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— ๐—”๐—Ÿ-๐—œ๐—›๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—•๐—จ, ๐— ๐—”๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—š

๐—ฃ๐—”๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š
https://forms.gle/YGmsu22gMRcqbRcU6

AKTIVITI MENARIK
๐Ÿ” Jualan Gerai
๐Ÿข Booth Pameran
๐Ÿฉบ Pemerkasaan Kesihatan Percuma
๐Ÿฉธ Kempen Derma Darah
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ“ Deklamasi Sajak Merdeka
๐Ÿ•Œ Pertandingan Azan
๐Ÿ‘Ÿ Larian 31000 Langkah untuk Malaysia
๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Brisk Walk Merdeka
๐Ÿ‰ Gubahan Buahan Merdeka

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
๐Ÿง”๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Arif Tahir : wa.me/+60137042347
๐Ÿง•๐Ÿผ Siti Balqis : wa.me/+60198547527

Sekian, Terima Kasih.

LAWATAN TAPAK PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MACHANG KE PONDOK HIDAYAH BAGI PERSIAPAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGK...
20/08/2026

LAWATAN TAPAK PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MACHANG KE PONDOK HIDAYAH BAGI PERSIAPAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 20 Ogos 2026 โ€“ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah mengadakan lawatan tapak ke Pondok Hidayah, Machang pada 19 Ogos 2026 sebagai persediaan awal bagi pelaksanaan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Lawatan ini bertujuan meninjau kesesuaian lokasi serta membuat persiapan berkaitan pelaksanaan program yang bakal menghimpunkan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2026.
Selain menilai aspek kesesuaian tapak, lawatan tersebut turut memberi ruang kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang untuk mengenal pasti keperluan dari segi kemudahan, susun atur lokasi, keselamatan serta kelancaran perjalanan program.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang komited memastikan persiapan rapi dilaksanakan bagi menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Machang 2026 serta menjadikan program tersebut sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan antara agensi, komuniti dan masyarakat setempat melalui aktiviti sukan.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

19/08/2026
19/08/2026

๐ŸŒฟ HEBAHAN PENYERTAAN ๐ŸŒฟ

PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

๐Ÿ•๏ธ JOM TEROKAI ALAM, CABAR DIRI & CIPTA PENGALAMAN! ๐ŸŒณ

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Natura akan menganjurkan Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Kelantan 2026. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta menikmati pengalaman aktiviti rekreasi luar, meneroka keindahan alam semula jadi serta memupuk semangat kerjasama dan kecintaan terhadap alam sekitar.

โœจ ANTARA PENGISIAN PROGRAM:
๐ŸŒฟ Eksplorasi alam semula jadi โ€“ water tiubing
๐Ÿฅพ Aktiviti rekreasi luar โ€“ kraf perkhemahan & ikhtiar hidup
๐Ÿงญ Aktiviti penerokaan & cabaran โ€“ explorasi gua โ€œcavingโ€
๐Ÿค Kerja berpasukan
๐ŸŒฑ Kesedaran pemeliharaan alam sekitar
๐Ÿ’ช Aktiviti kecergasan dan pembangunan diri

๐Ÿ“… Tarikh: 4 โ€“ 5 September 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Campsite Kenerong 108, Dabong
๐Ÿ‘ฅ Penyertaan : Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas
๐Ÿ’ฐ Yuran penyertaan: PERCUMA!!!
๐ŸŽŸ๏ธ Tempat adalah TERHAD! (20 pendaftaran terawal)

๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!
Link Pendaftaran : https://forms.gle/3AF1KLw1t9HktC79A

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi:
Pn. Ainaa : 019-9078103 (Urus Setia Jabatan Belia & Sukan Negeri Kelantan)
Mr. Alif : 013-6366637 (Urus Setia Kelab Sukan Rekreasi Natura)
Mr.Wan : 017-9143966 (Urus Setia Kelab Sukan Rekreasi Natura)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 21 OGOS 2026 (JUMAAT), Jam 12.00 tengah hari

๐Ÿ”ฅ JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Ayuh bersama-sama meneroka alam, membina keyakinan diri dan mencipta pengalaman luar yang bermakna.

๐ŸŒณ EKSPLORASI ALAM, BINA JATI DIRI! ๐ŸŒณ

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK AGROBELIA LESTARI KELAB BELIA BANDAR MACHANG MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€” Satu lawatan pemantauan P...
19/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK AGROBELIA LESTARI KELAB BELIA BANDAR MACHANG

MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€” Satu lawatan pemantauan Projek Agrobelia Lestari Kelab Belia Bandar Machang telah diadakan pada 18 Ogos 2026 bertempat di Kampung Joh, Machang.
Lawatan tersebut telah diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.

