15/01/2024
SISTEM E-REPORTING PDRM
http://ereporting.rmp.gov.my/index.aspx
Sistem e-Reporting PDRM adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.
Sistem e-Reporting ini adalah terhad kepada Warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dan hendaklah mendaftar dalam sistem ini serta boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang mempunyai capaian talian internet.
Jenis aduan e-Reporting:-
1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.
2. HIlang/Tercicir Lesen Memandu.
3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.
4. Hilang Telefon Bimbit.
5. Hilang Komputer Riba (Laptop).
6. Hilang Cukai Jalan.
7. Pembantu Rumah Lari - Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.
8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.
Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang-barang yang tidak berkait dengan kesalahan jenayah sahaja.