Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru

Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru, Government Organization, Malacca, Malacca City.

Berita baik buat warga Felda. Permohonan bagi kemasukan murid Tingkatan 1 Sesi 2013 ke Asrama Semai Bakti Felda boleh di...
16/10/2012

Berita baik buat warga Felda. Permohonan bagi kemasukan murid Tingkatan 1 Sesi 2013 ke Asrama Semai Bakti Felda boleh dilakukan secara online. Bagi pemohon-pemohon yang berminat boleh melayari laman web http://asbonline.felda.net.my bagi membuat permohonan. Bersama-sama kita meningkatkan ilmu pendidikan anak-anak kita bagi memastikan mereka mendapat permulaan yang baik dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

11/09/2012

Bengkel Belanjawan Jabatan Inovasi & Pembangunan Generasi Baharu Felda

Bermula hari ini, 11 September dan 12 September 2012, bengkel belanjawan akan dijalankan bertempat di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan bagi membincangkan Bajet 2013 Jabatan Inovasi & Pembangunan Generasi Baharu dan setiap unit akan membentangkan bajet unit masing-masing.
Kehadiran adalah diwajibkan.

10/09/2012

Peneroka Terawal Bidas Pihak Tohmah Penyenaraian FGV

BENTONG - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Malaysia sejak dua bulan lalu akhirnya menutup mulut pembangkang yang sebelum ini cuba menggagalkan usaha tersebut dengan dakwaan kononnya ia menyebabkan tanah milik peneroka tergadai dan masa depan mereka gelap.

Walaupun terdapat segelintir peneroka terutama yang menyokong parti pembangkang termakan hasutan fitnah tersebut, secara keseluruhannya para peneroka menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan itu.

Beberapa peneroka Felda Lurah Bilut, tanah rancangan pertama yang dibuka pada 1956 ketika ditemui baru-baru ini melahirkan rasa bersyukur kerana tohmahan oleh parti pembangkang terhadap FGV ternyata tidak benar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Kamaruddin Mat Doa, 73, berkata, sehingga hari ini tiada seinci pun tanah milik peneroka yang diambil oleh Felda untuk pajakan setelah FGV disenaraikan.

Katanya, ini membuktikan kerajaan tidak akan menggadaikan kehidupan para peneroka semata-mata untuk membolehkan FGV disenaraikan di bursa saham.

''Sehingga hari ini, geran tanah seluas 4.1 hektar masih ada dalam simpanan kami dan tidak ada pegawai Felda yang datang untuk mengambil geran tanah kami bagi digadaikan seperti yang dakwa oleh pembangkang.

''Walaupun kehidupan kami di peringkat awal semasa meneroka tanah rancangan ini menempuh pelbagai kesukaran, kehidupan kami bertambah baik dari semasa ke semasa seperti yang kami nikmati hari ini.

Seorang lagi peneroka, Abdullah Abbas, 76, yang berasal dari Kampung Serandu, Pekan berkata, usaha kerajaan menyenaraikan FGV sepatutnya disokong semua pihak termasuk pembangkang kerana ia membawa kebaikan bukan sahaja kepada peneroka tetapi seluruh rakyat.

''Pembangkang kata tanah kami akan tergadai tetapi saya sejak awal-awal lagi sudah agak, ini mainan politik mereka dan bukannya untuk melihat kami menikmati hidup lebih senang," katanya.

Bagi M. Kalaimuthu, 73, penyenaraian FGV membawa satu lagi sinar baru dalam kehidupan para peneroka Felda.

"Selain hasil ladang, pendapatan kami juga akan bertambah apabila menikmati dividen hasil penyenaraian FGV setiap hujung tahun selain pemberian bonus dan insentif hasil ladang.

Sumber: www.utusan.com.my

Bersama-sama kita renungkan.
09/08/2012

Bersama-sama kita renungkan.

09/08/2012

Assalamualaikum dan salam 1Felda,

Alhamdulillah pada hari ini genap 20 hari kita telah melalui ibadah puasa. Ramadhan semakin berlalu, Syawal kian mendatang. Cukupkah ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini? Di sepuluh malam terakhir ini terdapat satu malam yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam iaitu malam Lailatul Qadar.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?
Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: "...sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu." (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Marilah kita bersama-sama menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Sumber: http://www.islah.edu.my

09/08/2012

Anak peneroka disaran masuk kolej Felda

Anak peneroka disaran merebut peluang melanjutkan pendidikan dalam bidang kemahiran di Kolej Yayasan Felda di Feldajaya Selatan, dekat sini, bagi dijadikan nilai tambah terhadap kemahiran dan bakat sedia ada.

