PAS Kawasan Jasin

PAS Kawasan Jasin Laman Rasmi PAS Kawasan Jasin

Menziarahi Ketua Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin, Ustazah Samihah. Alhamdulillah, tahni...
17/08/2026

Menziarahi Ketua Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin, Ustazah Samihah.

Alhamdulillah, tahniah atas kehadiran cahayamata baru, Marwa Syauqiyyah. Moga baby sihat dan membesar menjadi anak yang solehah, taat pada perintah agama, serta membahagiakan ibu bapa dunia dan akhirat.

Aamin."

Ukur kekuatan, jangan berebut kerusi.Kerjasama dan penyatuan perlu dibina atas kekuatan sebenar, keikhlasan serta kepent...
16/08/2026

Ukur kekuatan, jangan berebut kerusi.

Kerjasama dan penyatuan perlu dibina atas kekuatan sebenar, keikhlasan serta kepentingan rakyat โ€” bukan semata-mata mengejar kerusi.

Biar realistik, yang penting menang dan penyatuan terus kukuh.

๐Ÿ”ฅ PAS KAWASAN JASIN BERSIAP SIAGA, GERAK KERJA BERMULA! TUNGGU BEMBAN ๐Ÿ”ฅAlhamdulillah, berlangsung perjumpaan PAS Kawasan...
14/08/2026

๐Ÿ”ฅ PAS KAWASAN JASIN BERSIAP SIAGA, GERAK KERJA BERMULA! TUNGGU BEMBAN ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, berlangsung perjumpaan PAS Kawasan Jasin bersama JPRD DUN Bemban bagi memperkemaskan persiapan dan menyusun gerak kerja menghadapi cabaran mendatang.

Tiada masa untuk berlengah. Rapatkan saf, kuatkan jentera, turun menyantuni rakyat dan bekerja dengan penuh istiqamah.

๐Ÿ’š DUN Bemban, kita bersedia!
๐Ÿ’ช Kerja kuat, kerja bersama, kerja sampai berjaya.

โ€œBersatu dalam perjuangan, istiqamah dalam gerak kerja.โ€

Siru โ€˜ala barakatillah.


๐Ÿฝ๏ธ MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PAS NEGERI MELAKAAyuh bersama-sama kita menjayakan Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka....
14/08/2026

๐Ÿฝ๏ธ MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PAS NEGERI MELAKA

Ayuh bersama-sama kita menjayakan Majlis Makan Malam Amal PAS Negeri Melaka.

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
โฐ 7.30 malam
๐Ÿ“ Mudzafar Hotel, MITC Melaka
๐ŸŽŸ๏ธ RM250

Kehadiran dan sumbangan anda amat bermakna dalam memperkukuhkan gerak kerja perjuangan.

๐Ÿ“Œ Khusus PAS Kawasan Jasin:
Segala pembelian kupon hendaklah melalui Bendahari PAS Kawasan Jasin, Hj Latif.

๐Ÿ“ž 011-3151 8095

Jom kita penuhkan meja dari Jasin!
Sedikit daripada kita, besar ertinya untuk perjuangan. ๐Ÿ’š

Alhamdulillah, sedang berlangsung Program Liqa Fikri PAS Pusat secara dalam talian di PAS Kawasan Jasin di KOMPAJ dan Ma...
08/08/2026

Alhamdulillah, sedang berlangsung Program Liqa Fikri PAS Pusat secara dalam talian di PAS Kawasan Jasin di KOMPAJ dan Markaz PAS Sempang,Merlimau.

Turut hadir secara bersemuka sebahagian AJK PAS Kawasan Jasin, bersama-sama mengikuti taujihat dan perkongsian daripada pimpinan PAS Pusat.

Semoga setiap ilmu, nasihat dan panduan yang disampaikan menjadi bekalan untuk terus memperkukuhkan tarbiah, kesatuan serta istiqamah dalam perjuangan.

Berilmu, Beramal, Istiqamah Dalam Perjuangan.




06/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi memahami diri sebagai hamba Allah, menghayati sejarah, membina jati diri dan menyantuni masyarakat.

Jom saksikan kemeriahan SEMARAK'26 Edaran Risalah Kemerdekaan bersama Pemuda PAS Kawasan Jasin!

06/08/2026
|| LENSA | KULIAH HARAKI MAGHRIB MINGGUAN SURAU KOMPAJ ||Berbakti kepada ibu bapa ialah antara peluang terbesar untuk me...
06/08/2026

|| LENSA | KULIAH HARAKI MAGHRIB MINGGUAN SURAU KOMPAJ ||

Berbakti kepada ibu bapa ialah antara peluang terbesar untuk meraih syurga. Seseorang yang masih berpeluang bersama ibu bapanya, khususnya ketika mereka telah lanjut usia, sebenarnya merupakan insan yang sangat bertuah.

Rasulullah ๏ทบ mengingatkan bahawa orang yang rugi ialah mereka yang memiliki peluang berbakti kepada ibu bapa, namun gagal menjadikannya sebagai jalan menuju syurga.

Sabda Baginda ๏ทบ:

ุฑูŽุบูู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ูู... ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฏู’ุฑูŽูƒูŽ ุฃูŽุจูŽูˆูŽูŠู’ู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ูƒูุจูŽุฑู ุฃูŽุญูŽุฏูŽู‡ูู…ูŽุง ุฃูŽูˆู’ ูƒูู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ูŽุง ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

โ€œKehinaan bagi sesiapa yang sempat bersama salah seorang atau kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua, namun tidak menjadikannya sebab untuk masuk syurga.โ€
(HR Imam Muslim, no. 2551).
Wallahu alam.

---

Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Mingguan Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ) semalam berjalan dengan lancar.

Kuliah disampaikan oleh Datuk Ustaz Kamarudin Haji Sidek, YDP PAS Kawasan Jasin, dengan kitab "Tajzibul Atraf al-Hadis".

Ayuh, kita terus merancakkan Taman Syurga dengan ilmu dan berjemaah di rumah Allah!

KEMENANGAN BERMULA DENGAN PERSIAPAN YANG RAPI.Dalam perjuangan, kemenangan bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil d...
06/08/2026

KEMENANGAN BERMULA DENGAN PERSIAPAN YANG RAPI.

Dalam perjuangan, kemenangan bukan datang secara kebetulan, tetapi hasil daripada perancangan yang teliti, gerak kerja yang istiqamah dan semangat yang tidak mudah luntur. Setiap usaha yang ikhlas hari ini adalah pelaburan untuk kejayaan pada masa hadapan.

Marilah kita terus memperkukuhkan saf perjuangan, memperbanyakkan kerja buat, mengeratkan ukhuwwah dan meletakkan kepentingan jamaah mengatasi kepentingan diri. Dengan izin Allah, usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd: 11)

PEPERANGAN POLITIK BIJAK MERANCANG, MENANG BERSTRATEGIK.Dalam perjuangan, semangat sahaja tidak memadai. Kemenangan lahi...
06/08/2026

PEPERANGAN POLITIK BIJAK MERANCANG, MENANG BERSTRATEGIK.

Dalam perjuangan, semangat sahaja tidak memadai. Kemenangan lahir daripada perancangan yang teliti, strategi yang tersusun, kesatuan yang kukuh serta istiqamah dalam bekerja.

Ayuh kita perkukuhkan saf, eratkan ukhuwwah dan terus bekerja demi agama, bangsa dan negara. Semoga setiap langkah perjuangan dipandu dengan hikmah serta diberkati Allah SWT.

"Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman."- (Surah At-Taubah: 105)

Address

Sempang Kemendor,Kg Kelubi
Malacca City
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share