Perbadanan Melaka - MCORP

Perbadanan Melaka - MCORP Perbadanan Melaka (MCORP)
(1)

05/09/2026

Sesi Townhall Anak Muda Negeri Melaka 2026. Sesi Ini Bertujuan Membincangkan idea-idea, Permasalahan Serta Mendengar Pendapat Generasi Anak Muda Khususnya Anak Melaka Bersama Pemimpin. Majlis Akan Dihadiri Oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh Dan Barisan-Barisan Exco Negeri Melaka.

Lokasi: Grandballroom MITC
Tarikh: 5 September 2026







MESYUARAT BERSAMA UTeM BERKENAAN PROJEK FAKULTI FAIX4 September 2026 - Sekitar mesyuarat bersama Universiti Teknikal Mal...
04/09/2026

MESYUARAT BERSAMA UTeM BERKENAAN PROJEK FAKULTI FAIX

4 September 2026 - Sekitar mesyuarat bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkenaan Projek Fakulti FAIX yang berlangsung di Bangunan Planetarium MITC.

Mesyuarat ini menjadi ruang perkongsian pandangan serta penyelarasan perancangan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

Semoga kerjasama ini dapat menyokong pembangunan pendidikan tinggi serta membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda di negeri Melaka.




04/09/2026

🌿 BASAHI LISAN, TENANGKAN HATI

Dalam kesibukan menjalani hari, luangkanlah seketika untuk berzikir dan mengingati Allah SWT.

Semoga setiap zikir yang dilafazkan mendekatkan hati kita kepada-Nya, menguatkan rasa syukur dan membawa ketenangan dalam kehidupan. 🀲🏻

Jom sama-sama berzikir. Mudah di lisan, semoga sentiasa menjadi amalan. ✨




04/09/2026
03/09/2026

🎸 MELAKA BILA LARUT MALAMπŸ”₯

Dah bersedia nak layan lagu-lagu Rock 90-an dan Dangdut bersama band-band kami? 🀘
Jom sing along together-gether, nyanyi sama-sama dan enjoy malam kita! 🎢πŸ”₯

πŸ“… 5 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Panggung Bangsawan Melaka
⏰ 9.00 malam – 11.00 malam
Dan paling best… tiket cuma RM10 sahaja! 😱πŸ”₯

Untuk pembelian tiket, sila transfer ke:
CIMB BANK A/C: 8606 2680 44
M CORP CORPORATE SERVICES SDN. BHD.

Dan hantar bukti pembayaran ke:
πŸ“² 017-3579147 (Hidayu) / 017-2779697 (Afifi)

Ajak geng, datang ramai-ramai, kita gegarkan Panggung Bangsawan Melaka malam nanti! 🎢🀘

Panggung Bangsawan

PERBINCANGAN KERJASAMA PEMBANGUNAN TVET PEMBINAAN NEGERI MELAKA3 September 2026 - Satu sesi perbincangan bersama Akademi...
03/09/2026

PERBINCANGAN KERJASAMA PEMBANGUNAN TVET PEMBINAAN NEGERI MELAKA

3 September 2026 - Satu sesi perbincangan bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa bidang TVET pembinaan di Negeri Melaka.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh YB Datuk Khaidirah binti Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka.

Semoga usaha ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak muda Melaka untuk memperoleh kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran serta membina kerjaya dalam sektor pembinaan.




03/09/2026

πŸ“Ή KREATIVITI & SEMANGAT PATRIOTIK WARGA MCORP!

Dari satu aras ke satu aras, masing-masing tampil dengan kreativiti dan identiti tersendiri! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom saksikan sekitar Sesi Penilaian Pertandingan Menghias Pejabat Mengikut Aras MCORP 2026, menyaksikan setiap ruang dihiasi dengan penuh warna-warni serta semangat cintakan negara.

Terima kasih dan syabas kepada semua warga kerja yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga dalam menjayakan pertandingan ini. πŸ‘πŸ»βœ¨

Sekarang tinggal satu persoalan… aras mana yang bakal bergelar juara? πŸ‘€πŸ†




02/09/2026
02/09/2026

RUANG NIAGA UNTUK DISEWA DI TAMAN MERDEKA PERMAI, MELAKA!

Sedang mencari ruang untuk mulakan atau kembangkan perniagaan? Ini mungkin lokasi yang anda cari! πŸ‘€

Dengan keluasan kira-kira 1,550 kaki persegi, ruang ini sesuai untuk dijadikan kedai, pejabat, studio, pusat latihan atau pelbagai jenis perniagaan berasaskan perkhidmatan.

πŸ“ Lokasi strategik berdekatan:
βœ… Pasaraya Econsave
βœ… Kawasan Perindustrian Batu Berendam
βœ… Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

πŸ’° Kadar sewaan bermula hanya RM700/bulan!

Nak tengok ruang dengan lebih dekat? Tonton video ini dan bayangkan sendiri potensi perniagaan anda di sini. ✨

πŸ“² Berminat? Hubungi Bahagian Hartanah MCORP
πŸ“ž 019-678 7966
☎️ 06-232 6713 / 4417




SESI PENILAIAN PERTANDINGAN MENGHIAS PEJABAT MENGIKUT ARAS MCORP 2026Semangat patriotik terus mewarnai setiap ruang di M...
02/09/2026

SESI PENILAIAN PERTANDINGAN MENGHIAS PEJABAT MENGIKUT ARAS MCORP 2026

Semangat patriotik terus mewarnai setiap ruang di MCORP! πŸ‡²πŸ‡Ύ

2 September 2026 - Sesi Penilaian Pertandingan Menghias Pejabat Mengikut Aras MCORP 2026 telah diadakan bagi menilai hasil kreativiti dan usaha warga kerja dalam menceriakan ruang pejabat dengan dekorasi bertemakan Hari Kebangsaan.

Setiap aras tampil dengan idea dan sentuhan tersendiri, daripada susunan Jalur Gemilang sehinggalah dekorasi kreatif yang menyerlahkan semangat cintakan negara.

Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja yang telah berganding bahu menceriakan ruang pejabat serta menyemarakkan lagi suasana Bulan Kebangsaan di MCORP.

Agak-agak, aras mana yang bakal dinobatkan sebagai juara? πŸ‘€πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ




Address

PERBADANAN MELAKA (MCORP), ARAS 4-11, MENARA MITC, Jalan KONVENSYEN, KOMPLEKS MITC,, MELAKA
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 07:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+6062324433

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Melaka - MCORP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Melaka - MCORP:

Shortcuts

Share