Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka,
Lot 911, KM 5 75050 Semabok Melaka. Tel : 06-2841780, Fax : 06-2827205

Semua 4 ADUN DAP Melaka umum keluar kerajaan negeri, sah jadi pembangkang.- Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong -
14/07/2026

Semua 4 ADUN DAP Melaka umum keluar kerajaan negeri, sah jadi pembangkang.

- Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong -

14/07/2026

DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri Melaka petang ini

[ AD4C: Amal Day For Charity ]Kadangkala, kebajikan tidak memerlukan pentas yang besar. Cukup dengan hadir menghulurkan ...
06/07/2026

[ AD4C: Amal Day For Charity ]

Kadangkala, kebajikan tidak memerlukan pentas yang besar.

Cukup dengan hadir menghulurkan tenaga, membersihkan persekitaran dan menceriakan sebuah rumah yang memerlukan perhatian.

Rasulullah ﷺ pernah berpesan:

وَكُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ

"Dan setiap kebaikan itu adalah satu sedekah."
(HR Imam al-Tabrani, No. 6086)

Alhamdulillah, pada 4 Julai 2026, seramai 10 anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Melaka telah menjayakan program AD4C (Amal Day For Charity) di kediaman Puan Roszilah binti Mohtar, DUN Klebang.

Antara khidmat yang dilaksanakan ialah kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan ringan dan mengecat rumah bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa dan ceria.

Semoga setiap titisan peluh yang dicurahkan menjadi amal soleh di sisi Allah SWT serta memberi manfaat kepada masyarakat.







TAHNIAH & SYABASDewan Pemuda PAS Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:YB Ustaz Afnan Hamimi Da...
06/07/2026

TAHNIAH & SYABAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

YB Ustaz Afnan Hamimi Dato' Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

atas pengurniaan Darjah Setia Sultan Sallehuddin Kedah (S.S.S.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-84.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, sumbangan dan komitmen beliau dalam memperjuangkan Islam, membela rakyat serta memimpin generasi muda dengan penuh dedikasi.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan kepada YB Ustaz Afnan Hamimi dalam memikul amanah kepimpinan demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

Memimpin

BIRTHDAY SURPRISE BABY JUN DUN MERLIMAU SANTUNI PENGUNDI BAHARU SEMPENA BULAN KELAHIRANAlhamdulillah, pada 28 Jun 2026, ...
29/06/2026

BIRTHDAY SURPRISE BABY JUN DUN MERLIMAU SANTUNI PENGUNDI BAHARU SEMPENA BULAN KELAHIRAN

Alhamdulillah, pada 28 Jun 2026, jam 9.00 pagi telah berlangsung Program Birthday Surprise Baby Jun DUN Merlimau yang menghimpunkan seramai 37 orang petugas terdiri daripada Gen Z, Dewan Pemuda PAS, Ameerah, Dewan Muslimat serta sukarelawan daripada pelbagai lapisan umur bagi menjayakan misi menyantuni Pengundi Baharu (First Time Voters) di sekitar DUN Merlimau.

Program yang bermula di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jasin dimulakan dengan sesi pendaftaran, diikuti ucapan wakil Task Force FTV Pusat, taklimat data serta taklimat operasi sebelum semua petugas bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan bagi melaksanakan ziarah.

Sepanjang program berlangsung, rombongan telah menyampaikan Hadiah Birthday Surprise kepada para Pengundi Baharu (First Time Voters) yang dilahirkan pada bulan Jun sebagai tanda penghargaan dan ingatan. Program ini bukan sekadar menyampaikan hadiah, bahkan menjadi medan mengeratkan silaturahim, menyantuni anak muda serta mendekati mereka melalui pendekatan yang mesra dan berhemah.

Program ini merupakan anjuran Urusan Task Force FTV Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Ameerah Negeri Melaka serta Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jasin. Kerjasama erat antara semua pihak ini membuktikan komitmen berterusan dalam mendekati generasi muda serta memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat melalui pendekatan kebajikan dan ziarah.

Semoga semua Baby Jun dikurniakan usia yang diberkati, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yang halal, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT. Mudah-mudahan mereka menjadi generasi yang berakhlak mulia, berjaya di dunia dan akhirat serta terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي أَعْمَارِهِمْ، وَوَسِّعْ عَلَيْهِمْ فِي أَرْزَاقِهِمْ، وَاحْفَظْهُمْ بِحِفْظِكَ، وَوَفِّقْهُمْ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، آمِينَ.

