Tentera Kita

Tentera Kita Marilah Bersama Kami Menyokong Angkatan Tentera Malaysia

PEMODENAN ASET, PERKUKUH KEDAULATAN NEGARA ✈️Pengoperasian pesawat ANKA-S menandakan satu lagi langkah penting dalam pem...
05/09/2026

PEMODENAN ASET, PERKUKUH KEDAULATAN NEGARA ✈️

Pengoperasian pesawat ANKA-S menandakan satu lagi langkah penting dalam pemodenan TUDM.

Pesawat tanpa pemandu ini mempertingkatkan keupayaan pemantauan, perisikan dan peninjauan bagi memastikan kepentingan strategik negara terus terpelihara.

Dengan aset baharu ini, TUDM lebih bersedia menghadapi cabaran keselamatan semasa dan masa hadapan.

MEMBINA BAKAT, PERKASA ANGKATAN MASA HADAPAN 🎖️Khabar baik untuk PALAPES!Mulai tahun 2026, calon PALAPES yang masih akti...
05/09/2026

MEMBINA BAKAT, PERKASA ANGKATAN MASA HADAPAN 🎖️

Khabar baik untuk PALAPES!

Mulai tahun 2026, calon PALAPES yang masih aktif akan diberikan pengecualian daripada menduduki beberapa ujian tertentu semasa proses pemilihan ke dalam ATM.

Ini selaras dengan Perintah Majlis Angkatan Tentera Siri 9/2025 yang turut merangkumi:
1. Pengecualian ujian tertentu
2. Peluang pertugasan sepenuh masa
3. Tempoh khidmat & pangkat boleh diambil kira

Langkah ini membuktikan komitmen MINDEF dalam menghargai pengorbanan dan membina pelapis kepimpinan tentera yang berkualiti untuk Angkatan Masa Hadapan.

Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan

05/09/2026

Jedag Jedug Mode = OFF. 🇲🇾🔥
Malaysian Special Forces Mode = ON. 🫡

Siap siaga, langkah penuh bergaya menuju Perbarisan Hari Kebangsaan!

Bukan sekadar perarakan, tetapi lambang keberanian, disiplin dan semangat patriotik. 🇲🇾

DI BAWAH PERMUKAAN, ADA AMANAH BESAR ⚓Ketahanan mental, disiplin dan pengorbanan menjadi kekuatan kru kapal selam TLDM.S...
04/09/2026

DI BAWAH PERMUKAAN, ADA AMANAH BESAR ⚓

Ketahanan mental, disiplin dan pengorbanan menjadi kekuatan kru kapal selam TLDM.

SENYAP BUKAN BERERTI TIADA.
Tidak semua perjuangan dapat dilihat, tetapi setiap pengorbanan tetap bernilai.

Mereka berkhidmat dalam diam, kita hidup dalam keamanan.
Terima kasih kepada wira-wira bawah laut yang terus menjaga kedaulatan perairan negara.

PERPADUAN BENTENG KEKUATAN NEGARA 🇲🇾"Tanggungjawab kita bukan sahaja mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman l...
04/09/2026

PERPADUAN BENTENG KEKUATAN NEGARA 🇲🇾

"Tanggungjawab kita bukan sahaja mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar, tetapi juga memelihara perpaduan, keamanan, keharmonian dan nilai-nilai yang menjadi kekuatan Malaysia"

Perpaduan adalah asas kepada kedaulatan. Selagi rakyat bersatu dan harmoni, selagi itulah negara kita akan terus teguh dan berdaulat.

04/09/2026

Bukan sekadar berarak, tetapi membawa nama dan maruah pasukan. 🇲🇾

Langkah tegap, jiwa kental. Anggota GGK terus menjadi simbol keberanian dan pengorbanan demi tanah air tercinta. 🫡🔥

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia! 🇲🇾

JATI DIRI KUKUH, NEGARA TEGUH 🇲🇾CIMIC - Civil Military Cooperation merupakan salah satu strategi penting ATM dan Kemente...
03/09/2026

JATI DIRI KUKUH, NEGARA TEGUH 🇲🇾

CIMIC - Civil Military Cooperation merupakan salah satu strategi penting ATM dan Kementerian Pertahanan dalam mendekatkan jurang antara tentera dan rakyat.

Menurut YB Dato' Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia, apabila rakyat mempunyai kesedaran tinggi dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah atau provokasi, maka jati diri dan patriotisme akan menjadi lebih kukuh.

