SIRIM Melaka

SIRIM Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SIRIM Melaka, Government Organization, 1112-1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, Malacca City.

PROGRAM SEMINAR PENETRATING EXPORT MARKETS THROUGH PRODUCT PACKAGING & LABELLING.13 Mei 2026 β”‚ SIRIM MelakaProgram Semin...
14/05/2026

PROGRAM SEMINAR PENETRATING EXPORT MARKETS THROUGH PRODUCT PACKAGING & LABELLING.

13 Mei 2026 β”‚ SIRIM Melaka

Program Seminar Penetrating Export Markets Through Product Packaging & Labelling anjuran SME Corp Negeri Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 13 Mei 2026 bertempat di SIRIM Melaka dengan penyertaan seramai 57 usahawan mikro.

Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan pembungkusan dan pelabelan produk sebagai strategi dalam menembusi pasaran eksport serta meningkatkan daya saing produk tempatan.

Sesi seminar telah dikendalikan oleh fasilitator daripada SIRIM Academy iaitu En. Rosman Taib dan En. Safian Jais, yang berkongsi ilmu serta panduan praktikal berkaitan keperluan standard pembungkusan, pelabelan dan kesiapsiagaan produk untuk pasaran antarabangsa.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah beberapa agensi sokongan usahawan seperti CGC,SSM,MyIPO dan Bank Islam yang membuka kaunter informasi bagi memberikan khidmat nasihat, perkongsian maklumat serta peluang jaringan kepada para peserta.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu usahawan mikro meningkatkan pengetahuan, memperkukuh jenama produk dan seterusnya bersedia untuk meneroka peluang pasaran yang lebih luas termasuk peringkat global.

Dimaklumkan bahawa SIRIM Berhad akan melaksanakan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) berkuat kuasa 1 Mei 2026 sehingga ...
11/05/2026

Dimaklumkan bahawa SIRIM Berhad akan melaksanakan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) berkuat kuasa 1 Mei 2026 sehingga dimaklumkan kelak, selaras dengan saranan Kerajaan dalam menangani kesan krisis tenaga global. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada keperluan operasi di setiap cawangan.

15012026Program Mini 5S SIRIM Melaka 1/2026 bersama anggota kerja.Program 5S kali ini fokus kepada penggunaan semula per...
16/01/2026

15012026
Program Mini 5S SIRIM Melaka 1/2026 bersama anggota kerja.

Program 5S kali ini fokus kepada penggunaan semula peralatan aset lupus musnah di dalam Bangunan SIRIM Melaka .
Program dimulakan dengan ucapan aluan serta pembahagian kerja oleh Pengarah SIRIM Melaka.

Aset lupus musnah ini kami telah menggunapakai semula menjadi rak tanaman kompos.

Program mini 5S kali ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama semua anggota kerja.





10012026BUKIT PETAI TANGKAK, JOHORAktiviti mendaki Bukit Petai Tangkak Johor bersama Pengarah SIRIM Melaka dan semua ang...
16/01/2026

10012026
BUKIT PETAI TANGKAK, JOHOR

Aktiviti mendaki Bukit Petai Tangkak Johor bersama Pengarah SIRIM Melaka dan semua anggota kerja dan ahli keluarga yang telah diadakan pada 10/01/2026. Alhamdulillah semua anggota kerja dan anak2 berjaya hingga ke puncak sambil menikmati durian segar dari ladang Pak Lang. Syabas semua...😍

Kumpulan SIRIM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani di atas pe...
17/12/2025

Kumpulan SIRIM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani di atas pelantikan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Berbekalkan pengalaman luas dan kepimpinan berwibawa, pelantikan Yang Berhormat Datuk Seri akan memperkukuhkan lagi peranan MITI dalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Kumpulan SIRIM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani di atas pelantikan sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Berbekalkan pengalaman luas dan kepimpinan berwibawa, pelantikan Yang Berhormat Datuk Seri akan memperkukuhkan lagi peranan MITI dalam mendorong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato' Lai Yit Loong atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kump...
10/12/2025

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato' Lai Yit Loong atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan SIRIM.

05/12/2025

Jom meriahkan reruai SIRIM di bawah Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia (MITI) sempena program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku!

πŸ—“οΈ Tarikh: 5 – 7 Disember 2025
πŸ“ Lokasi: Perkarangan Dataran Putrajaya, Putrajaya
⏰ Masa: 9:00 pagi – 9:00 malam

Pelbagai pengisian menarik disediakan untuk anda, termasuk:
βœ”οΈ Sesi bertemu pelanggan
βœ”οΈ Perkongsian maklumat mengenai pembangunan industri
βœ”οΈ Pameran inovasi dan teknologi SIRIM
βœ”οΈ Hadiah menarik untuk pelawat bertuah

Mari rebut peluang untuk mendapatkan informasi terkini mengenai pembangunan industri serta meneroka teknologi baharu yang ditampilkan oleh SIRIM.

Jumpa anda di sana!

SIRIM congratulates YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz on his appointment as the Chairman of MIDA. ...
05/12/2025

SIRIM congratulates YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz on his appointment as the Chairman of MIDA. His leadership will further strengthen Malaysia’s investment landscape and support national growth. We look forward to continued collaboration and wish him every success.





30/04/2025 - Hari Terbuka SIRIM MELAKA BERSAMA AGENSI & USAHAWAN. Jutaan Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Agensi-Agensi & ...
14/05/2025

30/04/2025 - Hari Terbuka SIRIM MELAKA BERSAMA AGENSI & USAHAWAN. Jutaan Terima Kasih Di Ucapkan Kepada Agensi-Agensi & Usahawan Yang Sudi Hadir Ke Hari Terbuka Kami.🌹😍

Salam takziah.Seluruh anggota kerja SIRIM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalanga...
14/05/2025

Salam takziah.

Seluruh anggota kerja SIRIM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan anggota FRU. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

18/01/2025 Sabtu, Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat berlangsung di Dun Kuala Linggi
18/01/2025

18/01/2025 Sabtu, Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat berlangsung di Dun Kuala Linggi

Address

1112-1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam
Malacca City
75350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:45

Telephone

+6062866602

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SIRIM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SIRIM Melaka:

Share