Parlimen Kota Melaka

Parlimen Kota Melaka politik

DUN DUYUNG 17hb Ogos 2026 04hb Rabiulawal 1448H.Jam:12:00 Tengahari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka me...
17/08/2026

DUN DUYUNG
17hb Ogos 2026
04hb Rabiulawal 1448H.
Jam:12:00 Tengahari

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Meninjau aduan rakyat dan menziarahi serta menyampaikan sumbangan pempers kepada encik Mohd Marzuwan di Kampung Semabok Dalam.
Beliau baru disahkan oleh Doktor menghidap sakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan cuci darah tiga kali seminggu.

Beliau sebelum ini bekerja pemandu lori kini menurutnya tidak mampu lagi atas faktor kesihatan.
Beliau mempunyai seorang anak masih bersekolah menengah.

Dimaklumkan beliau telah membuat permohonan bantuan bulanan dari JKM dan permohonan bantuan pencen ilat dan cuci darah kepada Perkeso.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN TELOK MAS17hb Ogos 2026 04hb Rabiulawal 1448H.Jam:11:30 Pagi.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewak...
17/08/2026

DUN TELOK MAS
17hb Ogos 2026
04hb Rabiulawal 1448H.
Jam:11:30 Pagi.

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Meninjau aduan rakyat berkenaan Rumah Pangsa Damai Ujung Pasir.
Berkenaan pokok yang tumbuh diatas bangunan,rumput panjang di kaki lima dan bumbung bocor serta rumah telah dijelaskan bayaran tapi tidak dapat menukar nama pemilik.

Dimaklumkan mereka tiada organisasi persatuan bagi kerja-kerja maintenance.
Beliau memohon bantuan YB untuk sama-sama membantu menyelesaikan maslah mereka.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN TELOK MAS17hb Ogos 2026 04hb Rabiulawal 1448H.Jam:10;30 PagiPejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewaki...
17/08/2026

DUN TELOK MAS
17hb Ogos 2026
04hb Rabiulawal 1448H.
Jam:10;30 Pagi

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Meninjau aduan rakyat dan menzirahai dua buah keluarga

Keluarga pertama warga emas Indra A/P Speedharan menyewa rumah di Ujung Pasir beliau menghidap sakit saraf tulang belakang terpaksa mendapatkan rawatan setiap minggu degan kos rm 170.
Beliau kini dijaga oleh seorang anak lelaki bekerja buruh kasar tiada pendapatan tetap.

Keluarga kedua juga warga emas Chan Gaik Kim hidup sebatang kara beliau sebelum ini pernah YB Khoo Poay Tiong bantu bagi pengurusan permohonan kad pengenalan dan bantuan kewangan.

Beliau juga Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bantu bagi pengurusan permohonan bantuan bulanan JKM dan kini telah menerima bantuan JKM bawah skim warga emas rm 600 setiap bulan kami juga pernah membantu mencantas dahan pokok yang berhampiran rumahnya.
Beliau memaklumkan zing rumahnya bocor dimasuki air setiap kali hujan dan beliau terpaksa menarik bekas takungan menadah air hujan.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN KOTA LAKSAMANA DAN DUN TELOK MAS. 14hb Ogos 2026 01hb Rabiulawal 1448H.Jam:03:00 Petang Pejabat Pusat Khidmat Rakyat...
14/08/2026

DUN KOTA LAKSAMANA DAN DUN TELOK MAS.
14hb Ogos 2026
01hb Rabiulawal 1448H.
Jam:03:00 Petang

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Meninjau aduan rakyat dan menzirahai serta manyampaikan sumbangan pempers dan kewangan kepada dua biah keluarga di Hospital Besar Melaka.

Keluarga pertama Puan Rafiah Mohamed barasal dari Kampung Morten di masukan ke wad 1-3.
Beliau menghidap sakit Kanser Peti Suara.
Suaminya sebelum ini telah kami berjumpa di Hospital Besar Melaka sewaktu membuat ziarah pesakit.
Beliau memaklumkan isterinya didalam bilik pembedahan dan kami memaklumkan akan cuba menziarahinya setelah beliau dimasukan kewad.

Keluarga kedua Puan Azizah wahab dari Kampung Alai.
Beliau baru selesai menjalan pembedahan kini di masukan kewad 3-1 Hospital Besar Melaka.
Doktor memaklumkan beliau akan dimasukan ke ICU bagi menjalani satu lagi pembedahan mengambil contoh bagi mengenal pasti penyakit yang dihidapinya.

Kedua-dua mereka ada yang telah kami terangkan perihal My Salam dan membekalkan borang permohonan bantuan susu dan borang permohonan bantuan bulanan dari JKM untuk beliau membuat permohonan.

Sama-sama kita mendoakan semoga kedua-dua mereka diberikan kesembuhan seperti sedia kala dan dipermudah segala urusan mereka sekeluarga.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN KOTA LAKSAMANA 14hb Ogos 2026 01hb Rabiulawal 1448H.Jam:11:00 PagiPejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka ...
14/08/2026

DUN KOTA LAKSAMANA
14hb Ogos 2026
01hb Rabiulawal 1448H.
Jam:11:00 Pagi

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Meninjau aduan rakyat dan menzirahai warga emas Vairathayee Ammal A/P Ponnusamy berumur 92 tahun.
Beliau mendapatkan rawatan susulan di klinik kesihatan.

