14/08/2026
PROGRAM MOTIVASI ATLET-ATLET TINJU, MUAYTHAI, SANDA DAN ANGKAT BERAT SEMPENA SUKAN SUKMA XXII
Bertempat di Dewan Seroja, Sekolah Henry Gurney Telok Mas (SHGTM), Melaka, telah berlangsung Program Motivasi Atlet-Atlet Tinju, Muaythai, Sanda dan Angkat Berat Sempena Sukan SUKMA XXII 2026.
Program ini dikendalikan oleh Puan Nuraidah binti Abdullah, Ketua Unit Pengurusan Psikologi SHG Telok Mas, Melaka, sebagai persediaan awal kepada para atlet dari aspek kekuatan mental, motivasi, pengurusan emosi, keyakinan diri dan semangat juang bagi menghadapi temasya SUKMA XXII 2026.
Program ini melibatkan seramai 8 orang prospek yang bakal mewakili Negeri Melaka, terdiri daripada:
* 🥊 5 orang prospek – Tinju
* 🥊 1 orang prospek – Muaythai
* 🥋 1 orang prospek – Sanda
* 🏋️‍♀️ 1 orang prospek wanita – Angkat Berat
Turut terlibat dalam program ini ialah jurulatih dan pengurus bagi acara-acara berkenaan. Program ini diadakan bagi memberikan suntikan motivasi serta membina kesiapsiagaan mental para atlet supaya lebih fokus, berdisiplin dan yakin dalam menghadapi cabaran pertandingan di peringkat kebangsaan.
Seterusnya, acara pelepasan para prospek telah berlangsung pada 14 Ogos 2026 dan disempurnakan oleh PP Muhamad Safuan bin Zubir, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas.
Dalam amanatnya, beliau menzahirkan sokongan dan keyakinan terhadap kemampuan para prospek untuk memberikan prestasi terbaik serta menyeru agar mereka sentiasa menjaga disiplin, semangat kesukanan dan nama baik Negeri Melaka serta Sekolah Henry Gurney Telok Mas.
Temasya SUKMA XXII 2026 dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2026. Diharapkan para prospek dapat menggunakan segala ilmu, latihan dan motivasi yang diperoleh untuk memberikan saingan terbaik serta mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas SUKMA.
Selamat berjuang kepada 8 prospek SHGTM!
Satu hati, satu semangat, demi Melaka