PD Taman Seri Duyong , Melaka

PD Taman Seri Duyong , Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Taman Seri Duyong , Melaka, Library, Malacca City.

Memberikan perkhidmatan perpustakaan dan sumber maklumat dalam pelbagai bidang perkara secara percuma serta menyajikan pelbagai aktiviti galakan membaca untuk disertai dalam usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat

14/08/2026

Kalau anda kidal, anda mungkin dah lama sedar.

Gunting yang rasa pelik bila digunakan.
Kerusi kuliah dengan papan menulis di sebelah kanan.
Dakwat pen yang comot kerana tangan sendiri lalu atas tulisan.
Pembuka tin, peralatan dapur, tetikus komputer, tombol dan pelbagai benda harian yang nampak biasa kepada orang lain.

Benda kecil.

Tetapi bila anda menghadapinya sejak tadika, sekolah, universiti hingga ke tempat kerja, anda belajar satu perkara:

Kadang-kadang bukan kita yang pelik. Dunia sahaja tidak direka untuk kita.

Lebih kurang 1 daripada 10 manusia menggunakan tangan kiri sebagai tangan dominan.

Ia bukan penyakit.
Bukan kecacatan.
Bukan tabiat buruk yang perlu dibuang.

Dan tidak, anak yang menulis menggunakan tangan kiri tidak perlu “dilatih” menjadi tangan kanan hanya kerana kita rasa itu lebih normal.

Dahulu memang ada generasi kanak-kanak kidal yang ditegur, diketuk tangan, pensel dipindahkan ke tangan kanan malah dimarahi kerana menulis dengan tangan kiri.

Bayangkan menjadi seorang kanak-kanak dan diberitahu berulang kali bahawa cara paling semula jadi untuk tubuh anda bergerak itu adalah “salah”.

Sedangkan dia cuma, kidal.

Pada masa yang sama, kita juga tak perlu romantikkan orang kidal sebagai automatik lebih genius, lebih kreatif atau lebih hebat daripada orang lain.

Mereka manusia biasa.

Cuma menjalani kehidupan dalam sebuah dunia yang kebanyakannya direka untuk tangan yang satu lagi.

Hari Kidal Sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

Jadi kalau hari ini anda nampak seseorang memusing buku senget ketika menulis, memegang gunting dengan cara yang nampak janggal atau tangan kirinya penuh dakwat

Jangan cepat kata,

“Kenapa tak guna tangan kanan?”

Mungkin sepanjang hidupnya, dia sudah terlalu biasa menyesuaikan diri dengan dunia kita.

Sekali-sekala, biarlah dunia p**a memahami mereka.

Untuk semua yang kidal, anda tak perlu diperbetulkan.
Anda cuma menggunakan dunia dari sebelah yang berbeza.

Public Health Malaysia

13.8.2026 l KHAMISKuiz Literasi Maklumat : u-Pustaka Selamat Mencuba !
13/08/2026

13.8.2026 l KHAMIS

Kuiz Literasi Maklumat : u-Pustaka

Selamat Mencuba !






12 Ogos 2026 | Rabu Pameran Maya : Di Sebalik Simbol Kenegaraan Penulis : Mohd.Zahari IshakSoalan Trivia : Apakah Maksud...
12/08/2026

12 Ogos 2026 | Rabu

Pameran Maya : Di Sebalik Simbol Kenegaraan
Penulis : Mohd.Zahari Ishak

Soalan Trivia :
Apakah Maksud Warna Putih Pada Bendera Malaysia Jalur Gemilang ?

Selamat Mencuba !






