Pemuda Pendamar

Pemuda Pendamar Page Rasmi Pemuda UMNO Cawangan Kampung Pendamar Melaka,

20/05/2026

Gotong royong Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bersama Penduduk Kampung.

Pembersihan dan cantasan pokok melibatkan berberapa pokok di Kg. Solok Gaung dan Kg. Pendamar.

Jemput hadir kepada semua penduduk, kita ringankan tulang bersama sama membantu membersihkan kampung kita.

20/05/2026

20 Mei 2026. Menyampaikan Sumbangan kit makanan keperluan barangan asas kepada penduduk kampung yang memerlukan dan sakit.

Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga memperolehi keberkatan, dilimpahkan rezeki, dan sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Nya.

10/05/2026

09 Mei 2026, Kg. Pendamar. Alhamdulillah, Pertandingan Memancing Tertutup Ayer Molek sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat selesai.

Tahniah kepada semua pemenang pertandingan dan pemenang cabutan bertuah.

Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sudi menganjurkan program bersama JPKK Solok Gaung . Harap maaf salah silap sepanjang tempoh penganjuran. Inshallah, program sebegini akan diadakan lagi, bagi mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dalam kawasan setempat.

YB Datuk Rahmad Mariman menyampaikan hadiah bersama sama pegawai pegawai kanan MBMB serta Ahli Majlis Kawasan, Tn. Fauzi Bakar dan Kepimpinan cawangan, Datuk Wira Hj DW Haji Hasnoor Sdg Husin.

Turut hadir, Jahari Abdul , JPKK Solok Gaung.

04/05/2026

Pertandingan Memancing Parit tertutup sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Ayer Molek.

Khas bagi penduduk Ayer Molek sahaja.

Untuk pendaftaran, boleh mendaftar di pautan di bawah :

https://bit.ly/memancingayermolekWRUR

Hadiah wang tunai menanti anda...

04/05/2026

Lawatan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka ke Kampung Solok Gaung dan Kampung Pendamar.

Pada 5 Mei 2026, bersama JPKK Solok Gaung , Japerun Ayer Molek , YB Rahmad Mariman serta agensi agensi di Negeri Melaka.

Sempena Program WRUR Ayer Molek.

08/04/2026

08 April 2026. Kg. Pendamar. Lawatan Penambahbaikan Jalan Utama Kg. Pendamar oleh YB Exco Datuk Hj. Rahmad Mariman bersama JD JKR, bagi melihat kaedah yang sesuai bagi mengurangkan kemalangan Jalan Raya di kawasan ini.

Kawasan ini merupakan kawasan laluan utama antara Kandang berhubung ke Duyung, dan sangat sesak. Oleh itu, satu (1) gesaan agar pihak Jabatan Kerja Raya Melaka serta Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd melihat apakah kaedah yang sesuai dan praktikal.

Antara yang dibincangkan dan perlu diambil tindakan segera, adalah seperti perletakkan berberapa unit lampu Amber light, Speed breaker, signage serta divider jalan....

Terima kasih YB Datuk dan Pihak JKR atas concern dan prihatin demi memastikan keselesaan pengguna jalan raya di situ.

Turut hadir, Tn. Ruslan Bin Yusoff, Penghulu Dun Ayer Molek, Tn. Razak Parayil Mohaideen, Setiausaha Japerun Ayer Molek, Pegawai Jabatan Kerja Raya serta Selia Selenggara, Tn. Fauzi Bakar, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah , Tn. Safirul Amar Azmi , Pengerusi JPKK Solok Gaung , serta En Mohd Shahril Ril , Pegawai Seranta Ayer Molek.

28/02/2026

27 Februari 2026. Kg. Pendamar. Menaiktaraf laluan jalan yang melibatkan berberapa buah rumah.

Semoga memberi keselesaan mendapat jalan baru khususnya kepada penduduk setempat dan dapatlah memudahkan urusan operasi perniagaan di sekitar.

Terima kasih kepada Japerun Ayer Molek dan Pejabat Daerah Tanah & Melaka Tengah PDTMT kerana memudahkan urusan permohonan dari JPKK Solok Gaung . Alhamdulillah.

26/02/2026

Tahniah & Syabas kepada anak anak kariah Kg Solok Gaung dan Kg. Pendamar yang memperolehi kejayaan yang cemerlang dan memuaskan.

Perjalanan masih panjang, dan terus belajar demi masa depan.

Terima kasih KP
10/02/2026

Terima kasih KP

10 Februari 2026. Menyampaikan amanah barangan keperluan asas kit makanan dari penyumbang kepada penduduk kampung yang memerlukan dan sakit.

Terima kasih kepada penyumbang kit makanan, semoga sentiasa dirahmati Allah dan diperluaskan rezeki. Aamin YRA

10/02/2026

10 Februari 2026. Kg. Pendamar. Menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada warga emas yang sakit dan uzur di Kg. Pendamar.

Semoga dapat meringankan beban dan bersedia menyambut Ramadan tidak lama lagi...

Terima kasih kepada para penyumbang di dalam kawasan pentadbiran JPKK Solok Gaung . Alhamdulillah

23 Ogos 2025. Tmn. Desa Molek. Sukan Melaka acara Futsal di sertai pasukan Kampung Pendamar. Tahniah adik adik, semoga b...
23/08/2025

23 Ogos 2025. Tmn. Desa Molek. Sukan Melaka acara Futsal di sertai pasukan Kampung Pendamar.

Tahniah adik adik, semoga beroleh kejayaan. Kita adalah Juara...

Once you set Your Mind, the body will follow.

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Pendamar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda Pendamar:

Share