Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka Balai Bomba & Penyelamat Ayer Keroh terletak di MITC yang merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri

Menempatkan Pejabat Pentadbiran Bomba Zon 1 Dan Pejabat Pemeriksaan Alat Pemadam Api..

20/08/2026

πŸš’ LATIHAN KEBAKARAN & DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN πŸ”₯

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Melaka akan mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dan Demonstrasi Memadam Kebakaran bersama warga SMK Durian Tunggal, Melaka.

πŸ“… Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.20 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: SMK Durian Tunggal, Melaka

Program ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan warga sekolah, memberi pendedahan berkaitan tindakan semasa berlaku kebakaran serta meningkatkan kemahiran penggunaan alat pemadam api dengan betul.

Latihan ini diketuai oleh PBK II Mohd Supian bin Mohd Dali, Pasukan Keluaran Operasi Pasukan Alpha (A) Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Melaka.

πŸ”₯ β€œJangan Panik, Bertindak Dengan Betul!”
πŸš’ JBPM Melaka – Sentiasa Bersedia, Pantas dan Profesional.

18/08/2026

πŸ”₯ LATIHAN KEBAKARAN PDK SERI PENGASIH DURIAN TUNGGAL πŸ”₯

πŸš’ Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Melaka melalui Pasukan Alpha (A) telah melaksanakan Latihan Kebakaran di PDK Seri Pengasih, Durian Tunggal, Melaka sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan warga PDK.

πŸ“… Tarikh: 18 Ogos 2026
⏰ Masa: 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: PDK Seri Pengasih, Durian Tunggal, Melaka

πŸ‘¨β€πŸš’ Diketuai oleh:
PBK I Nor Zait Iskandar bin Md Nor
bersama anggota Pasukan Alpha (A).

🎯 Objektif latihan:
β€’ Meningkatkan kesedaran terhadap bahaya kebakaran.
β€’ Memberi pendedahan mengenai tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran.
β€’ Memastikan proses pengungsian dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat.
β€’ Memperkukuhkan kerjasama antara pihak PDK dan JBPM dalam aspek kesiapsiagaan kecemasan.

🚨 β€œJangan Tunggu Api Membesar β€” Bertindak Pantas, Selamatkan Nyawa!”

Komitmen berterusan JBPM bersama komuniti dalam membudayakan keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan. ❀️‍πŸ”₯πŸš’










πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO 2026 – NEGERI MELAKA πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎSemarakkan Bulan Kebangsaan, Kibarkan Jalur Gemilang!P...
16/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG X JAGO 2026 – NEGERI MELAKA πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semarakkan Bulan Kebangsaan, Kibarkan Jalur Gemilang!

Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), konvoi KMJG X JAGO 2026 Negeri Melaka akan meneruskan Kembara Merdeka melalui beberapa checkpoint sekitar Melaka sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara serta menghayati Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan 2026.

πŸš’ CHECKPOINT 2 – BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH
πŸ•’ 3.40 petang
πŸ“ Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh
πŸ›‘οΈ Kluster Keselamatan

Antara pengisian program ialah ketibaan peserta konvoi KMJG X JAGO serta penyerahan Kit Jalur Gemilang kepada wakil kluster keselamatan.

Program ini menjadi simbol kerjasama antara agensi serta komuniti dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Selain itu, warga Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh juga telah mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang pada setiap aset dan premis sebelum ini demi menyemarak sambutan Hari Kemerdekaan dan menujukkan semangat cintakan negaraπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”
β€œBIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT”
β€œBERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯










πŸ“’ HEBAHAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH, MELAKA🌊 Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Sempena Hari Pencegah...
25/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH, MELAKA

🌊 Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Sempena Hari Pencegah Lemas Sedunia (World Drowning Prevention Day 2026)

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti di kawasan air seperti sungai, tasik, kolam, pantai dan pusat rekreasi.

πŸ“… Tempoh Kempen:
25 Julai 2026 hingga 30 Julai 2026

Antara langkah keselamatan yang perlu diamalkan: βœ… Sentiasa awasi kanak-kanak ketika berada berhampiran air.
βœ… Jangan mandi atau beriadah di kawasan larangan atau berbahaya.
βœ… Gunakan jaket keselamatan semasa melakukan aktiviti di air.
βœ… Elakkan aktiviti air ketika cuaca buruk.
βœ… Hubungi 999 dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.

"Cegah Lemas, Selamatkan Nyawa."
Keselamatan bermula dengan sikap prihatin dan tindakan yang bertanggungjawab.
Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

TABLE TOP & FULL SCALE AERODROME EMERGENCY EXERCISE (EX LAKSAMANA 2026)Melaka Airport telah berjaya melaksanakan Table T...
25/07/2026

TABLE TOP & FULL SCALE AERODROME EMERGENCY EXERCISE (EX LAKSAMANA 2026)

Melaka Airport telah berjaya melaksanakan Table Top Exercise (TTX) pada 21 Julai 2026 dan Full Scale Exercise (FSX) pada 23 Julai 2026 yang melibatkan penyertaan pelbagai agensi penyelamat, keselamatan dan pengurusan bencana bagi menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi serta keberkesanan tindakan menghadapi insiden kecemasan pesawat di lapangan terbang.

