Jabatan Perancang Bandar MPHTJ

Jabatan Perancang Bandar MPHTJ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perancang Bandar MPHTJ, Government Organization, MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA, Malacca City.

09/12/2022
HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA.'Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Had...
28/11/2022

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA.
'Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan'

Sponsorship Announcement for HPBS 2022 Melaka Main Event, ZOOMANJI !!!

Come join us.

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA.
'Malaysia Berdaya Huni : Transformasi Bandar Masa Hadapan'

Sponsorship Announcement for HPBS 2022 Melaka Main Event, ZOOMANJI !!!

NKS Group
PB Realty
Kuala Linggi International Port
Prasarana Pesona
Far East Melaka

Come join us.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar
Zoo Melaka & Taman Burung
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis Perbandaran Jasin
Majlis Perbandaran Alor Gajah
Jab Perancangan Bandar Mpag
Zaidi Attan
Aktiviti Datuk Zaidi Attan

MPHTJ DINOBAT ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2022.Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anug...
08/11/2022

MPHTJ DINOBAT ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2022.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Mampan Kategori Perbandaran bagi Tahun 2021.

Anugerah itu merupakan usaha pembangunan persekitaran kehidupan yang mampan khususnya melibatkan dalam kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya.

MPHTJ antara 127 Pihak Berkuasa Tempatan dalam Malaysia yang menyertai anugerah tersebut, sekaligus diiktiraf sebagai PBT Perbandaran Paling Mampan di Malaysia. MPHTJ mendapat tempat Ketiga dengan menerima wang tunai berjumlah RM3,000, trofi dan sijil penghargaan.

Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Peringkat Kebangsaan itu telah di sempurnakan oleh Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun 2022 di Putrajaya di sini, hari ini.

Terdahulu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Atan telah menerima anugerah berkenaan dengan diiringi bersama Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah KEPADA Yang Dipertua dan seluruh pasukan Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di atas gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan sehingga berjayanya mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pengukuran Bandar Mampan di Malaysia dilaksanakan berasaskan kerangka MURNInets yang mengandungi 5 strategi, 6 dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk yang dibentuk berdasarkan dasar pembangunan utama Negara berkaitan dengan ekonomi, sosial dan fizikal.

Pelaksanaan MURNInets ini turut disertai kira-kira 127 Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan di Malaysia yang dipilih atas penilaian Bandar mampan. Manakala sebanyak 94 penyertaan p**a, diterima melalui kategori individu, komuniti dan PBT untuk Anugerah Kejiranan Hijau.





PUTRAJAYA 8 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bandar Mampan Kategori Perbandaran bagi Tahun

Terima Kasih Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka kerana memberi ruang dan peluang buat Majlis Perbandaran H...
12/09/2022

Terima Kasih Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka kerana memberi ruang dan peluang buat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar membentangkan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2022 di peringkat separuh akhir bg projek Pembangunan Semula Dataran Sejarah sebagai Destinasi Utama Zon Pelancongan Ayer Keroh. Inisiatif hasil daripada projek QUICK WIN Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh ini mempunyai dua objektif utama iaitu :

1. Pembangunan lanskap serta elemen ‘instaworthy’ dapat memberikan Imej Baru di Dataran Sejarah.
2. Mewujudkan industri hiliran yang dikenali sebagai ‘Leypark Station bagi menjana sumber pendapatan baru buat peniaga dan MPHTJ secara amnya.

Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Badaruddin Bin Mohd Kasim , Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta panel daripada ICU Putrajaya, ICU Melaka, UPEN serta Pejabat Kewangan Negeri Melaka.

Pembangunan yang dibuat melalui peruntukkan MPHTJ ini dilihat dapat memberikan impak yg positif terutama kepada penduduk Melaka, pelancong, dan peniaga khususnya.



22/03/2022

PENCAPAIAN BANDAR BAHAGIA MALAYSIA 2021
Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua PBT yang terlibat dan TERIMA KASIH kepada masyarakat setempat yang telah merasa BAHAGIA dengan bandar anda.
Semoga kita semua dapat mengekalkan rasa BAHAGIA, sentiasa TENANG, BERHEMAH dan TERUS SALING MEMBANTU demi MALAYSIA tercinta.
ANDA penentu KEBAHAGIAAN bandar. Jom sama-sama kita mengambil bahagian dalam Soal Selidik Indeks Kebahagiaan 2022. Hubungi PBT di tempat anda untuk maklumat lanjut.






22/11/2021

Setinggi-tinggi tahniah kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar di (MPHTJ) atas kejayaan menerima penghargaan tempat kedua Bandar Mampan 2021 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, baru-baru ini.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Datuk Shadan Othman, Yang Dipertua MPHTJ serta warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di atas komitmen dan perkhidmatan cemerlang bagi memacu aspirasi sebuah perbandaran yang lestari.

Saya dimaklumkan, pengukuran Bandar Mampan di Malaysia dilaksanakan berasaskan kerangka MURNInets yang mengandungi 5 strategi, 6 dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk yang dibentuk berdasarkan dasar pembangunan utama Negara berkaitan dengan ekonomi, sosial dan fizikal. Tahniah sekali lagi.




09/11/2021

Syukur kehadrat illahi diatas segala nikmat yang diberikan..Tahniah buat MPHTJ.

