16/03/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐
MELAKA, 16 Mac 2026 - Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa sempena Hari Ulang Tahun (HUT) pasukan yang ke-53 bertempat di Dewan Siti Hajar. Penganjuran majlis ini merupakan salah satu pengisian aktiviti tahunan pasukan dalam usaha memupuk semangat kebersamaan, memperkukuhkan hubungan silaturahim serta menghargai sumbangan seluruh warga pasukan.
Majlis dimulakan dengan acara simbolik pemotongan pulut kuning sebagai tanda kesyukuran di atas pencapaian serta perjalanan pasukan sepanjang 53 tahun penubuhannya. Acara tersebut turut menjadi lambang kebanggaan warga batalion terhadap sejarah, tradisi serta warisan kecemerlangan pasukan.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada para pekerja awam sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam membantu kelancaran pentadbiran serta pengurusan pasukan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Yusrin Azuan bin Abdul Aziz, bersama para pegawai, anggota lain-lain pangkat serta warga awam pasukan. Kehadiran seluruh warga pasukan mencerminkan semangat ๐๐ช๐ณ๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ฏ๐ฆ ๐๐ณ๐ฐ๐ต๐ฉ๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ฐ๐ฐ๐ฅ, disiplin serta kesepaduan yang menjadi tunjang kekuatan organisasi.
Majlis diteruskan dengan acara berbuka puasa secara berjemaah dalam suasana harmoni dan penuh ukhuwah. Program seumpama ini dilihat mampu memperkukuhkan nilai kebersamaan serta memantapkan semangat kekitaan dalam kalangan warga pasukan selaras dengan aspirasi Tentera Darat Malaysia yang menekankan profesionalisme, kesiapsiagaan serta kesejahteraan warga tentera.
Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini telah berjaya mencapai objektif dalam memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), seterusnya menyokong usaha berterusan dalam mengekalkan kecemerlangan dan kesiapsiagaan pasukan.