Dewan Ulamak PAS Melaka

Dewan Ulamak PAS Melaka Ini adalah page rasmi Dewan Ulamak PAS Melaka yang diseliakan oleh Unit IT Dewan Ulamak PAS Melaka. Teruskan sokongan anda kepada PAS!!

15/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈-𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍, 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐁𝐀! 😍

Sukacita dimaklumkan bahawasanya PAS Negeri Melaka akan menganjurkan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 yang diadakan pada ketetapan yang berikut:
🗓️ Ahad / 23 Ogos 2026
⏰ 7. 30 Malam
🛣️ Mudzaffar Hotel, MITC, Melaka

Majlis ini bukan sekadar makan malam, tetapi menjadi medan untuk kita bersama-sama menyumbang, mengeratkan ukhuwah serta memberikan sokongan kepada usaha, gerak kerja PAS Negeri Melaka dan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya yang bakal tiba.

Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada dari Negeri Melaka mahupun luar Melaka yang ingin bersama-sama menjayakan usaha ini.

🎟️ Kupon makan malam tersedia bermula RM250 sehingga RM5,000.

Anda boleh menyertainya secara individu, bersama keluarga, sahabat-handai, rakan-rakan mahupun organisasi. Inilah peluang untuk kita bersama-sama mengambil bahagian dan menyumbang kepada perjuangan yang kita dukung.

📌 Untuk menyertai majlis atau membuat sumbangan, sila isi maklumat dan layari:
https://menujuserinegeri.onpay.my/order/form/4

Ayuh kita bersama-sama menjayakan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐀𝐒 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚.

📞 Sebarang pertanyaan, urusan transaksi sumbangan atau pengesahan kehadiran, sila hubungi Sekretariat:
011-6445 0960 atau 011-3931 5260

⚠️ 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃!

SEBARKAN

15/08/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

LESEN JUDI DI KEDAH: PAS TELAH BERHABIS DAYA, KINI TANGGUNGJAWAB MENGHAPUSKAN MAKSIAT TERLETAK PADA TANGAN UMAT ISLAM DAN WAJIB UNDI PAS

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum akan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan pembatalan arahan kerajaan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis perjudian. Sebagai sebuah parti yang mendokong keluhuran undang-undang, DUPP menghormati proses perundangan dan keputusan mahkamah tersebut, yang diputuskan atas asas teknikal syarat ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

2. Namun begitu, pada masa yang sama, DUPP menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam atas halangan perundangan ini yang mengekang usaha murni sebuah kerajaan negeri dalam memelihara kesejahteraan masyarakat daripada barah maksiat perjudian. Kami berpegang teguh dan menghargai kepada asas penghakiman berbeza (dissenting judgment) Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi di peringkat Mahkamah Rayuan sebelum ini, yang melihat ketetapan Kerajaan Negeri Kedah ini sebagai satu dasar pertimbangan bagi menjaga kebajikan rakyat yang wajar mengatasi kepentingan peribadi pemain industri judi.

3. Walau apa pun keputusannya, peristiwa ini sama sekali tidak melunturkan semangat perjuangan PAS. Sebaliknya, ia menjadi bukti dan petunjuk paling nyata bahawa PAS amat bersungguh-sungguh, bertegas, dan berani mengambil risiko demi menghalang dan menghapuskan aktiviti perjudian. PAS telah menterjemahkan janji politik kepada pelaksanaan eksekutif demi mencari keredhaan Allah SWT, biarpun terpaksa berhadapan dengan tentangan kapitalis judi di mahkamah.

4. Ketegasan PAS ini bukanlah sekadar retorik sentimen. Judi hakikatnya adalah 'dajjal kerosakan' yang paling besar dalam sistem sosial dan kewangan masyarakat pada hari ini. Ia adalah pemusnah institusi kekeluargaan, punca kemuflisan, pencetus jenayah, dan perosak ekonomi umat. Malah, amalan perjudian ini ditentang oleh semua agama dan nilai moral yang waras, bukan hanya agama Islam, kerana sifat judi itu sendiri yang menindas, zalim, mengaut keuntungan atas air mata dan kesempitan hidup orang lain, serta sama sekali tidak adil.