09/11/2021

Siapakah yang bakal memenangi Anugerah Kejiranan Hijau dan Penghargaan Bandar Mampan pada tahun ini?

Penantian akan terjawab pada hari ini 9 November 2021 ini.

Saksikan pengumuman yang akan disampaikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara langsung di Facebook PLANMalaysia & melalui Program City Ekspo Malaysia (CEM 2021), Hall 3, pada 9 November 2021 (Selasa) jam 12.30 tengah hari.

Nantikan ya!




KPKT Malaysia

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PDG Corporation Sdn Bhd yang telah menjayakan salah satu Pelan Tindakan Pembangunan d...
07/10/2021

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PDG Corporation Sdn Bhd yang telah menjayakan salah satu Pelan Tindakan Pembangunan di dalam Rancangan Kawasan Khas Zon Pelancongan Ayer Keroh iaitu Cadangan Menaiktaraf Pintu Masuk 1 Taman Botanikal secara Corporate Social Responsibility (CSR).

Majlis serahan penghargaan ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua Datuk Shadan Bin Hj. Othman kepada Datuk Seri Gwee Yew Kiat, Managing Director of PDG Corporation yang membantu dalam pembangunan dan kesejahteraan kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya.

Shadan Othman
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar
Mohd Azhar
PDG Property Sdn Bhd

Pendekatan Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ dalam memahami penilaian impak sosial dalam pembangunan semasa dan akan dat...
28/08/2021

Pendekatan Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ dalam memahami penilaian impak sosial dalam pembangunan semasa dan akan datang serta kesesuaian Sosial Impact Assessment (SIA) tersebut mengikut projek dan permohonan kebenaran merancang yang diterima.

Laporan SIA ini juga merupakan salah satu indikator dalam pertimbangan kelulusan kebenaran merancang.

Untuk makluman Laporan SIA disediakan dalam tiga (3) kategori iaitu:

Kategori satu (1)
• Penebusgunaan pinggir laut.
• Infrastruktur utama negara.
• Infrastruktur yg lain berkepentingan negara.

Kategori Dua (2)
• Pembangunan pembandaran baru.
• Infrastruktur utama selain Kategori Satu (1).
• Pembangunan puncak dan lereng bukit.

Kategori Tiga (3)
• Pembangunan yg memberi impak sosial ketara yg ditentukan oleh PBN & PBT.

Bagi konteks pembangunan dalam kawasan MPHTJ akan dikenakan syarat keperluan SIA dan AIS di dalam LCP selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 (Akta A1522).

Berhubung dengan keperluan dalam pemahaman dan mendalami isu impak sosial dalam perancangan pembangunan sejagat, pihak Jabatan Perancang Bandar MPHTJ mengambil pendekatan dengan menyertai webinar SIA yang dianjurkan oleh PLANMalaysia@Selangor yang diadakan baru-baru ini.

TERIMA KASIH Kerajaan Negeri Melaka !Urban Reforestation Sg. Putat merupakan salah satu pembangunan yang telah mendapat ...
02/07/2021

TERIMA KASIH Kerajaan Negeri Melaka !

Urban Reforestation Sg. Putat merupakan salah satu pembangunan yang telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkasakan Sustainable Development Goals.

Urban Reforestation Sg. Putat ini juga merupakan salah satu inisiatif MPHTJ menggantikan semula hutan dengan penanaman spesies pokok-pokok hutan secara terancang dan sistematik selain menjadikan ia sebagai salah satu tempat atau kawasan rekreasi baru di dalam pentadbiran MPHTJ.

Satu pembentangan khas dan penilaian akhir bagi Anugerah Projek Terbaik Negeri Melaka telah diadakan pada hari ini mengenai kejayaan dan progres semasa Urban Reforestation Sg. Putat. Sehubungan dengan itu, MPHTJ berharap pembangunan ini mendapat sokongan padu dari Kerajaan Negeri Melaka dan masyarakat setempat dalam memberi kelangsungan pembangunan ini pada masa hadapan.

Kerajaan Negeri Melaka
Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka
Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO)
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar





SENARAI PENDEK ANUGERAH PROJEK/PROGRAM TERBAIK NEGERI MELAKA TAHUN 2020. Tahniah diucapkan kepada semua Finalist Anugera...
15/06/2021

SENARAI PENDEK ANUGERAH PROJEK/PROGRAM TERBAIK NEGERI MELAKA TAHUN 2020.

Tahniah diucapkan kepada semua Finalist Anugerah Projek / Program Terbaik Negeri Melaka Bagi Tahun 2020 yang diurusetiakan oleh Pihak Melaka Implementation Monitoring Office (MIMO) atau Pejabat Pelaksanaan dan Pemantauan Melaka.
Semua finalist akan membentangkan perlaksanaan projek/program kepada Jawatankuasa Penilaian Anugerah Projek / Program (JKPAPP) pada 30 Jun 2021 hingga 2 Julai 2021.
Selamat Maju Jaya kepada semua Jabatan yang terlibat.
Kerajaan Negeri Melaka
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya - Bandaraya Pintar
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin Official
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
Perbadanan Muzium Melaka
Badan Kawal Selia Air Melaka
PLANMalaysia Melaka
Jabatan Perikanan Negeri Melaka





Address

MAJLIS PERBANDARAN HANG TUAH JAYA
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062323773

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perancang Bandar MPHTJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perancang Bandar MPHTJ:

Share