Muzium Penjara Malaysia

Muzium Penjara Malaysia Dibina pada tahun 1860 oleh Colonel Cavenagh Gavenor.

Muzium Penjara Malaysia Melaka dirasmikan pada 20 November 2014 oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai

PELAKSANAAN KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN NEGERI MELAKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN TAHUN 202631 Ogos 2026 ( Isnin ) ...
01/09/2026

PELAKSANAAN KEMASUKAN PERCUMA PRODUK PELANCONGAN NEGERI MELAKA SEMPENA HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026

31 Ogos 2026 ( Isnin ) Muzium Penjara Malaysia telah menyertai Program Pelaksanaan Kemasukan Percuma Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026. Program ini dilaksanakan selaras dengan seruan Kerajaan Negeri Melaka untuk meneruskan inisiatif menawarkan kemasukan percuma ke destinasi dan produk pelancongan utama di Negeri Melaka sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung antaranya Simulasi Sebat Rotan, Aktiviti Mewarna, Permainan Tradisional serta pelbagai aktiviti lagi.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dengan jumlah keseluruhan 4,350 orang pengunjung, terdiri daripada:

* Warganegara Dewasa: 3,118 orang
* Warganegara Kanak-kanak: 1,209 orang
* Warga Asing Dewasa: 23 orang
* Warga Asing Kanak-kanak: 0 orang

Jumlah Keseluruhan: 4,350 orang

Sambutan yang menggalakkan ini jelas menunjukkan minat masyarakat terhadap produk pelancongan berasaskan sejarah dan warisan serta membuktikan bahawa Muzium Penjara Malaysia terus menjadi salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh pengunjung dalam dan luar negara.






SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Muzium Penjara Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 ...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Muzium Penjara Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam sanubari, menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang menghargai sejarah, memelihara warisan dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih harmoni, sejahtera dan gemilang.

Hayatilah erti kemerdekaan dengan mengenang jasa serta pengorbanan para pejuang terdahulu. Sejarah menjadi akar, warisan menjadi identiti, dan perpaduan menjadi kekuatan kita.

Ayuh kita terus menyemarakkan semangat Malaysia MADANI demi negara tercinta.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati."

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾





🎭 JOM KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA! 🔗Saksikan persembahan teater “TALI TERAKHIR” oleh Grup Teater Penjara Malaysia  sebuah...
28/08/2026

🎭 JOM KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA! 🔗

Saksikan persembahan teater “TALI TERAKHIR” oleh Grup Teater Penjara Malaysia sebuah kisah benar yang sarat dengan emosi, sejarah dan realiti kehidupan di sebalik tembok penjara.

✨ EKSKLUSIF HANYA DI MUZIUM PENJARA MALAYSIA! ✨

📅 : 03 – 06 September 2026
⏰ : 11.00 pagi & 3.00 petang
📍 : BlackBox, Muzium Penjara Malaysia

🎭 TALI TERAKHIR
Bukan sekadar sebuah persembahan… tetapi kisah benar yang bakal menyentuh hati dan membuka mata.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah ini secara langsung!

Jom hadir beramai-ramai ke Muzium Penjara Malaysia!
🔥 Anda berani menyaksikan kisah sebenar di sebalik “TALI TERAKHIR”?





28/08/2026

📢 JOM KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA SEMPENA CUTI SEKOLAH

Sempena CUTI SEKOLAH, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Muzium Penjara Malaysia.
🎉 Penyertaan adalah PERCUMA. Terbuka kepada Kanak-Kanak & Dewasa!

🎨 Pertandingan Mewarna
🎲 Permainan Tradisional: Congkak, Batu Seremban, Carrom & Dam Haji
📦 Kit DIY

📅 : 29 OGOS – 06 SEPT 2026
🕒 : 10.30 AM - 3.00 PM
📍 : MUZIUM PENJARA MALAYSIA, MELAKA.

Eksklusif hanya di Muzium Penjara Malaysia

Mana Lagi???
Melaka Lerrr...






SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026Muzium Penjara Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026

Muzium Penjara Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak mulia, sifat kasih sayang, kesabaran dan keadilan yang Baginda tunjukkan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita terus menghayati dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah al-Ahzab: 21)





PROGRAM CITRA NUSA MUZIUM: FIESTA UNITI@MUZIUM ADATPada 22 dan 23 Ogos 2026 (Sabtu dan Ahad), telah berlangsung Program ...
24/08/2026

PROGRAM CITRA NUSA MUZIUM: FIESTA UNITI@MUZIUM ADAT

Pada 22 dan 23 Ogos 2026 (Sabtu dan Ahad), telah berlangsung Program Citra Nusa Muzium: Fiesta Uniti@Muzium Adat bertempat di Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan. Program yang berlangsung seawal 7.30 pagi hingga 11.30 malam ini menampilkan pelbagai aktiviti berkaitan kebudayaan, warisan, kesenian serta pameran daripada pelbagai agensi.

Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Razali bin Abu Samah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Sembilan.

Muzium Penjara Malaysia turut dijemput menyertai pameran sempena program tersebut. Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan fungsi, peranan serta sejarah institusi penjara di Malaysia kepada masyarakat, di samping memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai usaha pemulihan, pemasyarakatan dan pendidikan semula yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Reruai, jualan produk usahawan, persembahan kesenian dan kebudayaan, demonstrasi, persembahan artis popular serta pelbagai aktiviti lain yang menarik.

Lebih membanggakan, Muzium Penjara Malaysia telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Reruai 2026. Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha, kreativiti dan komitmen warga Muzium Penjara Malaysia dalam menghasilkan reruai pameran yang menarik, informatif serta mampu memberikan pengalaman bermakna kepada para pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Muzium Adat, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Citra Nusa Muzium: Fiesta Uniti@Muzium Adat 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Muzium Penjara Malaysia atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Reruai 2026! 🇲🇾🏆





21/08/2026

JOM KE BOOTH MUZIUM PENJARA MALAYSIA SEMPENA FIESTA UNITI @ MUZIUM ADAT

Jom beramai-ramai ke Booth Muzium Penjara Malaysia sempena Fiesta Uniti @ Muzium Adat Negeri Sembilan. Kemasukan adalah PERCUMA!!!

📅 : 22 – 23 Ogos 2026
🕒 : 7.30am - 11.30pm (Sabtu)
: 7.30 am - 6.00pm (Ahad)
📍 : Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Pelbagai informasi dan aktiviti menarik menanti anda. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke booth kami dan kenali dengan lebih dekat sejarah serta warisan Muzium Penjara Malaysia.

Jom meriahkan Fiesta Uniti @ Muzium Adat!
Kami tunggu anda di booth Muzium Penjara Malaysia! 🏛️




🇲🇾 KEMASUKAN PERCUMA KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Jom manfaatkan cuti Hari Kebangsaan denga...
20/08/2026

🇲🇾 KEMASUKAN PERCUMA KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Jom manfaatkan cuti Hari Kebangsaan dengan berkunjung ke Muzium Penjara Malaysia. Kemasukan adalah PERCUMA kepada orang ramai pada 31 Ogos 2026!

📅 : 31 OGOS 2026 (ISNIN)
🕒 : 9.00AM - 5.00PM
🏛️ : MUZIUM PENJARA MALAYSIA

Ekslusif hanya di Muzium Penjara Malaysia...

Jumpa anda di Muzium Penjara Malaysia! Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾






LAWATAN KERJA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA🗓️ 16 Ogos 2026 (Ahad)⏰ 2.00 petang📍 Mu...
16/08/2026

LAWATAN KERJA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI KE MUZIUM PENJARA MALAYSIA

🗓️ 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 2.00 petang
📍 Muzium Penjara Malaysia

Pada 16 Ogos 2026 (Ahad), Muzium Penjara Malaysia telah menerima Lawatan Kerja YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang turut diiringi oleh YBrs. TKJP Tuan Hafidz bin Othman (Menjalankan Tugas Komisioner Jeneral Penjara), TKP Kamarul Zaman bin Ali Zaman (Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan) dan TKP Khairil Nizam bin Anuar (Pengarah Penjara Negeri Melaka).

Ketibaan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri ini telah disambut oleh PP Aswari bin Che Ibrahim, Pengarah Muzium Penjara Malaysia, sebelum dibawa meninjau sekitar Pameran Muzium Penjara Malaysia.

Dalam lawatan tersebut, YB Timbalan Menteri Dalam Negeri berkesempatan melihat dengan lebih dekat koleksi dan artifak kepenjaraan yang dipamerkan di Muzium Penjara Malaysia. Koleksi berkenaan mencerminkan sejarah, perkembangan serta warisan institusi kepenjaraan di Malaysia, selain menjadi medium dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan berkaitan sejarah sistem kepenjaraan kepada masyarakat.

Lawatan ini turut berkesempatan melihat pengoperasian Muzium Penjara Malaysia serta mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan, fungsi dan peranan muzium dalam memelihara, mendokumentasikan serta mempamerkan khazanah dan warisan kepenjaraan negara. Lawatan ini turut memberi gambaran mengenai usaha berterusan pihak muzium dalam memastikan sejarah dan warisan kepenjaraan dapat dipelihara serta disampaikan kepada generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke Muzium Penjara Malaysia. Lawatan di akhiri dengan jamuan minum petang.




Address

Jalan Parameswara
Malacca City
75000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+16062813548

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Penjara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzium Penjara Malaysia:

Shortcuts

Share