Allah SWT telah menegaskan pengharaman judi di dalam Surah Al-Ma'idah, ayat 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

5. Keputusan mahkamah ini secara faktanya menyatakan bahawa urusan perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Ini membuktikan bahawa Kerajaan PAS di peringkat negeri kini telah berhabis daya, tenaga, dan menggunakan semaksimum mungkin ruang perundangan yang ada bagi menyekat kemungkaran ini. Segala usaha telah digembeling hingga ke titik batas kuasa (limitasi) di peringkat negeri.

6. Oleh yang demikian, memandangkan keputusan mahkamah yang memutuskan punca kuasa sebenar membasmi judi terletak pada Akta di peringkat Kerajaan Pusat, bebanan dan tanggungjawab ini kini telah beralih sepenuhnya ke atas bahu dan tangan pengundi. Seluruh umat Islam perlu menyedari bahawa undi mereka adalah penentu sama ada maksiat ini terus dilindungi oleh perundangan Persekutuan, atau berjaya dirombak sepenuhnya dari akar umbi. Mengundi dalam hal ini bukan lagi sekadar hak demokrasi, tetapi ia telah menjadi satu tuntutan tanggungjawab Syarie Amar Makruf Nahi Mungkar.

7. Berdasarkan kaedah Fiqh yang disepakati ulama:
مَا لَا يَتِمُّ الْوَاجِبُ إِلَّا بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ
"Sesuatu kewajipan (menghapuskan maksiat) yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya (kuasa politik Persekutuan melalui undi), maka ia (mengundi untuk mendapatkan kuasa itu) turut menjadi wajib."

7. Bertitik tolak dari hal ini, jelas hukumnya adalah WAJIB bagi setiap pengundi Islam untuk mengundi dan menyokong PAS serta gagasan rakan kump**annya dalam usaha mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Hanya dengan kuasa di Putrajaya, dasar, akta, dan kelulusan lesen perjudian ini dapat dinoktahkan demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Sekian.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

13 Ogos 2026 Miladi bersamaan 29 Safar 1448 Miladi

23/07/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

NEGERI SEMBILAN MEMILIH : KESEPAKATAN PARTI MELAYU-ISLAM SEBAGAI PEMANGKIN PENYATUAN UMMAH

1. ​Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan syukur, menyambut baik dan menyokong penuh langkah kesepakatan yang dibina melibatkan parti-parti terbesar Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16. Muafakat ini adalah satu perkembangan yang amat positif dalam usaha menjayakan agenda besar Penyatuan Ummah di negara ini.

2. ​Keadaan politik orang Melayu-Islam yang semakin terancam pada hari ini mendesak supaya kuasa politik ini dipertahankan dengan seutuhnya. Justeru, adalah menjadi satu kewajipan buat semua parti berteraskan Melayu dan Islam untuk mengetepikan perbezaan dan bersatu padu. Sejak kebelakangan ini, timbul pelbagai isu yang meresahkan dan membimbangkan urat nadi umat Islam, terutamanya perihal yang menyebabkan masyarakat Melayu-Islam terasa kepentingan serta kedaulatan hak mereka semakin hari semakin dicabar secara terbuka.

3. ​Umat Islam wajib mengambil iktibar daripada peringatan Allah SWT mengenai bahaya perpecahan dan kesan membiarkan musuh saling bersekutu. Hayati firman Allah SWT:
​{ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍۚ إِلَّا تَفۡعَلُوهُ تَكُن فِتۡنَةٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَفَسَادٞ كَبِيرٞ } [Surah Al-Anfāl: 73]

Maksudnya: ​"Dan orang-orang yang kafir itu, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar."

4. ​Bagi memastikan usaha ini mendapat keberkatan dan keampunan serta redha Allah SWT, kesepakatan ini perlulah didasari dengan keikhlasan yang hakiki dari semua pihak. Matlamat utama mestilah untuk memelihara kuasa politik orang Melayu-Islam daripada diancam kepupusan yang akhirnya hanya akan merugikan seluruh pihak dan generasi akan datang.

5. ​Sehubungan itu, seluruh orang Melayu-Islam khususnya para pengundi di Negeri Sembilan diseru untuk keluar menyokong penuh usaha yang murni ini. Tanpa dokongan dan undi daripada rakyat, gagasan penyatuan ini tidak akan berhasil diterjemahkan ke dalam bentuk kuasa pemerintahan.