Dimaklumkan oleh warisnya beliau sebelum ini pernah membuat permohonan bantuan bulanan dari JKM.
Semakan bersama pegawai JKM permohonan ditolak disebabkan maklumat yang diberikan mempunyai anak-anak yang membantunya.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN KESIDANG 13hb Ogos 2026 29hb Safar 1448H.Jam:02:00 Petang Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili...
14/08/2026

DUN KESIDANG
13hb Ogos 2026
29hb Safar 1448H.
Jam:02:00 Petang

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) bersama rakan Pusat Khidmat Rakyat Dun Kesidang mewakili YB Allex Seah谢守钦 dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.

Meninjau aduan rakyat dan menziarahi keluarga Puan S.Radha A/P Supremaniam di Taman Gadong Perdana.
Beliau memohon kerusi roda khas buat anaknya yang istimewa (OKU) sedari kecil bagi menggantikan kerusi rodanya rosak.
Anaknya kini berumur 17 tahun masih bersekolah.

Beliau tidak bekerja kerana terpaksa menguruskan anaknya itu dan 3 lagi orang anaknya yang masih bersekolah.
Suami bekerja di Pasar berpendapatan rendah .

Anak istimewa ini aktif sukan ping-pong dibawah KBS.
Beliau juga sangat gemar membuat hasil tangan dan membuat jualan dalam mengisi masa lapangnya.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN KESIDANG 13hb Ogos 2026 29hb Safar 1448H.Jam:11:30 PagiPejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama rak...
13/08/2026

DUN KESIDANG
13hb Ogos 2026
29hb Safar 1448H.
Jam:11:30 Pagi

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama rakan Pusat Khidmat Rakyat Dun Kesidang mewakili YB Allex Seah谢守钦 dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka dan rakan Mantan Setiausaha JPKK.

Menzirahaii dan menyampaikan sumbang guna katil khas dari YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) yang dipohon oleh waris anak muda Muhammad Amannullah di Rumah Pangsa Taman Merdeka yang terkesan dengan kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal.

Beliau kini masih di wad Hospital Besar Melaka dan akan dibenarkan pulang ke rumah.
Doktor memaklumkan untuk keluarga menyediakan katil khas bagi kegunaannya.
Dimaklumkan beliau kemalangan bersama dengan seorang lagi rakannya yang telah dibenarkan pulang ke rumah dari mendapatksn rawatan di Hospital Besar Melaka dan telah Pusat Khidmat Rakyat Dun Kesidang memberikan sumbang guna katil khas.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN KESIDANG 13hb Ogos 2026 29hb Safar 1448H.Jam:11:30 PagiPejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama rak...
13/08/2026

DUN KESIDANG
13hb Ogos 2026
29hb Safar 1448H.
Jam:11:30 Pagi

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka bersama rakan Pusat Khidmat Rakyat Dun Kesidang mewakili YB Allex Seah谢守钦 dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.

Mengiringi YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) menziarahi dan serahan sumbangan kerusi roda yang di pohon oleh warga emas Thiruvengadam 93 tahun terlantar sakit tidak mampu menguruskan diri sepenuhnya yang pada 06 Ogos yang lalu telah kami ziarah.
Beliau anak kepada atlet sukan olahraga Datuk M Ramachandran pemegang rekod Malaysia 5000M dan 10000 Meter 32 tahun sehingga kini.
Manakala rekod Sukan Sea 5000 meter selama 25 tahun.

Serahan sumbangan kedua kepada Puan Joo Yoke Hong beliau menghidap sakit kanser payu dara tidak mampu bekerja.
Suaminya hanya mampu bekerja mencari barangan terpakai kerana mengalami kemalangan dan tangannya tidak mampu berfungsi seperti biasa.
Beliau mempunyai tanggungan anak berumur 8 tahun masih bersekolah rendah.

Telah Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka menerangkan perihal My Salam dan membekalkan borang permohonan bantuan bulanan dari JKM untuk beliau membuat permohonan.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

13hb Ogos 2026 29hb Safar 1448H.Jam:09:00 Pagi Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay T...
13/08/2026

13hb Ogos 2026
29hb Safar 1448H.
Jam:09:00 Pagi

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka mewakili YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Membantu Cikgu Cassel DAP Kota Melaka menghantar sumbang guna katil dari NGO Tzu Chi yang dipohon oleh anak muda yang terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal hendak ke tempat kerja.

Beliau mengalami kecederaan Patah tulang bahu dan 7 tulang rusuk serta cedera ringan pada tangan dan kaki

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

DUN TELOK MAS12hb Ogos 2026 28hb Safar 1448H.Jam:03:00 Petang Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dibantu ...
13/08/2026

DUN TELOK MAS
12hb Ogos 2026
28hb Safar 1448H.
Jam:03:00 Petang

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka dibantu rakan sukarelawan DAP Kota Melaka.
Mengambil semula katil khas yang telah diberikan sumbang guna kepada anak muda Muhammad Rais di Kampung Alai yang menghidap sakit kanser paru-paru tahap 4.

Dimaklumkan beliau telah menerima bantuan katil khas dari perkeso yang telah dipohon sebelum ini.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KOTA MELAKA.
DEMOKRATIK ADIL PEDULI
PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA.

.

Address

Telok Mas
Malacca City
06

Telephone

+60108221308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parlimen Kota Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Parlimen Kota Melaka:

Shortcuts

Share