Program ini diselaraskan oleh Airport Fire and Rescue Service (AFRS) dengan kerjasama Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta melibatkan pelbagai agensi berkaitan dalam memastikan pengurusan insiden dapat dilaksanakan secara bersepadu mengikut prosedur kecemasan lapangan terbang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah memainkan peranan penting melalui penglibatan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka yang diketuai oleh Ketua Balai, TPgB II Ts. Amrizal bin Abdul Jalil.

Turut mengetuai operasi ialah Pegawai Operasi, PBK I Mohd Amir bin Hamid bersama Penyelia Pasukan Bravo (B), Mohd Ismail bin Harun dengan kekuatan 20 orang anggota.

Bagi menjayakan latihan simulasi ini, aset operasi yang digerakkan oleh BBP Ayer Keroh ialah:

1.Fire Rescue Tender (FRT)
2.Compact Fire Rescue Tender (CFRT)
3.Rapid Intervention Motorcycle (RIM)
4.Emergency Medical Rescue Services (EMRS)
Water Tanker

Selain JBPM, latihan ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Airport Fire and Rescue Service (AFRS) selaku penyelaras program, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Malaysia Airports serta agensi-agensi sokongan lain bagi memastikan koordinasi tindak balas kecemasan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, pantas dan berkesan.

Turut hadir sebagai pemerhati daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka ialah Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi, TPgB II Ts. Saiful Nazri bin Mohd Nor serta wakil Cawangan Pengurusan Operasi Balai, PKPgB Mohd Hairi Affendy bin Razali.

Semoga latihan Ex Laksamana 2026 ini terus memperkukuhkan kesiapsiagaan semua agensi, meningkatkan kecekapan pengurusan insiden serta mengeratkan kerjasama strategik antara agensi dalam menghadapi sebarang kecemasan di lapangan terbang demi menjamin keselamatan orang awam dan negara.

πŸš’ LATIHAN BOMBA JUNIOR SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN (SK TUN SAS) πŸš’πŸ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)πŸ“ Balai Bomba dan Penyelamat Ay...
22/07/2026

πŸš’ LATIHAN BOMBA JUNIOR SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN (SK TUN SAS) πŸš’
πŸ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh telah menerima kehadiran pasukan Bomba Junior Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin (SK Tun SAS), Ayer Keroh bagi menjalani latihan kawad kaki sebagai persediaan menghadapi pertandingan yang akan datang. SK Tun SAS ialah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka.

Latihan ini dikendalikan oleh Pasukan Alpha (A) dengan penekanan kepada: βœ… Ketepatan pergerakan kawad.
βœ… Disiplin dan kepatuhan kepada arahan.
βœ… Keseragaman formasi pasukan.
βœ… Pembentukan semangat berpasukan dan keyakinan diri.

Semoga latihan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan Bomba Junior SK Tun SAS dalam pertandingan yang bakal disertai.

"Berdisiplin, Bersemangat dan Berjaya." πŸ”₯πŸš’

HEBAHAN RASMIBALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH, MELAKATABLE TOP & FULL SCALE AERODROME EMERGENCY EXERCISE (EX LAKSAM...
22/07/2026

HEBAHAN RASMI
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AYER KEROH, MELAKA
TABLE TOP & FULL SCALE AERODROME EMERGENCY EXERCISE (EX LAKSAMANA 2026)

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka telah menyertai Latihan Kecemasan Lapangan Terbang (Aerodrome Emergency Exercise) – EX LAKSAMANA 2026 yang dianjurkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (Melaka Airport).

Latihan ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu: πŸ“Œ Table Top Exercise (TTX) πŸ—“οΈ 21 Julai 2026 (Selasa) πŸ•˜ 9.00 pagi
πŸ“Œ Full Scale Exercise (FSX) πŸ—“οΈ 23 Julai 2026 (Khamis) πŸ•™ 10.00 pagi

Program ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta penyelarasan tindakan antara semua agensi keselamatan dan penyelamat dalam menghadapi insiden kecemasan pesawat udara. Selain itu, latihan ini turut menguji keberkesanan pelan tindak balas kecemasan lapangan terbang, komunikasi antara agensi serta keupayaan pengurusan insiden secara bersepadu.

Penyertaan Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh membuktikan komitmen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap tertinggi demi menjamin keselamatan orang awam dan pengendalian insiden secara profesional.

