Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka MDDNM Official

Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka MDDNM Official Tujuan Penubuhan MDDNM Merapatkan Ukhwah Ahli-Ahli & Mewujudkan Aktiviti Kebajikan Kepada Masyarakat

14/08/2026

Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga setiap selawat menjadi cahaya yang menerangi hati, menenangkan jiwa dan membuka pintu rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Salam Jumaat yang penuh keberkatan!


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Md Azhan bin Samat atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Mel...
11/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Md Azhan bin Samat atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Melaka. Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan serta dedikasi demi memacu kecemerlangan pentadbiran dan kemakmuran Negeri Melaka.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam setiap urusan.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan N...
11/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan serta dedikasi demi memacu kecemerlangan pentadbiran dan kemakmuran Negeri Melaka.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam setiap urusan.




Jumaat Penuh Berkah! Bukan tentang seberapa banyak yang kita ada, tetapi seberapa ikhlas kita memberi dan bersyukur.
07/08/2026

Jumaat Penuh Berkah!

Bukan tentang seberapa banyak yang kita ada, tetapi seberapa ikhlas kita memberi dan bersyukur.


Salam Jumaat yang Penuh Barakah! Ya Allah, sekiranya ada di antara kami, keluarga, mahupun sahabat kami yang sedang diuj...
31/07/2026

Salam Jumaat yang Penuh Barakah!

Ya Allah, sekiranya ada di antara kami, keluarga, mahupun sahabat kami yang sedang diuji dengan kesempitan, lapangkanlah. Sekiranya ada yang sedang disakiti, sembuhkanlah. Dan sekiranya ada hati yang sedang bersedih, kurniakanlah ketenangan. Semoga hari ini membawa lebih banyak senyuman dan kebaikan untuk kita. Amin.


Satu pertemuan strategik telah diadakan hari ini bagi membincangkan usaha sama antara Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (...
30/07/2026

Satu pertemuan strategik telah diadakan hari ini bagi membincangkan usaha sama antara Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) dan Multimedia University (MMU) Kampus Melaka.
​Delegasi MDDNM diketuai oleh Datuk Ir. Othman Abdul Rahim, diiringi Prof. Datuk Dr. Baharudin Puteh (Pengerusi Biro Pendidikan) serta Encik Syafiefie Mohd Rashid (Pegawai Perhubungan Awam MDDNM). Manakala pihak MMU Melaka diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Hishamuddin Ismail.
​Antara fokus utama perbincangan merangkumi, ​pembangunan kepimpinan menerusi beberapa rangkaian kursus seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Transformasi Digital, khas untuk ahli-ahli MDDNM. ​MMU turut menawarkan peluang pendidikan untuk anak anak B40 dengan menyediakan biasiswa penuh MMU melalui program Biasiswa Ibnu Haitham & Jawhar. Ia termasuk penajaan penuh yuran pengajian, kediaman asrama, elaun sara hidup, komputer riba serta Program Sokongan Pelajar.
​Semoga inisiatif ini bakal memberi impak positif yang berpanjangan buat pembangunan kepimpinan dan pendidikan anak-anak Negeri Melaka.

Senyuman, doa dan bantuan yang ikhlas mungkin kecil di mata kita, tetapi sangat besar nilainya buat insan yang sedang di...
24/07/2026

Senyuman, doa dan bantuan yang ikhlas mungkin kecil di mata kita, tetapi sangat besar nilainya buat insan yang sedang diuji.




Salam JumaatSemoga keberkatan penghulu segala hari ini membawa ketenangan, membuka pintu rezeki, mengangkat segala kesul...
17/07/2026

Salam Jumaat

Semoga keberkatan penghulu segala hari ini membawa ketenangan, membuka pintu rezeki, mengangkat segala kesulitan serta mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.

Ikhlas daripada
Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka

14/07/2026

Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) yang diketuai oleh Pemangku Presiden, Datuk Wira Ir. Dr. Ahmad Zaini bin Md. Amin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri.

Turut hadir, Setiausaha MDDNM, Datuk Ir. Othman Abdul Rahim dan Pegawai Perhubungan Awam MDDNM, Syafiefie Mohd. Rashid.

Pertemuan ini membuka ruang untuk bertukar pandangan dan mengeratkan kerjasama strategik antara MDDNM dan Kerajaan Negeri Melaka demi pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, MDDNM akan terus komited menjadi rakan strategik kerajaan negeri dengan menyumbang idea, pengalaman dan kepakaran ke arah membina Melaka yang lebih maju dan gemilang.

13 Julai 2026Delegasi Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) yang diketuai oleh Pemangku Presiden, Datuk Wira Ir. Dr. ...
14/07/2026

13 Julai 2026

Delegasi Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) yang diketuai oleh Pemangku Presiden, Datuk Wira Ir. Dr. Ahmad Zaini bin Md. Amin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri.

Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Setiausaha MDDNM, Datuk Ir. Othman Abdul Rahim dan Pegawai Perhubungan Awam MDDNM, Syafiefie Mohd. Rashid.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara MDDNM dan Kerajaan Negeri Melaka demi manfaat rakyat serta kemajuan negeri.

MDDNM komited untuk terus menjadi rakan strategik kepada Kerajaan Negeri dengan menyumbang idea, pengalaman dan kepakaran dalam menyokong agenda pembangunan Melaka.

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus diperkukuhkan demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Melaka serta seluruh rakyatnya.

Address

603-A Jalan Melaka Raya 10, Taman Melaka Raya
Malacca City
75000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka MDDNM Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share