🎙️ Kupas Isu Pemuda PAS Melaka 9.0IRAN VS AHZAB MODEN:PERCATURAN KUASA BESAR MENENTANG DUNIA ISLAMKetika Iran berdepan t...
28/06/2026

🎙️ Kupas Isu Pemuda PAS Melaka 9.0
IRAN VS AHZAB MODEN:
PERCATURAN KUASA BESAR MENENTANG DUNIA ISLAM

Ketika Iran berdepan tekanan Amerika Syarikat dan sekutunya, Palestin terus dibedil, Lubnan bergolak, manakala Selat Hormuz menjadi tumpuan dunia. Adakah umat Islam sedang berhadapan dengan “Ahzab Moden” dalam bentuk baharu?

Ikuti kupasan khas mengenai perkembangan terkini konflik Asia Barat, percaturan kuasa besar dunia, serta implikasinya terhadap dunia Islam dan perjuangan Palestin.

Isnin | 29 Jun 2026
9.30 Malam
LIVE TikTok Pemuda PAS Melaka

🎙 Panel:
Mohd Zaim Irsyad
(Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia)
🎙 Moderator:
Zulhilmi Aziz
(Pengarah Jabatan Media Baru – NUMED DPPNM)

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kupasan isu semasa yang penting ini.



Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh.
26/06/2026

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperoleh.

[ SALAM TAKZIAH ]اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَDewan Pemuda PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah a...
26/06/2026

[ SALAM TAKZIAH ]

اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّآ اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum Ustaz Haji Abdul Halim Haji Maidin, seorang tokoh pendidik, pendakwah dan pejuang Islam yang banyak berjasa kepada PAS serta masyarakat di Negeri Melaka.

Almarhum pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ketua Cawangan PAS Pantai Kundor serta pernah mewakili PAS sebagai calon N12 Pantai Kundor.

Sebagai seorang pendidik, Almarhum menabur bakti di pelbagai institusi pendidikan dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali oleh Jabatan Pendidikan Melaka.

Beliau juga aktif dalam bidang koperasi, dakwah dan sukan sehingga menerima Anugerah Kualiti Guru Koperasi serta Anugerah Jurulatih Sukan Petanque Terbaik ANGKASA Kebangsaan.

Walaupun tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti, Almarhum terus istiqamah menyampaikan ilmu melalui kuliah-kuliah agama di masjid dan surau serta menjadi rujukan masyarakat setempat.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Melaka, dunia pendidikan dan medan dakwah.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan amal soleh Almarhum diterima Allah SWT serta menjadi pemberat timbangan kebaikan di akhirat kelak.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka

✨Daurah Online Bedah Kitab Haraki Rukun Al-Bai’ah Menyusun Saf Menyatu Ummah Siri 6✨Assalamualaikum wbt in shaa Allah Da...
23/06/2026

✨Daurah Online Bedah Kitab Haraki Rukun Al-Bai’ah Menyusun Saf Menyatu Ummah Siri 6✨

Assalamualaikum wbt in shaa Allah Daurah Haraki kita akan diteruskan lagi,

Maklumat Daurah seperti berikut:
🗓 Hari Jumaat | 26 Jun 2026
🕘 9.30 malam
💻 Platform Online: Google Meet (rakaman disediakan)

🎙 Panelis Jemputan:
Ustaz Azhar Yahya
(Penulis buku Menyusun Saf Menyatu Ummah)

Yuran Penyertaan:
• RM 5.00 / 1 Siri
• ⁠RM 40.00 / 10 Siri (Diskaun RM 10.00)

Kita nak bergerak dalam Jemaah, kena ada kefahaman yang jelas barulah kita boleh bergerak, bekerja untuk menangkan Agama Allah.

Jika berminat, sila hubungi:
• Ustaz Rohaizad Mohd Noh (0128006077)
• ⁠Ustaz Shahrul Malik ( 01170704800)

Semoga usaha yang baik ini, akan berikan kita kefahaman yang jelas tentang perkara ini In shaa Allah





Address

Pejabat Per
Malacca City
75400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka - DPPNM:

Shortcuts

Share