11/08/2026

11.8.2026 | Selasa

Aktiviti Membaca / Bercerita:

Tajuk buku :Independence Day
Penulis : Tuan Mohd Fadlan
Koleksi : PD Taman Seri Duyong

Soalan Trivia :

Bilakah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
A. 16 September 1963
B. 31 Ogos 1957
C. 31 Ogos 1963
D. 16 September 1957






10.8.2026 | Isnin Kelas Seni Khat Kaligrafi
10/08/2026

10.8.2026 | Isnin

Kelas Seni Khat Kaligrafi






10/08/2026

🇲🇾 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐊𝐋𝐀𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐉𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Ayuh, semarakkan jiwa patriotik dan cinta akan tanah air melalui bait-bait sajak yang penuh makna! 🎙️✨ Sertai Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan 2026 dan tampilkan bakat, penghayatan serta semangat merdeka anda dalam menyuarakan erti kebebasan, perpaduan dan Malaysia tercinta. ❤️🇲🇾

Ayuh, semarakkan merdeka!
📢 Jangan lepaskan peluang — sertai sekarang dan jadilah suara kemerdekaan!

10/08/2026

🇲🇾 Kibarkan Jalur Gemilang, hayati nilai patriotisme melalui integriti, perpaduan dan khidmat bakti kepada rakyat. ❤️🤝

Ayuh jayakan aspirasi 1 Rumah, 1 Jalur Gemilang dan semarakkan semangat cintakan negara sempena Bulan Kebangsaan.




10.08.2026 l ISNINKUIZ HARI KEBANGSAAN .JOM JAWAB SOALAN DIBAWAH !SELAMAT  MENCUBA !
10/08/2026

10.08.2026 l ISNIN

KUIZ HARI KEBANGSAAN .
JOM JAWAB SOALAN DIBAWAH !

SELAMAT MENCUBA !






𝗞𝗔𝗣𝗦𝗨𝗟 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 '𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛' : "𝗥𝗔𝗕𝗜𝗨𝗟𝗔𝗪𝗔𝗟 - 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗔𝗛, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗛"7 OGO...
07/08/2026

𝗞𝗔𝗣𝗦𝗨𝗟 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 '𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗜𝗠𝗕𝗔𝗥 𝗞𝗘 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛' : "𝗥𝗔𝗕𝗜𝗨𝗟𝗔𝗪𝗔𝗟 - 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧𝗜 𝗦𝗜𝗥𝗔𝗛, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗕𝗕𝗔𝗛"

7 OGOS 2026M / 23 SAFAR 1448H

🌙Ahlan Wasahlan Ya Rabiulawal ✨....
🌙 Bulan Menyubur Cinta 💞
🌙 Bulan Menyemarak Kasih 💖
🌙 Bulan Memperbanyak Selawat 📿

"Rabiulawal - Bukan sekadar mengingati kelahiran Baginda SAW, tetapi menghidupkan sunnah, mencontohi akhlak, dan memperbanyakkan selawat sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW."

"Perbanyakkan Selawat, Perkukuhkan Sunnah, Suburkan Mahabbah"

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Diterbitkan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Melaka

Perkongsiian daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

05 Ogos 2026 | Rabu 🇲🇾 PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN 🇲🇾Alhamdulillah.. Program Ambang Kemerdekaan telah berjaya dilaksanaka...
07/08/2026

05 Ogos 2026 | Rabu

🇲🇾 PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN 🇲🇾

Alhamdulillah.. Program Ambang Kemerdekaan telah berjaya dilaksanakan di SRA JAIM Pengkalan Minyak pada 5 Ogos 2026 hasil kolaborasi bersama antara pihak sekolah dan Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang telah dijalankan :
👑 Kraf Tanjak (Tahap 1)
🪭 Kraf Kipas Merdeka (tahap 2)
📚 Teka Muka Surat Buku (Guru)
🧥 Pakaian Beragam (Terbuka)

Semoga program ini dapat terus memupuk semangat kemerdekaan, perpaduan serta menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran secara kreatif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SRA JAIM Pengkalan Minyak atas kesudian berkolaborasi bersama kami dalam menjayakan Program Ambang Kemerdekaan ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang baik ini akan terus berkekalan pada masa akan datang.






Address

Malacca City
75460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6062688208

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Taman Seri Duyong , Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PD Taman Seri Duyong , Melaka:

Shortcuts

Share

Category