"Bersedia, Cekap dan Bersepadu Demi Keselamatan."
Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka πŸš’

🏍️ PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 🦺Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, MelakaπŸ“… Tarikh: 1...
17/07/2026

🏍️ PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 🦺
Peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

πŸ“… Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
πŸ• Masa: 2.30 Petang
πŸ“ Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

Selaras dengan usaha membudayakan amalan kerja selamat serta mengurangkan risiko kemalangan semasa perjalanan ke tempat kerja, Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh telah melaksanakan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang melibatkan pemeriksaan mengejut ke atas motosikal pegawai yang berulang-alik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap motosikal berada dalam keadaan selamat dan mematuhi kehendak Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan yang berkuat kuasa. Antara aspek yang diberi perhatian ialah:

βœ… Keadaan tayar dan bunga tayar.

βœ… Fungsi sistem brek.

βœ… Lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat.

βœ… Cermin sisi dan nombor pendaftaran.

βœ… Penggunaan topi keledar yang diluluskan serta kelengkapan keselamatan penunggang.

Selain pemeriksaan, pegawai turut diberikan teguran, nasihat dan peringatan supaya sentiasa mengamalkan budaya pemanduan berhemah, mematuhi had laju, tidak menggunakan telefon bimbit ketika menunggang, memakai topi keledar dengan betul serta memastikan motosikal diselenggara secara berkala.

Program ini merupakan langkah proaktif bagi meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan bermula sebelum tiba di tempat bertugas. Setiap anggota yang pulang dan pergi bekerja dengan selamat merupakan aset penting jabatan dalam memastikan kesiapsiagaan operasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Keselamatan Bermula Dengan Anda. Patuh Peraturan, Pulang Dengan Selamat."
Cepat dan Mesra
Sedia Menyelamat 999
Kita Bomba

πŸ”₯ PROGRAM BERSAMA KETUA ZON 1 πŸ”₯Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, MelakaπŸ“… Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)Balai Bomba d...
17/07/2026

πŸ”₯ PROGRAM BERSAMA KETUA ZON 1 πŸ”₯

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka

πŸ“… Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)

Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh telah berbesar hati menjadi tuan rumah Program Bersama Ketua Zon 1, yang menghimpunkan Ketua-Ketua Balai Zon 1 bersama pelbagai pengisian yang memberi manfaat kepada masyarakat dan warga JBPM.

Antara pengisian program yang telah dilaksanakan ialah:

βœ… Mesyuarat Ketua-Ketua Balai Zon 1

βœ… Ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api kepada pelajar Akademi Tahfiz Abdul Aziz.

βœ… Lawatan CSR ke Pak Gembus Malaysia, Melaka sebagai tanda penghargaan atas jalinan kerjasama strategik antara sektor korporat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam usaha memperkukuh program kemasyarakatan serta menyemai budaya keselamatan kebakaran.

βœ… Penyampaian sumbangan dan taklimat keselamatan kebakaran.

βœ… Lawatan jentera serta pameran peralatan operasi bomba.

βœ… Program pemeriksaan keselamatan motosikal (JKKP).

βœ… Majlis makan dan sesi ramah mesra.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pak Gembus Malaysia atas kesudian menerima kunjungan delegasi serta sokongan berterusan dalam menjayakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat.
Terima kasih juga kepada Ketua Zon 1, Ketua-Ketua Balai, Akademi Tahfiz Abdul Aziz, semua rakan strategik serta seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang telah menjayakan program ini.

"Cepat dan Mesra"
Sedia Menyelamat 999
Kita Bomba

🏸 HEBAHAN RASMI | KEJOHANAN BADMINTON ANTARA BALAI JBPM NEGERI MELAKA 2026 🏸Ayuh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Mala...
17/07/2026

🏸 HEBAHAN RASMI | KEJOHANAN BADMINTON ANTARA BALAI JBPM NEGERI MELAKA 2026 🏸

Ayuh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka memeriahkan Kejohanan Badminton Antara Balai Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan dan Kebajikan JBPM Negeri Melaka (PSKBM).

πŸ—“οΈ Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi hingga selesai
πŸ“ Tempat: Juara Kampong Badminton Hall, Bukit Rambai

Kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga JBPM Negeri Melaka.
Selamat beraksi kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Kejohanan berlangsung dengan lancar, penuh semangat kesukanan dan berjaya melahirkan juara yang cemerlang.

Penglibatan dari BBP Ayer Keroh oleh, Ketua Balai, Ts. Amrizal bin, En Taufik, En. Saad, En. Khairul Nizam, En Amir Akram, En Zal Hazmi yang telah berjaya membuktikan kesungguhan dalam pertandingan edisi ini.

"Bersatu, Giat, Maju" πŸš’πŸΈ

Address

Jalan Ayer Keroh Lama, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Telephone

+6062319134

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka:

Shortcuts

Share

Category