09/08/2026
KEPUTUSAN PERTANDINGAN LAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (LAMAN PBT) 2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menyertai Pertandingan Laman PBT 2026 sempena Hari Landskap Negara 2026.
Bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dinobatkan sebagai Johan, diikuti Majlis Bandaraya Johor Bahru sebagai Naib Johan dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di tempat ketiga.
Bagi Kategori Majlis Daerah p**a, Majlis Daerah Bera muncul sebagai Johan manakala Majlis Daerah Rembau sebagai Naib Johan.
Pertandingan ini mencerminkan komitmen PBT dalam memperkasa pengurusan landskap, memperindah persekitaran serta mewujudkan kawasan yang lebih lestari, kondusif dan berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.
Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada semua peserta atas usaha, kreativiti dan komitmen yang ditunjukkan dalam menjayakan pertandingan ini.