12/06/2026
10 & 11 JUN 2026
Bengkel Pemantapan Dokumen KIK UTeM yang diadakan di Dewan Jamuan VIP 1, Dewan Canselor UTeM. Bengkel ini sebagai persediaan kepada dua (2) kumpulan KIK UTeM yang akan menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat Universiti Awam Kali Ke-18 pada Ogos 2026.
Objektif utama bengkel bertujuan memantapkan dokumen projek KIK agar lebih tersusun, komprehensif dan menepati kriteria penilaian konvensyen. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan mutu persembahan dan kemahiran penyampaian peserta agar projek KIK dapat disampaikan secara menarik, jelas dan berkesan.
Penceramah jemputan ialah Encik Muhammad Sobbri bin Zulkfely, Ketua Bahagian, Bahagian Pengurusan ICT dan R&D, Majlis Perbandaran Manjung.