Laman Rasmi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Laman Rasmi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan diwujudkan atas usaha bersama Kerajaan Negeri Melaka dan Arkib Negara Malaysia yang dahulunya adalah bangunan Malacca Club.

 Cadangan awal Kerajaan Negeri Melaka menamakannya sebagai Memorial Tunku Abdul Rahman tetapi telah diubah kepada Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan kerana bersesuaian dengan satu peristiwa penitng iaitu tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Pahlawan Bandar H

ilir pada 20 Februari 1956.

 MPK dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra pada 31 Ogos 1985.

 Kini MPK menjadi destinasi tumpuan pelawat dan pengkaji sejarah berkaitan latar belakang sebelum dan selepas kemerdekaan sehingga pembentukan Malaysia 1963.

 Konsep pameran dipecahkan kepada 15 segmen pameran (bawah 8, atas 15)

 Aras Bawah (1) Melaka Dulu-Dulu, (2) Ketuanan Melayu, (3) Menghadapi Cabaran Kuasa Asing, (4) Kebangkitan Gerakan Nasionalisma Melayu, (5) Pendudukan Tentera Jepun, (6) Malayan Union, (7) Parti Politik Sebelum Merdeka, Dan (8) Persekutuan Tanah Melayu.

 Aras Atas (9) Darurat 1948-1960, (10) Kearah Kemerdekaan, (11) Kemerdekaan Tanah Melayu, (12) Sambutan Kemerdekaan Tanah Melayu 1957, (13) Raja Perdana Menteri Dan Kabinet Tanah Melayu Pertama, (14) Karikatur Dan (15) Pembentukan Malaysia.

21/02/2026
21/02/2026
19/02/2026

Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Program Jejak 20 Februari 1957: Perjuangan dan Pengorbanan Rakyat Menggapai Kemerdekaan Negara Bangsa pada ketetapan berikut;

📅 Tarikh : 20 Februari 2026 (Jumaat)
📍Lokasi : Masjid Selat, Melaka

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Antara pengisian program pada tahun ini adalah Syarahan Kemerdekaan “Mensyukuri Kemerdekaan: Antara Sejarah dan Amanah Bangsa” yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali, Pendakwah dan Personaliti TV Radio serta Pengasas NOBLE Malaysia, bacaan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri (1986 – 1993) dan Ketua Menteri Melaka (1959 – 1968), agihan bubur lambuk merdeka dan persembahan Nazam Kemerdekaan.

Jom semua rakyat negeri Melaka kita jumpa di Masjid Selat, Melaka bermula jam 4.00 petang !





19/02/2026
9 September 2025 -Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah menerima lawatan sambil belajar daripada guru dan pelajar Se...
22/10/2025

9 September 2025 -Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah menerima lawatan sambil belajar daripada guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Selandar, Jasin, Melaka. Lawatan sambil belajar ini telah disertai seramai 60 orang murid termasuk guru pengiring. Antara pengisian/aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berjalan ialah pertandingan menyiapkan puzzle tokoh, pertandingan dam ular (kuiz kenegaraan) dan lawatan berpandu di ruang pameran . Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat menyemarakan semangat cintakan negara di kalangan murid-murid sekolah dan menarik minat pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

27 Ogos 2025 -Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Memorial Tun Abdul Ghafar Baba dengan kerjasama  Sekolah Kebangsaa...
22/10/2025

27 Ogos 2025 -Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan dan Memorial Tun Abdul Ghafar Baba dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Kembara Merdeka 2025. Lawatan sambil belajar ini telah disertai seramai 86 orang murid termasuk guru pengiring. Antara pengisian/aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berjalan ialah pertandingan menyiapkan puzzle tokoh, pertandingan teka silang kata kemerdekaan, lawatan berpandu di ruang pameran dan juga pertandingan kuiz kenegaraan serta permainan sukan rakyat dikalangan pelajar. Semoga dengan penganjuran program seperti ini dapat menyemarakan semangat kemerdekaan di kalangan murid-murid sekolah dan menarik minat pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

10/10/2025

Selamat bersara diucapkan kepada YBhg. Dato’ Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia

Setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan.

Ikhlas Daripada Seluruh Warga Arkib Negara Malaysia.




Pada 26 Jun 2025, seramai 40 orang pelajar dan beberapa 5 orang guru dari SMK Seri Pelangai, Pahang telah mengadakan men...
11/07/2025

Pada 26 Jun 2025, seramai 40 orang pelajar dan beberapa 5 orang guru dari SMK Seri Pelangai, Pahang telah mengadakan mengadakan lawatan sambil belajar ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sempena Program : Merdeka & Mahasiswa {Mengimbau Seiarah Kemerdekaan dan Meneroka Dunia Univensiti} yang dianjurkan oleh sekolah tersebut.

Pelajar-pelajar telah diberikan taklimat ringkas berkaitan sejarah penubuhan memorial dan tayangan video kemerdekaan oleh Pengurus memorial. Seterusnya pelajar -pelajar telah dibawa ke lawatan berpandu, menyelesaikan permainan puzzle tokoh dan menjawab soalan kuiz yang telah disediakan oleh pihak memorial.

Semoga pengisian aktiviti ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar.

04/03/2025

PEMAKLUMAN PENGOPERASIAN MEMORIAL/ GALERIA/ RUMAH KELAHIRAN SEPANJANG BULAN RAMADAN 2025/1446H

Sukacita dimaklumkan berkenaan waktu pengoperasian memorial/ galeria/ pustaka/ rumah kelahiran bawah pentadbiran Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur, Melaka, Kedah dan Pulau Pinang sepanjang bulan Ramadan 2025/1446H.







Address

Malacca City
75000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6062881232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share