PAS Kota Melaka - Informasi & Maklumat

PAS Kota Melaka - Informasi & Maklumat Facebook tidak rasmi PAS Kawasan Kota Melaka sebagai medium informasi, aktiviti, kebajikan dan perkembangan semasa masyarakat Kota Melaka.

Bersama memperkukuh perpaduan, mendekati rakyat dan membawa suara ummah.

01/09/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾“Malaysia Tanah Air Kita, Amanah Untuk Dijaga”Tanggal 31 Ogos mengingatkan...
01/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾
“Malaysia Tanah Air Kita, Amanah Untuk Dijaga”
Tanggal 31 Ogos mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah yang wajib dipelihara dengan iman, ilmu, keadilan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila rakyat hidup dalam keamanan, maruah terpelihara, keadilan ditegakkan dan negara ditadbir dengan penuh amanah.
Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan dan kasih sayang sesama rakyat, tanpa mengira perbezaan bangsa dan latar belakang.
Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan...”
(Surah al-Nahl: 90)
Semoga negara kita dikurniakan keamanan, keberkatan dan kepimpinan yang amanah serta sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Merdeka dengan iman.
Bersatu dalam ukhuwah.
Membangun dengan amanah.




🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sempena sambutan Hari Kebangsaan, m...
01/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini, alhamdulillah.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi satu amanah yang perlu dihargai, dipelihara dan dipertahankan oleh setiap generasi.
Jangan kita lupa sejarah dan pengorbanan para pejuang terdahulu. Tanggungjawab kita hari ini adalah memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, berdaulat, bersatu dan makmur, untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
Dalam masa yang sama, marilah kita menyambut Hari Malaysia pada 16 September sebagai lambang penyatuan seluruh rakyat dan negeri-negeri dalam membina sebuah Malaysia yang lebih kukuh.
Saya, mewakili saf kepimpinan PAS Negeri Melaka dan selaku Ahli Parlimen Jasin, ingin mengucapkan:
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026
kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya seluruh warga Negeri Melaka dan Parlimen Jasin.
Hayatilah erti kemerdekaan.
Hargai keamanan.
Pertahankan kedaulatan.
Dan teruskan perjuangan membina Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Malaysia Tanah Air Kita.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾


01/09/2026

Perbahasan kena ada 'cikgu' dan 'anak murid'. Kalau bahas sama2 anak murid dapat apa?

01/09/2026

Perjuangan hapus judi di Kedah tidak akan terhenti - Pas Kedah

01/09/2026

Lesen judi bidang kuasa M*F. Kerajaan Negeri tak ada bidang kuasa untuk haramkan judi. Lesen judi dikeluarkan oleh M*F.

01/09/2026

Kenyataan M*F mengelirukan berkaitan lesen Judi

Address

Kota Melaka
Malacca City
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kota Melaka - Informasi & Maklumat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share