5. ​Dewan Ulamak PAS Pusat amat percaya bahawa kesefahaman yang terjalin ini bukan sahaja relevan di peringkat negeri, malah boleh diaplikasikan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi (nasional). Ia adalah demi maslahat dan kepentingan rakyat seluruhnya bagi menolak pihak-pihak yang jelas gagal dalam urus tadbir serta lemah dari sudut tatakelola dalam menguruskan negara dan memelihara kebajikan rakyat.

6. ​Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang mengutamakan kebenaran, keadilan, dan perpaduan ini perlu terus subur dan dipertahankan. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan ini dan memenangkan perjuangan Islam.


​YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

21 Julai 2026 Miladi bersamaan 6 Safar 1448 Hijri

Kredit gambar : FMT

[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-53DEWAN ULAMA PAS NEGERI MELAKA]Dengan segala hormat dan takzimnya, Dewan Ulama PAS Neg...
23/07/2026

[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-53
DEWAN ULAMA PAS NEGERI MELAKA]

Dengan segala hormat dan takzimnya, Dewan Ulama PAS Negeri Melaka menjemput seluruh ahli, perwakilan, serta pemerhati untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Ulama Pas Negeri Melaka Kali Ke-53.

Majlis ini menjadi medan pengukuhan ukhuwah , perbincangan serta penyusunan strategi dakwah dan organisasi demi memartabatkan syiar Islam di bumi Melaka.Butiran majlis adalah seperti berikut :-

Tarikh: 26 Julai 2026
Hari : Ahad
Masa : Jam 8.30 Pagi
Tempat : Pondok Turath, Kampung Solok Gaung, Melaka

Perasmian Oleh:
Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa
(Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Sembilan)

Semoga kehadiran dan komitmen semua pihak diberkati oleh Allah SWT serta memacu kejayaan perjuangan.

16/06/2026
🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi...
16/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah.Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuhkan iman dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Marilah kita mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, memperbanyakkan amal soleh serta mengukuhkan ukhuwwah demi kesejahteraan ummah.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, rahmat dan kejayaan kepada kita semua di dunia dan akhirat.

✨ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H ✨

Tulus Ikhlas Daripada:
Dewan Ulama PAS Negeri Melaka

🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙Semoga Aidiladha kali ini menyuburkan nilai keikhlasan, pengorb...
26/05/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙

Semoga Aidiladha kali ini menyuburkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam diri kita sebagaimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Firman Allah SWT:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.”

(Surah Al-Kauthar: 2)

Marilah kita menghidupkan sunnah ibadah korban dengan penuh rasa syukur, kasih sayang serta semangat berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan.

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

Ikhlas daripada,
Dewan Ulama PAS Negeri Melaka

[PROGRAM KEMBARA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT]Program Kembara Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat anjuran Lajnah Penera...
25/05/2026

[PROGRAM KEMBARA PENERANGAN DEWAN ULAMA PAS PUSAT]

Program Kembara Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat anjuran Lajnah Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 24 Mei 2026 bertempat di bumi Melaka.

Program dimulakan dengan aktiviti ziarah Al-Malak (Pemimpin) bersama para pimpinan dan masyarakat setempat sebagai usaha mendekati rakyat antaranya Datuk Azmi bin Husin , mantan Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan lain-lain. Seterusnya, program disajikan p**a dengan Kuliah Maghrib yang menyentuh kepentingan tarbiah, penyatuan ummah dan peranan umat Islam dalam mempertahankan agama serta negara.Kemuncak program diteruskan dengan ceramah pentas politik yang menampilkan pimpinan Dewan Ulama PAS Pusat dan negeri. Ceramah tersebut memberi penjelasan berkaitan isu semasa, kepentingan siyasah Islam serta persediaan menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dan ahli PAS dari seluruh negeri Melaka. Semangat kerjasama serta komitmen para petugas berjaya memastikan kelancaran perjalanan program.

Dewan Ulama PAS Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program ini, khususnya dalam gerak kerja dan persediaan menghadapi pilihan raya yang bakal tiba. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulamak PAS Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share