Parti Bersatu Tumpat 2021

Parti Bersatu Tumpat 2021 Political page

22/08/2026

Pelaburan FELDA Dalam Eagle High [Bahagian 1]: Dah 10 Tahun Labur RM2,300 juta, P**angan Tiada, Baki Hutang P**a RM2,770 juta

1. Saya telah banyak kali bangkitkan isu berkaitan pelaburan FELDA dalam syarikat perladangan di Indonesia, Eagle High Plantations (EHP), sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun di luar Dewan Rakyat.

2. Pada 24 Julai 2026, ketika ramai yang menyentuh tentang isu pelaburan Kump**an Wang Persaraan (KWAP) dan Tabung Haji, saya kongsikan satu catatan ringkas bertajuk “Bercakap Tentang KWAP dan Tabung Haji, Tapi Jangan Lupa FELDA”.

3. Dalam catatan tersebut, saya menyentuh tentang pelaburan FELDA dalam EHP. Urus niaga ini berlaku sekitar tahun 2016.

4. Semalam buat pertama kali sejak kerajaan PHBN dibentuk, Perdana Menteri mengulas secara langsung isu berkaitan pelaburan FELDA dalam EHP.

5. Dalam tulisan kali ini, saya akan berikan gambaran umum tentang urus niaga pembelian 37% saham EHP oleh FELDA.

6. Asalnya FGV Berhad yang bercadang melabur dalam EHP. Namun, FGV tidak menerusnya cadangan tersebut. Sebaliknya, FELDA p**a yang membuat keputusan untuk melabur dalam EHP. Memandangkan FELDA tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membelinya, maka syarikat bawah Kementerian Kewangan, GovCo Holdings Berhad (GovCo) telah memberi pinjaman sebanyak RM2,300 juta.

7. Selepas hampir 10 tahun, apa yang berlaku? Saham EHP yang dibeli pada harga 584 Rupiah sesaham hampir 10 tahun lalu hari ini nilainya 111 Rupiah sesaham. Maknanya, nilai saham yang dibeli telah jatuh 81%. Saham EHP pernah jatuh ke paras terendah 50 Rupiah sesaham pada sekitar bulan Jun 2024.

8. Berdasarkan nilai saham EHP pada hari ini serta kejatuhan nilai Rupiah, pelaburan yang bernilai sekitar RM2,300 juta sewaktu dibeli pada tahun 2016 kini bernilai sekitar RM300 juta sahaja.

9. Dalam tempoh tersebut, FELDA tidak menerima sebarang p**angan.

10. Sehingga 13 Oktober 2025, FELDA telah membayar prinsipal hutang serta faedah berjumlah RM166.8 juta.

11. Sebaliknya, baki hutang FELDA kepada GovCo berdasarkan rekod pada 30 September 2025 adalah berjumlah RM2,770 juta .

12. Kesimp**annya, FELDA pinjam RM2,300 juta untuk buat pelaburan dalam EHP pada tahun 2016. FELDA tidak mendapat sebarang p**angan disepanjang tempoh pelaburan. Sebaliknya di sepanjang tempoh tersebut FELDA telah membayar prinsipal hutang dan faedah berjumlah RM166.8 juta. FELDA juga kena lunaskan baki hutang sebanyak RM2,770 juta.

13. Ini adalah satu gambaran umum untuk urus niaga pembelian saham EHP. Saya akan sentuh secara lebih mendalam, termasuk berkaitan put option dalam tulisan-tulisan selepas ini.

DRJ
Putrajaya
22 Ogos 2026

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Bersatu Tumpat 2021 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share