PAS Cawangan PERNU

PAS Cawangan PERNU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Cawangan PERNU, Political Party, Pernu,Telok Mas, Malacca City.

SUASANA SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1447HPagi 1 Syawal yang penuh barakah disambut dengan kehadiran ramai jemaah yang memenuh...
22/03/2026

SUASANA SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1447H

Pagi 1 Syawal yang penuh barakah disambut dengan kehadiran ramai jemaah yang memenuhi ruang Balai Islam Pernu bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri secara berjemaah ๐ŸŒ™

Dengan alunan takbir yang menginsafkan, suasana menjadi begitu syahdu dan penuh rasa kesyukuran setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Solat telah diimamkan oleh Ust. Abdul Wafi bin Abdul Aziz, diikuti dengan khutbah yang mengajak kita terus istiqamah dalam ketaatan kepada Allah SWT ๐Ÿ’š

Lebih bermakna, majlis ini turut menjadi medan mempererat ukhuwah sesama masyarakat, bermaafan, bersalaman dan berkongsi kegembiraan di hari kemenangan ๐Ÿ˜Š
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang kembali kepada fitrah.

โ€œTaqabbalallahu minna wa minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinโ€ ๐ŸŒ™โœจ

22/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan yang lalu.

PAS Kawasan Kota Melaka ingin mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Kota Melaka.

Aidilfitri bukan sekadar kemenangan menahan lapar dan dahaga, tetapi kemenangan membersihkan hati,mengukuhkan ukhuwah, serta menyatukan kita dalam kasih sayang dan keimanan.

Firman Allah SWT:
"Dan hendaklah kamu saling bermaafan dan berlapang dada. Tidakkah kamu ingin Allah mengampunkan kamu?"
(Surah An-Nur: 22)

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan,
kedamaian, dan keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada kami,
PAS Kawasan Kota Melaka


22/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri 1447H โœจ๐ŸŒ™

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT dan Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan serta ukhuwah yang lebih erat.
Hati yang bersih, ukhuwah yang kukuh.

Maaf dipinta, silaturahim diperkasa ๐Ÿค๐Ÿ’š

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka





๐ŸŒ™โœจ JEMPUTAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI โœจ๐ŸŒ™Dengan penuh rasa syukur, marilah kita bersama-sama menghidupkan pagi 1 Syawal ...
20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ JEMPUTAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI โœจ๐ŸŒ™

Dengan penuh rasa syukur, marilah kita bersama-sama menghidupkan pagi 1 Syawal dengan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri berjemaah ๐Ÿคฒ

๐Ÿ“ Bertempat di Balai Islam Pernu, Melaka
๐Ÿ—“๏ธ 1 Syawal 1447H | 21 Mac 2026 (Sabtu)
โฐ 8.30 pagi
๐ŸŽ™๏ธ Bersama Imam Bertugas:
Ust. Abdul Wafi bin Abdul Aziz

๐Ÿ’š Ayuh hadir beramai-ramai, raikan kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan penuh keinsafan dan kegembiraan.

โ€œTaqabbalallahu minna wa minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batinโ€ ๐ŸŒ™โœจ

Suasana Majlis Jamuan Moreh & Serahan Sumbangan Asnaf serta PetugasAlhamdulillah, pada 17 Mac 2026 (28 Ramadan 1447H) te...
20/03/2026

Suasana Majlis Jamuan Moreh & Serahan Sumbangan Asnaf serta Petugas

Alhamdulillah, pada 17 Mac 2026 (28 Ramadan 1447H) telah berlangsung dengan jayanya majlis ini di Balai Islam Pernu, selepas Solat Sunat Tarawih.

Majlis diisi dengan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan para petugas sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka sepanjang Ramadan.

Program ini turut mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan keberkatan di penghujung Ramadan melalui juadah moreh yang juga di sediakan di akhir majlis.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang. Semoga segala amal diterima Allah SWT ๐Ÿคฒโœจ

[Majlis Jamuan Moreh & Serahan Sumbangan Asnaf serta Petugas]Assalamualaikum WBTIn Shaa Allah, PAS Cawangan Pernu akan m...
15/03/2026

[Majlis Jamuan Moreh & Serahan Sumbangan Asnaf serta Petugas]

Assalamualaikum WBT

In Shaa Allah, PAS Cawangan Pernu akan mengadakan majlis jamuan moreh serta serahan sumbangan kepada golongan asnaf dan para petugas sebagai tanda penghargaan dan kebersamaan di penghujung Ramadan.

