Japerun Ayer Molek 2020

Japerun Ayer Molek 2020 Assalamualaikum...
Page ini diwujudkan bagi menyampaikan informasi berkenaan isu-isu semasa dan maklumat di Dun Ayer Molek dan Negeri Melaka....

Sebagai Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh Bagi Perasmian Penutup Kursus Perdana Haj...
06/05/2023

Sebagai Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh Bagi Perasmian Penutup Kursus Perdana Haji 1444H/2023M Peringkat Negeri Melaka di Dewan Solat Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Turut Bersama YBrs. Tuan Haji Khairoddin bin Ahmad, Pengarah Wilayah Selatan Lembaga Tabung Haji; YBrs. Tuan Haji Shahidan bin Taib, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka; YBrs. Tuan Haji Annas bin Bahari, Ketua Pegawai Audit Dalam dan Integriti Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka; YBhg Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka; Sahibul Fadilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan M***i Negeri Melaka serta YBrs Prof. Madya Datuk Dr Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & ALUMNI) UTeM.

Seterusnya, biarpun terlewat sampai, sempat juga menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Machap Jaya Bersama YB Ngwe Hee Sem NGWE HEE SEM , EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan di Kompleks Japerun Machap Jaya, Kg Bukit Bulat, Alor Gajah, Melaka. Kompleks Japerun Machap

05/05/2023

Riang Raya Bersama JAPERUN Ayer Molek.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek semalam.

Jutaan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang telah bertungkus lumus membantu menjayakan Majlis ini yang terdirinya dari kakitangan Pejabat EXCO, JAPERUN, Agensi Kerajaan, dan tidak lupa juga Penyelaras UMNO DUN Ayer Molek, Wanita, Pemuda, Puteri, serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. ppudam Wanita UMNO Dun Ayer Molek Puteri Dun Ayer Molek

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Insyaallah Kita Jumpa lagi Tahun Hadapan!





JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK TAHUN 2023Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Mo...
04/05/2023

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK TAHUN 2023

Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek 1444H/ 2023M yang akan berlangsung pada hari ini :-

Tarikh : 4 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks JAPERUN Ayer Molek

Semoga kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka ini.

Ingat temujanji kita.
Kita raya sama-sama!

Tulus Ikhlas,
YB Datuk Rahmad bin Rahmad Mariman
EXCO Pendidikan,
Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama
ADUN Kawasan Japerun Ayer Molek 2020





JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK TAHUN 2023Saya, Rahmad bin Mariman dengan rasa segala hormat dan berbesar hati ...
02/05/2023

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA DUN AYER MOLEK TAHUN 2023

Saya, Rahmad bin Mariman dengan rasa segala hormat dan berbesar hati ingin menjemput seluruh Rakyat Melaka khususnya warga DUN Ayer Molek hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek.

Tarikh : 4 Mei 2023 (Khamis)
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks JAPERUN Ayer Molek, Ayer Molek, Melaka

Datanglah beramai-ramai.
Jumpa anda disana.
Kita raya sama-sama!





*02.05.2023 / 11 Syawal 1444H (Selasa)**10.30 pagi - 2.30 petang**YB DATUK RAHMAD MARIMAN (DRM)**Dalam rangka aktiviti h...
02/05/2023

*02.05.2023 / 11 Syawal 1444H (Selasa)*
*10.30 pagi - 2.30 petang*

*YB DATUK RAHMAD MARIMAN (DRM)*
*Dalam rangka aktiviti hari ini*

1. Pagi Ini Mengadakan *Lawatan Aduan Tembok Runtuh & Banjir Kilat Bersama Pihak Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)* di Projek Perumahan Kg Seberang Anak Air, Tambak Paya, Melaka.

2. *Lawatan Kepungan Zink di atas Bahu Jalan* di Jalan Tiang Dua-Tambak Paya, Melaka.

3. *Lawatan Tanah Tebing Longkang Runtuh Menyebabkan Jalan Sempit Dan Merbahaya Kepada Penduduk Setempat* di Kg Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka.

4. *Lawatan Aduan Banjir Lumpur Disebabkan Projek Takungan Air* di Kg Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka.

5. *Lawatan Jalan Utama Mendap* di Hadapan Taman Pengkalan Utama, Ayer Molek, Melaka Hingga Menyebabkan Kemalangan Kepada Pengguna Jalanraya Tersebut.

Turut Bersama:
- En Azahar bin Hj. Mohamed, Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
- En. Mohd Fauzi Abu Bakar, Ahli Majlis MBMB Fauzi Bakar
- En. Mohd Ridzwan bin Ruslan, Pegawai Kawasan (AO) MBMB
- En Ruslan Bin Yusoff, Penghulu DUN Ayer Molek
- Ustaz Aswan Bin Hj Nasir, Pengerusi JPKK Kg Tambak Paya
- En. Shahrom bin Shahdan, Pengerusi JPKK Tambak Paya
- Pemaju Tetuan Kirana Maksima

6. YB DRM Bersama En Abdul Razak Moideen, Setiausaha Japerun Ayer Molek *Meninjau Persiapan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ayer Molek yang bakal berlangsung Khamis* ini di Dewan Japerun Ayer Molek, Ayer Molek, Melaka.





14/04/2023

Hai warga AYER MOLEK... Nantikan kedatangan kami pada 17 April 2023 (Isnin) di JAPERUN AYER MOLEK.

JPJ Mobile beroperasi dari pukul 10.00 pagi - 4.00 petang

LIKE • SHARE • FOLLOW • SUBSCRIBE media sosial rasmi JPJ untuk info terkini.







Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/
Twitter: JPJ_Malaysia
https://twitter.com/jpj_malaysia
Instagram: JPJMalaysia
https://www.instagram.com/jpjmalaysia
Youtube: JPJMalaysia
https://www.youtube.com/user/portaljpj
Telegram: JPJ_Malaysia
https://t.me/JPJ_Malaysia
page: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka
https://m.facebook.com/JPJMLK/

Address

75460, Ayer Molek, Melaka
Malacca City
75460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Japerun Ayer Molek 2020 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share