Keadilan Hang Tuah Jaya

Keadilan Hang Tuah Jaya Laman Rasmi KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya 2025-2028

31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ AMANAT KEMERDEKAAN | MERDEKA BUKAN SEKADAR LAUNGAN

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini lahir daripada perjuangan, pengorbanan dan keberanian mereka yang terdahulu.

Hayati kembali Amanat Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, membawa pesan tentang erti sebuah kemerdekaan dan tanggungjawab kita mempertahankannya.

๐ŸŽ™๏ธ Suara latar: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan. Ia adalah amanah untuk terus membina sebuah negara yang menjunjung keadilan, perpaduan, maruah rakyat dan masa depan generasi seterusnya.

Perjuangan dahulu memerdekakan tanah air.
Perjuangan hari ini memastikan kemerdekaan itu terus bermakna.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Kebangsaan ke-69.

KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya

ZIARAH KASIH | SAHABAT PERJUANGAN TIDAK DILUPAKANHari ini, Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Ak...
29/08/2026

ZIARAH KASIH | SAHABAT PERJUANGAN TIDAK DILUPAKAN

Hari ini, Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Penyelaras KEADILAN DUN Bukit Katil, Puan Norizah Mohamed, telah menziarahi Saudara Zahrin bin Nordin yang kini sedang terlantar akibat masalah kesihatan.

Saudara Zahrin merupakan aktivis masyarakat sekitar Kampung Tun Razak, Bukit Katil serta antara jentera KEADILAN yang aktif dalam gerak kerja parti dan kemasyarakatan.

Dalam perjuangan, kita bukan hanya bersama ketika di medan, tetapi juga ketika sahabat diuji. Sahabat yang pernah bersama berjuang tidak sesekali kita lupakan.

Semoga Allah SWT mengangkat kesakitan Saudara Zahrin, mengurniakan kesembuhan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan beliau dan keluarga.

Semoga kembali sihat, sahabat. Masih panjang jalan perjuangan yang mahu kita tempuh bersama.

28/08/2026

JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA KEADILAN CABANG HANG TUAH JAYA

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

Semua pimpinan, anggota serta rakan-rakan KEADILAN dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya sebagai tanda kesiapsiagaan kita memperkukuh gerak kerja dan menyusun kekuatan menghadapi pilihan raya akan datang.

๐Ÿ“… Sabtu | 29 Ogos 2026
โฐ 8.30 malam
๐Ÿ“ Pejabat KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu Melaka

Program anjuran KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya dengan kerjasama JPRN KEADILAN Negeri Melaka.

Kehadiran semua amat dialu-alukan. Kita rapatkan saf, kuatkan jentera dan gerakkan kerja dari sekarang.

Jumpa malam esok!



๐Ÿ”ด๐Ÿ”ต KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya

๐Ÿ”ฅ AYUH WARGA KEADILAN HANG TUAH JAYA! ๐Ÿ”ฅMEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH!Seluruh anggota KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, pi...
27/08/2026

๐Ÿ”ฅ AYUH WARGA KEADILAN HANG TUAH JAYA! ๐Ÿ”ฅ

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH!

Seluruh anggota KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, pimpinan Cabang, Wanita, AMK serta seluruh Ranting dijemput hadir dan bersama-sama kita meniup semboyan perjuangan dalam:

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA
KEADILAN CABANG HANG TUAH JAYA

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 | Sabtu
โฐ 8.30 malam
๐Ÿ“ Pejabat KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya

Pilihanraya Negeri Melaka semakin hampir.

Inilah masanya kita rapatkan saf, kuatkan jentera dan gerakkan seluruh kekuatan akar umbi Hang Tuah Jaya.

Dari Cabang ke Ranting, dari pimpinan hingga anggota โ€” setiap tenaga ada nilainya, setiap gerak kerja membawa makna.

Kita pernah turun berjuang.
Kita pernah menempuh susah dan senang.
Kini, jentera Hang Tuah Jaya digerakkan sekali lagi!

๐Ÿ“ Lokasi:
https://share.google/H26tNqEz15Orn9whY

Jumpa semua pada 29 Ogos ini!

๐Ÿ”ฅ MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH!
๐Ÿ”ฅ AYUH GERAK, HANG TUAH JAYA!





25/08/2026
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒน

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda serta menghayati kembali perjuangan, pengorbanan dan akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ terus subur dalam hati dan menjadi pedoman dalam setiap langkah kehidupan. Moga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk mencontohi sifat sabar, amanah, penyayang dan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh Baginda.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan ketenangan kepada kita semua serta mengurniakan kehidupan yang dipenuhi kebaikan dan keberkatan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ. ๐Ÿค๐ŸŒน
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†

SALAM MAULIDUR RASUL 1448Hโ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.โ€Surah Al-Ahzab...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.โ€
Surah Al-Ahzab, Ayat 21

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW dengan menyuburkan nilai keadilan, ihsan, kasih sayang dan persaudaraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Semangat inilah yang harus terus menjadi pedoman dalam membina Malaysia MADANI, sebuah negara yang menjunjung keadilan, memelihara keharmonian dan memperkukuh perpaduan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amanah dan khidmat kita kepada masyarakat.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.

Ikhlas daripada seluruh
Jawatankuasa KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya

Shamsul Iskandar Mohd Akin

SELAMAT DATANG KE MELAKA!Dari Borneo, Utara ke Selatan,Berhimpun sahabat di bumi Melaka,Reformasi teguh menjadi pegangan...
13/08/2026

SELAMAT DATANG KE MELAKA!

Dari Borneo, Utara ke Selatan,
Berhimpun sahabat di bumi Melaka,
Reformasi teguh menjadi pegangan,
Memugar perjuangan jiwa merdeka.

KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua perwakilan Kongres Nasional KEADILAN 2026.

Lebih istimewa, Kongres Nasional kali ini berlangsung di MITC, Melaka, dalam kawasan Cabang Hang Tuah Jaya. Kami mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan dan perwakilan dari segenap pelosok tanah air ke bumi Hang Tuah Jaya dan negeri Melaka.

Semoga Kongres Nasional KEADILAN 2026 terus memperkukuh tekad perjuangan dan semangat Reformasi yang menjadi tunjang perjuangan parti.

Memugar Reformasi, Membina Madani.

Selamat datang ke Melaka.
Selamat datang ke Hang Tuah Jaya.
Selamat Bersidang! โœŠ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Shamsul Iskandar Mohd Akin





๐Š๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ— bakal menghimpunkan warga perjuangan dari seluruh negara.Kongres ini bukan sekad...
12/08/2026

๐Š๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐„๐€๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Š๐ž-๐Ÿ๐Ÿ— bakal menghimpunkan warga perjuangan dari seluruh negara.

Kongres ini bukan sekadar memenuhi agenda organisasi, tetapi menjadi ruang untuk kita memperkukuh tekad, menyatukan fikrah dan memperbaharui iltizam dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dan negara.

Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh perwakilan dan anggota KEADILAN ke Melaka bagi bersama-sama menjayakan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Ke-19, seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14โ€“16 Ogos 2026
Tempat: Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Insya-Allah, kita jumpa di Melaka nanti.



Address

Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:15
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Hang Tuah Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Hang Tuah Jaya:

Shortcuts

Share