Pengurus kolej berkenaan, Ishak Osman berkata, kegagalan anak peneroka mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak bermakna mereka perlu terus melupakan hasrat menyambung pelajaran.

"Tempoh pengajian yang ditawarkan di sini amat pendek iaitu hanya selama enam bulan bagi sijil tahap satu seterusnya mereka boleh meneruskan pengajian sehingga ke tahap dua.

"Tambahan p**a, kita mempunyai ramai tenaga pengajar yang terlatih dan ramai pelajar yang menuntut di sini sudah berjaya termasuk yang membuka perniagaan sendiri," katanya di sini baru-baru ini.

Jelas Ishak, antara kelebihan yang ditawarkan kolej tersebut ialah pelajar tidak akan dibebankan dengan kos pengajian yang tinggi.

"Mereka hanya perlu membayar RM100 sahaja pada hari pendaftaran. Tiada sebarang yuran dikenakan, malah mereka turut mendapat penginapan secara percuma.

"Untuk lulus dalam pelajaran p**a pelajar dikehendaki menjalani sesi amali yang meliputi markah sebanyak 60 peratus, manakala 40 peratus membabitkan latihan teori," katanya.

Tambahnya, buat masa ini, kolej tersebut hanya menawarkan dua kursus iaitu dandanan rambut serta jahitan yang dibuka khas untuk lelaki dan wanita.

sumber: www.utusan.com.my

25/07/2012

Belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat melakukan ibadah puasa kepada semua warga Felda. Semoga diberi kekuatan untuk menambah amalan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)

Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

1. Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita p**a banyakkan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
3. Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
8. Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:
“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

Sumber: www.ptk.jpnkedah.net

Felda sekali lagi melakar sejarah dengan termaterainya Memorandun Perjanjian (MoA) di antara Felda dengan Universiti Put...
19/07/2012

Felda sekali lagi melakar sejarah dengan termaterainya Memorandun Perjanjian (MoA) di antara Felda dengan Universiti Putra Malaysia pada 19 Julai 2012 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM. Memorandum persefahaman ini ditandatangani bagi memperkasa dan memartabatkan lagi pembangunan modal insan dalam aspek pendidikan tertiari, pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Kerjasama ini akan membawa faedah bersama dalam pelbagai perkara yang telah dipersetujui. Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Faizoull Ahmad, menanadatangani perjanjian bagi pihak Felda manakala UPM diwakili oleh Pengarah Urusan UPM Holding, Dr. Husaini Omar dan disaksikan oleh Pengerusi Felda Yb. Tan Sri Mohd. Isa bin Dato' Hj. Abd. Samad dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM.

Pada 14-15 Julai 2012 telah berlangsungnnya program Hari Keluarga Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda ...
17/07/2012

Pada 14-15 Julai 2012 telah berlangsungnnya program Hari Keluarga Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda yang dikelolakan oleh Badan Kebajikan Staff Inovasi Felda (BAKSIF) bertempat di Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Program ini yang bertemakan Malam Inovasi Retro 60/70'an telah disertai seramai 150 orang yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga daripada Jabatan Inovasi Felda.Pelbagai acara telah berjaya dijalankan bagi menjayakan hari keluarga ini. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang program ini:

Unit Sahsiah dan Pendidikan akan menganjurkan program Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran di semuarancangan dengan meli...
13/07/2012

Unit Sahsiah dan Pendidikan akan menganjurkan program Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran di semua
rancangan dengan melibatkan generasi baharu ( belia/wanis ) ditanah rancangan pada bulan Ramadhan yang akan
menjelang beberapa hari lagi. Semoga bulan Ramadhan ini dapat dipenuhi dengan ibadat untuk bekalan masa hadapan kelak.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program, sila hubungi Ust. Safie Muda di talian 03-26172617:4014

Unit Sahsiah dan Pendidikan akan mengadakan Kursus Profesionalisma Imam Muda FELDA peringkat kebangsaan yang melibatkan ...
13/07/2012

Unit Sahsiah dan Pendidikan akan mengadakan Kursus Profesionalisma Imam Muda FELDA peringkat kebangsaan yang melibatkan serama 100 orang bakal-bakal Imam
pelapis dari kalangan generasi baharu Felda dari seluruh Negara.
Kerjsama JAKIM dan FELDA kali ke 3 ini, di
jalankan khusus bagi melahirkan imam-imam muda yang terlatih dan memililki ilmu keagamaan sebagi ulul albab.

Kursus ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 18 - 20 Oktober 2012
Tempat: Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM )Bangi.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program, sila hubungi Ust. Safie Muda di talian 03-26172617:4014

Address

Malacca
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share