Pemuda Tangga Batu

Pemuda Tangga Batu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu
Melaka

Malam ini telah berlangsungnya Sesi Taklimat Aplikasi myUMNO yang disampaikan oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia kepada Perg...
17/08/2026

Malam ini telah berlangsungnya Sesi Taklimat Aplikasi myUMNO yang disampaikan oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia kepada Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka telah diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu.

Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan penggunaan aplikasi myUMNO sebagai platform pendigitalan gerak kerja jentera parti, khususnya dalam menghubungkan War Room Negeri dengan jentera akar umbi serta memantau pelaksanaan gerak kerja Jaga Pengundi Muda.

Semoga sesi ini dapat meningkatkan kefahaman dan kecekapan para petugas Pemuda dan Puteri dalam menggerakkan jentera di peringkat akar umbi, sekali gus memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi setiap pilihan raya.




Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu hadir dalam beberapa siri jelajah sempena Pro...
02/08/2026

Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu hadir dalam beberapa siri jelajah sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput.




Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) atas kemenangan memben...
02/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) atas kemenangan membentuk Kerajaan Negeri Sembilan hasil mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan ini dapat diterjemahkan melalui pentadbiran yang berintegriti, stabil, berwibawa serta sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah demi agama, bangsa, negeri dan negara.

Ikhlas daripada
Ahmad Yusof Rahmat
Ketua
serta seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu




Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, malam ini mengiringi YB Datuk Rais Yasin, Ke...
01/08/2026

Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu, malam ini mengiringi YB Datuk Rais Yasin, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu ke Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Paya Rumput.

Antara program yang dikunjungi ialah Program 'Night Fun Walk' Tema : Tradisional di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, Program Futsal dan Wayang Pacak Memupuk Perpaduan Bersama Komuniti di hadapan Bilik Gerakan KRT Taman Krubong Jaya serta Program Malam Irama Komuniti India yang berlangsung di Dewan PPR Krubong.

Alhamdulillah, kesemua program yang diadakan berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan sambutan dan kehadiran yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Penyertaan aktif pelbagai lapisan komuniti jelas mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kerjasama dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.




Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda ...
22/07/2026

Sdr. Ahmad Yusof Rahmat, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu bersama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tangga Batu malam ini hadir ke Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Chembong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chembong.

Perjumpaan yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj. Zaifulbahri bin Hj. Idris, Naib Ketua UMNO Bahagian Rembau merangkap Calon Barisan Nasional N26 DUN Chembong ini diadakan bagi menyelaras strategi serta memperkukuh gerak kerja jentera dalam mendekati pengundi, di samping memastikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Turut hadir sama ialah Sdr. Fasarul Md Isa, Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Tangga Batu.




Address

TANGGA BATU
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Tangga Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share