๐Ÿ“… Tarikh : 17 Mac 2026 bersamaan malam 28 Ramadan 1447H
๐Ÿ—“ Hari : Selasa
๐Ÿ•ฐ Masa : Selepas Solat Sunat Tarawih
๐Ÿ“ Tempat : Balai Islam Pernu

๐Ÿค Semua AJK serta Ahli PAS Cawangan Pernu dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Semoga kehadiran kita semua dapat mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan lagi keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

๐ŸŒ™โœจSekian, terima kasih.

๐ŸŒ™ PENYERTAAN KORBAN AIDILADHA 1446H / 2025M ๐Ÿ•‹๐Ÿ“ Balai Islam Pernu, Melaka๐Ÿ—“๏ธ Korban akan dilaksanakan pada 12 Zulhijjah 14...
28/05/2025

๐ŸŒ™ PENYERTAAN KORBAN AIDILADHA 1446H / 2025M ๐Ÿ•‹

๐Ÿ“ Balai Islam Pernu, Melaka
๐Ÿ—“๏ธ Korban akan dilaksanakan pada 12 Zulhijjah 1446H / 9 Jun 2025

๐Ÿ„ 1 Bahagian Lembu: Hanya RM900 sahaja!

๐Ÿ“ข Rebut peluang berkorban tahun ini bersama PAS Cawangan Pernu demi keberkatan dan ganjaran besar dari Allah SWT.

๐Ÿ“ž Untuk penyertaan, sila hubungi: โœ… Hj. Zuhaidi b. Yusof โ€“ 016-6660440
โœ… Ust. Khairul b. Abd. Aziz โ€“ 017-6481920
โœ… Ust. Fairus b. Hj. Jaafar โ€“ 016-6799610

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran dibuka sekarang! Tempat terhad, siapa cepat dia dapat!

๐Ÿ•Œ โ€œSesungguhnya Kami telah jadikan untuk kamu unta dan lembu sebagai sebahagian dari syiar Allah, pada kamu terdapat kebaikan...โ€ (Surah Al-Hajj: 36)

๐ŸŒŸ Jom berkorban, semoga ibadah kita diterima Allah SWT! ๐ŸŒŸ


๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿƒ
(Lembu Pertama)

1-

2-

3-

4-

5-

6-

7-

Jika berminat, boleh isikan nama dan hubungi nombor yang tertera.

Sekian,

Terima Kasih

โœจ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI โœจJemputan khas kepada semua Muslimin & Muslimat untuk bersama menunaikan Solat Hari Raya ...
30/03/2025

โœจ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI โœจ

Jemputan khas kepada semua Muslimin & Muslimat untuk bersama menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri berjemaah!

๐Ÿ“ Balai Islam Pernu, Melaka
๐Ÿ“… 1 Syawal 1446H | 31 Mac 2025
๐Ÿ•— 8.00 pagi - Takbir Raya
๐Ÿ•ฃ 8.30 pagi - Solat Aidilfitri

Imam Bertugas:
๐Ÿ•Œ Ustaz Muhammad Firdaus B. Ahmad
PSU 1 Dewan Pemuda PAS Kota Melaka

Jangan lepaskan peluang untuk menyambut Syawal dengan penuh keberkatan bersama komuniti!

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Jemput hadir!

โœจ SANTUNI ASNAF, HARGAI PETUGAS โœจ  Alhamdulillah, pada 27 Mac 2025 PAS Cawangan Pernu telah mengadakan satu Majlis bagi ...
29/03/2025

โœจ SANTUNI ASNAF, HARGAI PETUGAS โœจ

Alhamdulillah, pada 27 Mac 2025 PAS Cawangan Pernu telah mengadakan satu Majlis bagi meraikan asnaf-asnaf sekitar kariah Pernu melalui sumbangan yang telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Juga penyerahan saguhati untuk menghargai Petugas Solat Tarawih di Balai Islam Pernu yang telah menjalankan tanggungjawab mereka selama sebulan di Ramadan kali ini.

Sumbangan dan saguhati ini telah diserahkan sendiri oleh Ketua Cawangan PAS Pernu iaitu Tuan Hj. Zuhaidi bin Yusoff sejurus selesai laksanakan solat tarawih secara berjemaah yang berlangsung dengan jayanya pada malam 27 Ramadan itu.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan mempereratkan lagi ukhuwah dalam jemaah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Moga Allah merahmati kita semua."

Salam Nuzul Al-Quran 1446H โœจ๐Ÿ“–โœจMarilah kita menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, hari di mana kitab suci diturunkan...
18/03/2025

Salam Nuzul Al-Quran 1446H โœจ๐Ÿ“–โœจ

Marilah kita menghayati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, hari di mana kitab suci diturunkan sebagai petunjuk dan cahaya bagi seluruh umat manusia. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5027)

Ikhlas daripada PAS Cawangan Pernu.

10/03/2025

Address

Pernu,Telok Mas
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan PERNU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share