Lawatan pemantauan ini bertujuan meninjau perkembangan pelaksanaan Projek Agrobelia Lestari yang dilaksanakan oleh Kelab Belia Bandar Machang, di samping memastikan aktiviti dan pengurusan projek berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Program ini turut menjadi platform untuk pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang mendapatkan gambaran secara langsung mengenai kemajuan projek serta mengenal pasti keperluan dan ruang penambahbaikan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada Kelab Belia Bandar Machang atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Projek Agrobelia Lestari. Usaha berterusan seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya saing dan mempunyai semangat keusahawanan dalam bidang agro.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€“ Satu pe...
19/08/2026

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€“ Satu perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 16 Ogos 2026 bertempat di Pejabat Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang (PPD Machang).

Perbincangan tersebut melibatkan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Johan bin Mohd Jahan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang.
Turut hadir ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, serta Encik Zaharuddin bin Zainal, Pembantu Belia dan Sukan Daerah.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan program, termasuk perancangan aktiviti, penglibatan golongan belia serta kerjasama strategik antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan Pejabat Pendidikan Daerah Machang bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Program Kem Belia @ Rakan Prihatin diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam membentuk generasi belia yang prihatin, bertanggungjawab, berdaya saing serta aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

PROGRAM SANTAI AMBANG MERDEKA: MACHE FUN WALK 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI MACHANG MACHANG, 19 Ogos 2026 ...
19/08/2026

PROGRAM SANTAI AMBANG MERDEKA: MACHE FUN WALK 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI MACHANG

MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€“ Pejabat Tanah dan Jajahan Machang telah menganjurkan Program Santai Ambang Merdeka: Mache Fun Walk 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dataran Kemahkotaan Machang pada 13 Ogos 2026.

Program yang diadakan sempena menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan ini bertujuan memupuk semangat patriotisme, mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Machang.
Program telah dirasmikan oleh YABrs. Encik Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang, yang turut bersama-sama memeriahkan program bersama warga kerja kerajaan dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya senamrobik, Mache Fun Walk, pertandingan busana tercantik, pertandingan mewarna kanak-kanak serta gerai-gerai jualan yang memberikan peluang kepada para peserta dan pengunjung untuk menikmati pelbagai juadah serta produk yang disediakan.

Turut memeriahkan program, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang serta Kelab Belia Bandar Machang telah dijemput untuk membuka booth โ€œMari Mencubaโ€, yang menawarkan aktiviti interaktif dan santai kepada para pengunjung, khususnya golongan belia dan kanak-kanak.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

LAWATAN TAPAK PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) DAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026MA...
19/08/2026

LAWATAN TAPAK PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI (PPO) DAN PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€“ Satu lawatan tapak bagi persediaan pelaksanaan Program Pengurusan Organisasi (PPO) Peringkat Daerah Machang 2026 dan Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bertempat di Pusat Latihan Perhutanan Negeri Kelantan, Bukit Bakar, Machang.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, serta Cik Wan Nureen Aishah binti Wan Yusoff, Pengerusi Kelab Belia Bandar Machang.

Lawatan tapak ini bertujuan meninjau serta menilai kesesuaian lokasi bagi memastikan aspek kemudahan, keselamatan, pengurusan peserta dan keperluan pelaksanaan program dapat dirancang dengan sebaiknya. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada persediaan teknikal dan logistik bagi memastikan perjalanan kedua-dua program berjalan lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program Pengurusan Organisasi (PPO) dan Kem Belia @ Rakan Prihatin merupakan antara inisiatif yang memberi ruang kepada golongan belia untuk meningkatkan kemahiran pengurusan, kepimpinan, kerjasama berpasukan serta membina jati diri melalui aktiviti yang tersusun dan berimpak.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

PROGRAM JELAJAH LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL NEGERI KELANTAN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026MACHANG, 19 Ogos 2026 ...
19/08/2026

PROGRAM JELAJAH LARIAN OBOR HARAPAN KESIHATAN MENTAL NEGERI KELANTAN PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 19 Ogos 2026 โ€“ Program Jelajah Larian Obor Harapan Kesihatan Mental Negeri Kelantan Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung pada 30 Julai 2026 bertempat di Padang Bersebelahan Klinik Kesihatan Kampung Joh, Machang.

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesihatan mental, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan dan sokongan komuniti dalam mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap kesejahteraan mental.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Siti Aisyah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Machang. Kehadiran beliau turut menyerlahkan komitmen pihak kesihatan dalam memperkukuh usaha promosi dan advokasi kesihatan mental di peringkat komuniti.

Turut hadir ialah Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang. Penglibatan pelbagai agensi dalam program ini mencerminkan kerjasama erat dalam menjayakan agenda kesihatan mental serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang


Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

12/08/2026

Penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi merupakan dokumen wajib yang perlu dihantar setiap tahun oleh Kelab Belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

Jemput kepada semua Pertubuhan belia menyertai Bengkel Tadbir Urus Peringkat Zon Timur bagi mendapat penjelasan pengisian dokumen MYKD

Jangan malu malu jangan segan segan ilmu yang baik kita pakat kongsi bersama

Address

Kg Sungai Hala
Machang
18500

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6099750231

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Official:

Shortcuts

Share