02/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐พ
Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Hospital Melaka turut meneruskan tradisi meraikan kelahiran bayi-bayi Merdeka yang dilahirkan pada 31 Ogos 2026.
Seramai 29 bayi Merdeka telah dilahirkan di Hospital Melaka sehingga 11.59 malam, terdiri daripada 16 bayi lelaki dan 13 bayi perempuan.
Dalam kunjungan ke Wad 3-3, YBhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Ab. Aziz, bersama YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, serta YB Puan Siti Faizah binti Datuk Abdul Azis, Timbalan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, turut meluangkan masa menyantuni ibu dan bayi yang dilahirkan pada hari istimewa ini.
Turut hadir ialah Dr. Husnina binti Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Shahrum bin Hj. Arshad, Pengarah Hospital Melaka, serta wakil agensi dan pihak yang bersama-sama menyokong serta menjayakan program ini.
Hamper dan cenderahati turut disampaikan kepada ibu dan bayi sebagai tanda penghargaan sempena kelahiran pada Hari Kebangsaan. Dalam masa yang sama, cenderahati turut diberikan kepada petugas-petugas Hospital Melaka yang bertugas pada hari tersebut sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat yang diberikan dalam memastikan kelancaran program serta perkhidmatan kepada pesakit.
Kelahiran anak-anak Merdeka ini pastinya menjadi kenangan istimewa buat keluarga masing-masing. Semoga mereka membesar dengan sihat, menjadi generasi yang cemerlang dan terus menyumbang kepada masyarakat serta negara.
Selamat datang ke dunia, anak-anak Merdeka! ๐ฒ๐พ
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Melaka