Aktiviti bersama masyarakat sebegini bukan sekadar pameran aset, tetapi membina kepercayaan, kefahaman dan semangat cinta akan negara.

Kemungkinan ramai tak perasan bahawa semasa  pembarisan hari kemerdekaan tahun ini , Tentera Laut Diraja Malaysia secara...
02/09/2026

Kemungkinan ramai tak perasan bahawa semasa pembarisan hari kemerdekaan tahun ini , Tentera Laut Diraja Malaysia secara rasminya memperkenalkan uniform loreng baru mereka

Ya ,uniform baru Tentera Laut Diraja Malaysia agak serupa dengan uniform loreng Tentera Udara Diraja Malaysia

KENANGAN MENGUSIK JIWA: SERAGAM LATIHAN JASMANI MASA LALUKalau generasi askar hari ini melihat pakaian PT (Physical Trai...
02/09/2026

KENANGAN MENGUSIK JIWA: SERAGAM LATIHAN JASMANI MASA LALU

Kalau generasi askar hari ini melihat pakaian PT (Physical Training) zaman dulu, besar kemungkinan mereka akn ketawa dahulu sblm sempat hormat. Bkn kerana lucu orangnya tetapi kerana uniformnya mmg serba ringkas hingga nampak spt "fesyen darurat."

Seluar pendek biru 'budak sekolah kebangsaan' ... pendeknya mmg pendek. Kalau duduk mencangkung sedikit, terus terasa angin pagi menyapa tempat yg tidak sepatutnya. Dipadankan p**a dgn T-shirt hijau berkain kasar. Kainnya bkn jenis menyerap peluh tetapi lebih kpd menyimpan segala hasil peluh utk dibawa balik ke berek.

Di kaki p**a tersarung stokin bulu kelabu paras betis. Masa mula fall-in, stokin berdiri megah. Baru berlari satu kilometer, ia mula melurut perlahan-lahan. Dua kilometer kemudian, sebelah di betis, sebelah lagi sudah berlabuh di buku lali. Kalau jurulatih nampak, alamat kena berhenti & tarik balik stokin sambil terus berlari.

Kemuncaknya ialah kasut sukan kanvas putih berjenama BATA rasanya. Putih asalnya mmg cantik tetapi dlm tentera, kasut putih ibarat musuh disiplin. Maka setiap mlm, kasut itu dikiwi-hitam legam sehingga hilang terus identiti asalnya. Entah kasut sukan, entah kasut sekolah; semuanya sama warna. Yg penting, berkilat & lulus pemeriksaan. Tidak boleh dilupa adalah "lapisan keselamatan" terakhir... seluar 'spender' hijau tentera. Tiada warna-warni, tiada corak, tiada jenama utk dibanggakan. Hijau dari luar sampai ke dlm. Mmg menepati konsep penyamaran sepenuhnya.

Di atas kepala p**a hanya tinggal rambut gunting No 1. Dari jauh, satu platun kelihatan spt sekump**an mentol lampu sdg berjoging. Bila matahari naik, kepala masing-masing mula berkilat memantul cahaya. Kalau burung lalu di atas, mungkin sangka deretan batu sungai yg baru dibasuh hujan.

Namun, di sebalik kesederhanaan itu, pakaian PT inilah yg menempa ribuan anggota menjadi askar sebenar. Dgn uniform itulah mereka berlari lima batu, merangkak, membuat tekan tubi, bangkit tubi, star-jump & berkawad tanpa b*k soal.

Anehnya, ketika memakainya dahulu, ramai yg merungut. Malu kononnya. Tetapi hari ini, apabila melihat semula gambar lama, seragam itulah yg paling mengusik hati & nostalgik. Bkn kerana cantik, jauh sekali bergaya tetapi kerana setiap helaian kain itu menyimpan kenangan persahabatan, semangat setiakawan & zaman muda yg tidak mungkin berulang.

Hari ini pakaian PT jauh lebih moden, lebih bergaya, berseluar trek panjang, ber T-Shirt serap peluh, lebih selesa & berteknologi tinggi. Tetapi percayalah... kalau disuruh memilih antara baju PT baharu dgn kenangan memakai seluar pendek hijau, T-shirt jaring, stokin melurut & kasut BATA hitam berkiwi itu, ramai veteran akn tersenyum lalu berkata...

"Uniformnya memang dhaif... tetapi semangat yg memakainya, bertaraf kelas pertama."

Salute kpd warga yg pernah melaluinya.....

******

CnP
Tuan Mohd Nordin TPK

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tentera Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tentera Kita:

Shortcuts

Share