Kesukkma

Kesukkma Page Rasmi KESUKKMA

Kejohanan Sukan Bar and Bench 2026Pada 11 dan 18 Julai 2026  lepas,satu perlawanan sukan untuk merebut Piala Bar And Ben...
27/07/2026

Kejohanan Sukan Bar and Bench 2026
Pada 11 dan 18 Julai 2026 lepas,satu perlawanan sukan untuk merebut Piala Bar And Bench telah diadakan antara Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka(KESUKKMA) dan Majlis Peguam Negeri Melaka (Malacca Bar). Perlawanan ini dijalankan di Malacca Club Rotunda,Tg Kling Melaka dan Stadium Hang Tuah Melaka. Tahun ini kedua-dua pasukan berkongsi kemenangan dengan keputusan 3-3. Acara sukan yang dipertandingkan adalah PingPong,Dart, Snooker,Badminton,Bola Sepak dan untuk pertama kalinya juga dipertandingkan sukan Pickleball.
Keputusan:
Dart : MahkamahπŸ€™ Malacca BarπŸ™Œ
Snooker : MahkamahπŸ™ŒMalacca BarπŸ€™
Badminton : MahkamahπŸ€™Malacca BarπŸ™Œ
PingPong :MahkamahπŸ™ŒMalacca BarπŸ€™
Pickleball :MahkamahπŸ€™Malacca BarπŸ™Œ
Bola Sepak :MahkamahπŸ™ŒMalacca BarπŸ€™

Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah Ketua Biro Sukan KESUKKMA,Tuan Uthman Bin Abd Ghani dan Encik V M Vadivelu A/L Muthiah bagi Sports Sub-Committee Malacca,tak lupa juga kehadiran Pengarah Mahkamah Negeri Melaka,Tuan Mohamad Kamil Bin Nizam. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang terlibat serta penyokong yang hadir. Semoga tradisi ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah rangkuman gambar sepanjang aktiviti Piala Bar and Bench 2026 berlangsung.


Kejohanan Bar & Bench Tahun 2026 kembali lagi!!Perlawanan tahunan yang akan diadakan mengikut jadual dan ketetapan seper...
10/07/2026

Kejohanan Bar & Bench Tahun 2026 kembali lagi!!

Perlawanan tahunan yang akan diadakan mengikut jadual dan ketetapan seperti di bawah diantara pasukan Mahkamah dan pasukan Malacca Bar.Dijemput pada warga Mahkamah yang berkelapangan untuk hadir dan memberi sokongan kepada pemain-pemain Mahkamah. Semoga dengan kehadiran anda semua boleh memberi semangat dan memeriahkan suasana pada hari perlawanan nanti dan all the best pada kedua-dua pasukanπŸ’ͺπŸ’ͺ
GO GO MAHKAMAHβš½πŸŽΎπŸŽ―πŸ˜‰


π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗔π—ͺπ—”π—Ÿ 𝗠𝗨𝗛𝗔π—₯π—₯𝗔𝗠 πŸ­πŸ°πŸ°πŸ΄π—› Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan ke...
16/06/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ 𝗔π—ͺπ—”π—Ÿ 𝗠𝗨𝗛𝗔π—₯π—₯𝗔𝗠 πŸ­πŸ°πŸ°πŸ΄π—›

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan dan keharmonian buat kita semua. Marilah bersama-sama memperkukuh nilai integriti, perpaduan dan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahnia...
01/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.


SELAMAT HARI WESAK 2026KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.Semoga sa...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK 2026

KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda sekeluarga. Marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, kasih sayang, persefahaman dan perpaduan demi membina masyarakat yang harmoni serta negara yang makmur.


KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan membawa keberkatan buat kita ...
27/05/2026

KESUKKMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha πŸŒ™

Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan membawa keberkatan buat kita semua.


π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€KESUKKMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua. Semoga kita semua terus ...
30/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€

KESUKKMA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua. Semoga kita semua terus komited bekerja dan diberikan kesihatan yang baik selalu. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas, pasti membawa keberkatan.


Dengan penuh kesyukuran, seluruh warga Mahkamah Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Sem...
19/03/2026

Dengan penuh kesyukuran, seluruh warga Mahkamah Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan memperkukuhkan semangat perpaduan. Ampun maaf dipohon atas segala kekhilafan, zahir dan batin.

Bersempena Bulan Ramadan, pada 16 Mac 2026 bertempat di Auditorium Mahkamah Negeri Melaka, Biro Agama KESUKKMA telah men...
18/03/2026

Bersempena Bulan Ramadan, pada 16 Mac 2026 bertempat di Auditorium Mahkamah Negeri Melaka, Biro Agama KESUKKMA telah menganjurkan satu program ceramah agama bertajuk β€œRamadan dalam Lintasan Sejarah Islam” yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Muhammad Ashraf bin Shahrulail.

Objektif program ceramah agama ini diadakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti keagamaan. Antara pengisian ceramah yang disampaikan adalah penghayatan sejarah dan hikmah bulan Ramadan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan penekanan kepada keistimewaan bulan Ramadan pada zaman kini. Program ini telah dihadiri oleh semua warga Mahkamah Negeri Melaka dan mendapat sambutan yang baik.


Pada 12 Mac 2026, KESUKKMA melalui Biro Agama dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menyediakan tempat...
18/03/2026

Pada 12 Mac 2026, KESUKKMA melalui Biro Agama dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menyediakan tempat bagi kaunter pungutan zakat untuk kemudahan warga Mahkamah Negeri Melaka yang beragama Islam menunaikan zakat. Kaunter zakat tersebut telah dibuka seharian dari jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.


Address

Kompleks Mahkamah Melaka, Jalan Tun Abdul Razak-ayer Keroh, Kampung Teluk Baharu, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesukkma posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share